Thursday, January 9, 2014

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan Dr. Chandra.

Anwar Banyak Masalah Karektor.

AIDC :   Apa yang berlaku dalam PKR, iaitu seorang demi seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikan Azmin Ali. Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya adakah ini pekara yang sama?

Dr.Chandra.  Ya betul. Betul saya pernah mengalaminya dulu, pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zaharin ataupun Zulkefli Nordin dan yang lain-lain tidak begitu berbeza.

Soalan : Pada akhirnya berpunca daripada Anwar ?

Memang Anwar punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti, adalah Anwar. dan itu memang stailnya, stail suka berjanji kapada individu tertentu dan pada masa yang sama dia sokong yang lain, sebab itu macam Datuk Zahid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira. Dapat sokongan daripada Anwar, lepas itu dia nampak Anwar tidak menunaikan janjinya, sebab itu dia keciwa.

Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah besar, semantara itu dalam wawancara terbaru dengan mingguan malaysia  12 Fabruari 2012. Chandra berkata. Anwar merupakan pemimpin yang kurang ikglas kerana ucapan, pidato danretoriknya sangat bertentangan dengan apa yang berlaku didalam parti.

Kata Chandra: Dalam Keadilan pada masa itu ada individu tertentu yang rapat dengan beliau  dan terlibat dalam politik wang. Apabila saya mendapat tahu tentang pekara ini dan membawanya kapada Anwar, namun beliau tidak mahu bertindak kerana melindungi mereka.

Begitu juga dalam pekara lain. Beliau kononnya pemimpin yang memperjuangkan perpaduan kaum tetapi dalam pilihan raya kecil Lunas misalnya jelas Anwar memainkan isu perkauman untuk meraih sokongan. Ini sangat bertentangan dengan apa yang dilaungkan beliau, ini seperti ungkapan cakap tak serupa bikin.

Ulasan:  apa yang di luahkan oleh Dr.Chandra Muazffar tentang Anwar seharusnya kita berfikir dan menolak Anwar sebagai pemimpin dalam negara ini yang berbilang kaum, Anwar memang menipu dari dulu lagi semasa menjadi pemimpin pelajar lagi, dan berterusan hingga ke hari ini.

Sepatutnya pemimpin PAS sedar pekara ini kerana Anwar hanya mengunakan Pas untuk kepentingan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri (PM). begitu juga dengan orang melayu dalam PKR juga harus berfikir untuk menolak Anwar, Kalau pun sayangkan PKR keluarkan Anwar dan cari pemimpin lain yang benar-benar jujur untuk memperjuangkan Rakyat.

sekian untuk Dr. Chandra dan bersambung dengan yang lain.

2 comments:

  1. Kami tinggalkan PKR bab tak cukup duit kocek, kat seberang sana lebih lumayan.

    ReplyDelete
  2. Dr. Chandra, Datuk Nallakarupan, Datun Zulkefli Nordin, Wee Choo Keong, Datuk Zahid Ibrahim, Datuk Dr. Halil Rahmat, Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak, Datuk Dr. Jeffrey Ketingan,Datuk Aidid, dan terbaru Dr, Sidik Baba, mereka ini kejar kemewahanke seperti saudara, mereka ini tingalkan Anwar kerana perangai Anwar yang bertentangan dengan Agama dan moral. mereka keluar bukan mencari kemewahan, saudara juga patut keluar

    ReplyDelete