Wednesday, March 31, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan) 10

Perjuangan PAS Boleh Menghancurkan Masa Depan Bangsa Dan Agama.


Sebagaimana yang kita ketahui semenjak merdeka sampai hari ini negara ini di perintah oleh parti-parti politik yang berlatar belakangkan UMNO dan semua rakyat yang berbilang kaum dan berbilang Agama akur diatas kepimpinan UMNO itu, serta menerima dasar-dasar yang diperjuangkan.

Justeru itu menjadikan negara ini sentiasa berada didalam politik yang stabil sahingga membolihkan rakyat keseluruhannya dapat hidup dengan aman dan mewah dan berpeluang pula kapada rakyat di negara lain datang menumpang hidup mencari kesenangan di negara ini.

Ketidakstabilan politik di negara ini hanya berlaku beberapa ketika sahaja iaitu antara lain semasa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan sebelum menjelangnya pilihanraya umum 1999. Tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 adalah berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang mana ketika itu mereka lebih cenderung untuk menyokong Pas dalam pilihan raya umum tahun 1969, kononya Pas berjuang untuk Islam.

Akibat daripada kecenderungan itu hampir semua kawasan majoriti Melayu yang melebihi sedikit berbanding majoriti bukan Melayu yang di tandingi oleh calun Umno kalah di tangan calun bukan Melayu terutama Dap. Ini kerana undi Melayu berpecah kapada Umno dan separuh lagi kapada Pas sahingga hampir sahaja Umno sebagai tongak kapada kerjaan perikatan tidak dapat menubuh kerjaan.

Melihat kapada kejatuhan Umno ini maka golongan yang benci kapada orang Melayu yang bersekongkol dengan parti pembangkang terutama DAP mengambil kesempetan untuk menghancurkan orang melayu dengan mengadakan tunjuk perasaan di Ibu negara, mereka menjulang-julang gambar Mao Tse Tung sebagai tanda mereka tidak menghormati kepimpinan Melayu.

Ketidakstabilan politik sebelum pilihan raya umum 1999 juga berpunca daripada sikap orang Melayu kerana menuduh Umno zalim kerana memecat bakas saorang pemimpin Umno yang dianggap bagitu hebat. sedangkan di sebalik tabir mereka tidak mengenalinya. Peluang ini diambil kesempetan oleh Pas untuk memburukkan lagi keadaan mendapat sokongan murahan daripada orang Melayu.

Memandangkan Umno/Bn berada diambang pilihan raya umum 1999 sedangkan ramai dikalangan orang melayu yang menentang Umno termasuk sesetngahnya daripada kalangan pagaeai-pagawai kerjaan. Maka golongan anti Melayu yang berselindung di sebalik persatuan- persatuan Cina Malaysia (Suqui) telah mengambil kesempatan untuk mengamukakan 38 tuntutan kapada kerjaan bagi kepentingan mereka di negara ini.

bersambung.


Thursday, March 25, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan )

PAS BUKAN PARTI ISLAM.


Kalau ditinjau tentang amalan dan tindak tanduk Pas sejak dari awal ia ditubuhkan hingga ke hari ini, amat tidak layak untuk kita mentafsirkan Pas sebuah parti Islam, Pas lebih layak digelar sebagai parti politik memperalatkan Islam.

Apa sebabnya yang dikatakan demekian adalah kerana segala tindak tanduk parti itu banyak yang bertentangan, malah lebih jauh sekali untuk mencerminkan amalan yang dituntut oleh Islam. Sebagai contoh antara lain, Islam mengajar umatnya supaya bersatupadu kerana dengan cara itulah syiar Islam akan berkembang, dihormati dan dipandang tinggi.

Pas walaubagaimanapun bertindak sebaliknya dengan mencaci, mencela serta memfitnah orang tidak sehaluan dengan mereka, terutama kapada pemimpin-pemimpin Umno sahingga melahirkan kepercayaan yang bagitu ketara dikalangan masyarakat Islam.

Demikian juga Islam melarang keras umatnya menuduh fasik atau kafir kapada umat Islam yang lain hatta kapada umat yang bukan Islam sekali pun. Larangan ini antara lain dinyatakan dalam hadis diriwayatkan oleh Abu Zar dalam kitab sahih Imam Bukhari dan Shahih Imam Muslim yang bermaksud:

Barang siapa yang menuduh fasik atau kafir terhadap sesaorang yang lain, maka ia sendiri akan menjadi fasik atau kafir jika tuduhan itu tidak benar,"

Tetapi bagi ahli-ahli dan penyokong Pas menuduh fasik atau kafir kapada pehak lain terutama kapada ahli-ahli Umno sudah menjadi kebiasaan saolah-olah tidak ada apa-apa larangan bagi mereka.

Keadaan terjadi adalah disebabkan sikap yang tidak bertanggongjawab pemimpin-pemimpin Pas itu sendiri yang lebih mengutamakan kepentingan politik daripada kepentingan untuk membangunkan bangsa dan agama, sahingga sangup berselindung disebalik telunjuk mereka sendiri dengan ceramah-ceramah yang memberi erti kafir kapada orang yang tidak menyokong Pas, walaupun mereka tidak menyebut "kafir" secara terang-terang.

Bagi ahli-ahli Pas yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat biasa yang berada di kamponn2 sudah barang tentu mudah percaya dan terpengaruh dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka, lebih2 lagi setelah mengtahui pemimpin itu berkelulusanAl-Azhar dengan serban dan jubah yang mengkagumkan.


sambung

Wednesday, March 24, 2010

PAS PARTI MENIPU. sambungan 8

Nik Aziz Cabar Pemimpin Umno Bermuzakarah.


Berita Harian 22 Fabruari 2002.
Cabaran Pas untuk bermuzakarah dengan Umno bukan sekali tetapi berpuluh-puluh kali.

Setiu. Isnin- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz mencabar secara terbuka Presiden, Timbilan dan Setiauseha Agong Umno untuk bermuzakarah mengenai Islam dengan pemimpin Pas pusat, katanya Pas akan mengemukakan Presdennya Datuk Fadzir Noor ( ketika itu) Abdul Hadi Awang Timbilan, dan Nasaruddin Setiauseha. ( ketika itu).

Pada awal 2001 Umno beruseha dan bersedia untuk mengadakan perjumpaan mengadakan dan bermuzakarah dengan memberi peluang seluas-luasnya kapada Pas mengemukakan apa saja yang difikirkan perlu. ini kerana memandangkan perpecahan dikalangan oran-orang melayu sudah sampai ke perangkat yang paling bahaya sahingga melahirkan golongan-golongan yang sangup mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang-orang melayu, agama Islam dan sebagainya.

Oleh kerana muzakarah itu lebih menjuruskan kapada soal perpaduan orang melayu yang tidak menguntungkan Pas. maka Pas cuba mengelak daripada muzakarah itu diadakan dengan berbagai-bagai alasan , akhirnya mereka meletakkan tiga syarat yang tidak boleh dirundingkan lagi dan syarat-syarat tersebut ialah.

* Mengembalikan royaliti (wang ihsan) yang diberi oleh kerjaan Pusat kapada kerjaan Negeri
Terengganu.
* Membenarkan penerbitan akhbar lidah rasmi Pas ( Harakah) dua kali seminggu; dan
* Kerjaan hendaklah menolak cadangan Umno supaya melarang pengunaan Islam pada parti
Pas ( Parti Islam SeMelaysia)

Disini jelas menunjukkan Pas lebih mengutamakan kepentingan politiknya daripada kepentingan masa depan bangsa dan agama dan cabaran Pas selama ini terhadap Umno untuk mengadakan muzakarah/pendebatan adalah semata-mata untuk menunjukkan kehebatan mereka supaya mesyarakat lebih terpenaruh kapadanya.

Tuesday, March 16, 2010

PAS PARTI PENIPU. sambungan 7

Pemerintahang Pas di Kelantan dan Terangganu.

Apa ertinya "Membangun Bersama Islam" kalau jenayah makin bertambah.
Jenayah Di Kota Bharu Paling Tinggi.
Utusan Melaysia 17 Januari 2000.)

Tetapi ternyata setelah Pas berkuasa mereka lansung tidak mengambil apa-apa langkah yang sesuai untuk mempertingkatkan ketingian moral dan agama dikalangan rakyat. Kelantan umpamanya, di awal pemerentahan Pas terkenal dengan pangilan serambi Mekah.

Tetapi sekarang keadaan sudah berubah, ada setangah-setengah pehak menyatakan Kelantan sebagai serambi Golok' dengan patong buddha yang bertambah tinggi, menakala gejala sosial yang semakin berleluasa.

Pas akui sumbang mahram,
Rogol, meningkat di Kelantan.
( Berita Harian 11 September 2001)
Tidak ada ertinya pemerentahan Islam yang dilaung
laungkan oleh Pas kalau jenayah seperti ini
makin menjadi-jadi.

Bagi orang luar yang datang ke Kelantan dan Terangganu tidak akan merasai apa-apa kekurangan apabila melihat bangunan-bangunan yang tersergam indah disesetengah kawasan, lebih-lebih lagi apabila melihat ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir Allah di paparkan di pasar-pasar, ditepi-tepi jalan dan lain-lain tempat.

Namun demikian, sebenarnya bagunan yang tersergam indah itu adalah hasil peningalan Kerjaan Barisan Nasional yang memerentah sebelum ini, manakala ayat suci Al-Quran dan zikir-zikir Allah yang dipaparkan dimerata tempat walau pun baik tetapi bermotif politik.

Sebagaimana juga Dato Nik Aziz menasihatkan pelajar-pelajar memakai jubah adalah tidak lebih sebagai lambang untuk memperlihatkan kononya pemerentahan Islam Pas di negeri itu melebihi pemerentahan Islam di negeri-negeri lain

Nik Aziz nasihat Pelajar pakai jubah
( Utusan Malaysia 4 julai 2003 )

Wednesday, March 10, 2010

PAS PARTI PENIPU ( sambungan 6 )

PEMERENTAHAN PAS DI KELANTAN DAN TERANGGANU.


Pas telah pun memerentah, di Kelantan bermula dari 1959 hingga 1974 dan 1990 hingga kini kurang lebih 35 tahun, manakala di Terangganu dari tahun 1959 hingga 1961 kemudian selepas pilihan raya 1999 hingga 2004.

Dalam tempoh tersebut ternyata Pas gagal merancang dan melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerjaan yang berkemampuan. Namun demikian pemimpin-pemimpinya sungguh bijak mentelaah politik rakyat agar rakyat tidak menyedari tindak tanduk mereka terutama dalam arena kejar mengejar menimbun harta sahingga tanggungjawab sebagai wakil rakyat di ketepikan.

Semantara pemimpin-pemimpin besar Pas pula mengubal hukum hudud untuk di laksanakan disebalik tujuan supaya rakyat membenci Umno kerana dianggap menolok hukum tersebut.

Dalam menghadapi pilihan raya 1990 Pas telah mengemukakan manifesto yang bertajuk Membangun Bersama Islam. menifesto tersebut mengandungi 30 garis panduan yang melibatkan politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya untuk dilaksanakan.

Sekiranya perti itu berkuasa, demekian juga dalam menghadapi pilihan raya umum 1995 dan 1999 di mana manifesto yang hampir sama juga dikeluarkan, tapi ternyata setelah Pas berkuasa apa yang dijanjikan belum satu pun dapat dibuktikan.

Kita bukanlah mempersoalkan kemampuan Pas dalam membangunkan ekonomi rakyat
di negeri Kelantan dan Terangganu dan kita juga bukan mengharapkan Pas mendirikan gedung-degung yang tinggi dan indah, kerana tau sejauh mana kemampuan Pas walaupun pemimpinnya bercakap besar bagaikan guruh dilangit.

Apa yang diharapkan sekurang-kurangnya Pas dapat menjuruskan kehidupan rakyat kearah ketinggian moral dan agama sesuai dengan perjuangan Islam yang diperkatakan.

bersambung.

Tuesday, March 2, 2010

PAS PARTI PENIPU SAMBUNGAN 5

Perjuangan Pas Dalam Menghadapi Pilihan Raya.


Semenjak kejatuhan Pas dalam pilihan raya 1978 iaitu Pas telah menghadapi kemerosotan setiap kali pilihan raya diadakan sahingga pilihan raya umum 1990. Namun demekian dalam pilihan pilihan raya umum 1990 diatas kerjasama Parti Melayu sangat 46, Pas dapat berkuasa semula di Kelantan.

Kemudian pada pilihan raya 1999, Pas memperolehi kejayaan yang lebih besar, bukan sahaja ia dapat berkuasa di Kelantan bahkan juga di Terangganu, manakala di peringkat perlimen sebanyak 27 kerusi telah dimenanginta, itulah suatu kejayaan yang belum pernah dinikmati oleh parti Pas.

KejayaanPas dalam pilihan raya umum 1999 itu, adalah hasil daripada eksploitasi mengenai isu pemecatan Dato' Sri Anwar Ibrahim daripada UMNO. jika dahulu semasa Dato' Sri Anwar berada dalam UMNO tidak ada perkataan buruk dan keji di lemperkan oleh Pas kapadanya. Tetapi setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno mereka menjunjungnya bagaikan seorang wali.

Pas berbuat demekian semata-mata bertujuan agar rakyat menganggapkan UMNO terlalu zalim, dimana orang yang sebaik Dato' Sri Anwar Ibrahim sanggup dipecat kerana kepentingan politik. Motif Pas adalah agar rakyat tidak akan mengundi UMNO/BN sebaliknya beralih
kapada PAS.