Tuesday, July 13, 2010

PENYATUAN UMNO - PAS

Perlukah UMNO dan PAS bersatu ?.



UMNO sebuah parti yang memperjuangan menuntut kemerdekaan di peringkat awalnya, mengajak semua orang Melayu bersatu untuk menghalau penjajah, akhirnya berjaya menyatukan seluruh orang melayu dengan satu matalamat membebaskan negara dari belengu penjajah.



PAS di tubuhkan 5 tahun setelah UMNO di tubuhankan, ini hasil daripada campur tangan secara tak sedar dari penjajah, penjajah mengalakkan penubuhan PAS kerana PAS adalah parti Melayu, kerana penjajah mahukan perpecahan dikalangan orang melayu, apabila dia melihat kekuatan orang melayu dalam UMNO. Dengan cara ini orang Melayu akan berpecah.



Apabila diadakan pilihan raya pra Kemerdekaan pada tahun 1955 sebelum Merdeka, penjajah hendak melihat sejauh mana sokongan pengundi Melayu terhadap kedua-dua parti tersebut.


Semua kerusi pada masa itu 52 kawasan, mejoriti Melayu 50, sepatutnya UMNO bertanding 50 kawasan tetapi UMNO bertanding hanya 35 kawasan sahaja selainnya dikhaskan untuk rakan dalam Perikatan. PAS hanya bertanding 11 kerusi sahaja, UMNO menang 34 kerusi dan PAS hanya menang 1 kawasan sahaja.


Apabila peristiwa 13 Mei 1969, sekali lagi orang Melayu bersatu, ketika itu PAS menyertai BN, pada pilihan raya 1974, dan keluar pada tahun 1976 dengan bermacam alasan masing-masing.

Hari ini sudah tidak ada lagi 13 Mei, apakah Melayu hanya bersatu kalau ada 13 Mei, tetapi sebanarnya hari ini dalam senyap apa yang berlaku dan akan berlaku sudah melebihi 13 Mei.

Cuma orang Melayu tak sedar kerana di lalaikan oleh bermacam fitnah yang mahu melaga-laga
orang Melayu supaya tidak bersatu.

Apabila ada rancangan untuk menyatukan UMNO dan PAS ada saja halangannya ini semua ada kaitan dengan Yahudi.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kapada kamu hingga kamu mengikut agama mereka, Katakan lah sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengtahuan datang kapada mu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi kamu. (al- Baqarah (2)-120 )

Hari ini orang Melayu mesti memikirkan kedudukan bangsanya demi agama, dalam kedua-dua Parti UMNO dan PAS mempunyai Ulama, mereka kena berbincang ujudkan GAGASAN UMNO-PAS bermufakat. UMNO PAS perlu melupakan sejarah lama kita bina sejarah baru.

Masa depan agama terletak kapada orang Melayu dari kedua parti ini, kalau berterusan berpecah maka Islam akan menjadi lemah, orang Melayu akan jadi mundur, hari ini kita berada di zaman GLOBALISASI, dunia sudah tiada sempadan, kita tidak boleh berfikir dan bertindak cara lama, kita mesti merubah keadaan, hari ini orang Islam seluruh dunia tidak bersatu sebab itu mereka boleh mengkotak katikkan kita, sedangkan kita ada senjata minyak, tatapi kita tidak dapat berbuat ada-apa.


KALAU MELAYU BERSATU, MELAYU AKAN JADI KUAT, KALU MELAYU BERPECAH ORANG LAIN AKAN MENGAMBIL KESEMPETAN.

Friday, July 9, 2010

SUDAH TIDAK TAHU MENILAI MANA YANG BETUL

Hubungan PAS dan DAP.

Pas macam tak tau yang pemimpin DAP tidak dapat menerima dasar yang hendak dibawa oleh PAS dalam pemerentahan negara sekiranya mereka berkuasa, Pas masih hendak berpegang kapada kita menang dulu baru bincang.

Semua orang tau siapa pemimpin Dap dan apa yang dilakukannya, sekiranya mereka berkuasa hari ini di Pulau Pinang apa yang dilakukan oleh Dap terhadap orang Melayu di Pulau Pinang.

PAS masih hendak menipu rakyat terutama pengikutnya, Pas beria-ia benar mempertahankan Dap kerana mahukan sokongan pengundi bukan Melayu. apabila Karpal Singh kata Islam yang dibawa Pas tak betul, tetapi Nik Aziz kata itu pandangan peribadi Karpal Singh.

Apa yang dinyatakan oleh Karpal itu lah keputusan Dap, tapi nik Aziz masih nak pertahankan lagi, apa yang telah merosakkan pemikiran Nik Aziz itu, ini semua kerana Anwar Ibrahim yang menyogok nik Aziz segala belanja pilihanraya negeri Kelantan yang lalu di tanggong oleh Anwar sebab itu Nik Aziz bermati-matian mempertahankan Anwar walau pun Nik Aziz tau apa yang Anwar lakukan, sahingga sangup menghalalkan yang haram.

Sepatutnya pengikut PAS sedar pekara ini jangan mengikut membabi buta sahaja tau apa yang buruk yang baik demi agama dan bangsa serta negara kita.

Kalau kita bersatu kita tak perlu undi orang lain lagi, kita boleh perentah sendiri sebab kita ada lebih 2/3 kawasan mejoriti melayu. tapi hari ini kita bergantung kapada undi kumpulan menoriti untuk menentukan siapa menang, sebab itu mereka naik tocang kerana mereka penentu, kita bergantung dengan mereka, sejarah sudah ada semasa pilihan raya 1999, masa itu sokongan melayu berubah kapada Pembangkang tetapi sokongan bukan Melayu terus menyokong BN, BN dapat 2/3 atas sokongan mereka, selepas itu mereka minta bermacam-macam, sebab itu hari ini MARA telah menerima 10% bukan melayu, UITM dan MRSM, siapa yang salah.

Diharapkan pengikut PAS misti sedar pekara ini supaya jangan berulang lagi dan kita dapat menumpukan pembangunan untuk orang melayu dan dapat menegakkan Islam denga kuat.