Thursday, September 30, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (16 )

27 April 1953
Persidangan Kebangsaab.

7 orang Menteri Besar yang menyokong Dato' Onn dan mendapat rastu British, khasnya Malcolm Mac Donald telah menaja Persidangan Kebangsaan. Tujuannya ialah untuk menggabungkan parti pelbagai kaum yang menentang Perikatan UMNO - MCA. dengan harapan dapat melemahkan parti perikatan serta menangguhkan pilihanraya dan kemerdekaan Tanah Melayu. Bagaimanapun ia gagal mendapat sokongan parti.

23 Ogos 1953
Konvensyen Kebangsaan.

Kovensyen Kebangsaan telah diadakan telah dianjurkan oleh Perikatan UMNO - MCA dan dihadiri oleh 13 pertubuhan lain. Tujuannya ialah untuk mengukuhkan perpaduan dan persefahaman antara kaum di negeri ini supaya bersatu hati menuju matalamat kemerdekaan. Dengan kejayaan konvensyen itu, British mula melihat kekuatan kerjasama UMNO - MCA sebagai golongan pendesak yang penting.

Ogos 1953
Kertas Putih Pilihan Raya.

Atas desakan Konvensyen, British menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya. UMNO - MCA memilih untuk mengadakan laporan minoriti manakala British dan Raja-raja Melayu mengadakan laporan majoriti.

British mengeluarkan laporan majoriti pada Januari 1954. UMNO - MCA menolak laporan majoriti tersebut dan mendesak laporan minoritinya menjadi asas persiapan pilihan raya. Konvensyen Kebangsaan menuntut ahli yang dipilih sebanyak 60 daripada 98 orang dan bukannya 44 orang dari 92 orang seperti cadangan laporan majoriti. Mereka juga mendesak supaya pilihan raya diadakan pada November 1954.

Raja - Raja Melayu dan British mahukan sebuah Dewan Undangan dengan ahli yang dipilih kurang daripada yang dilantik tujuan melambat-lambatkan kuasa pemerentahan diserahkan kapada rakyat.

Mereka juga menolak pilihan raya diadakan secepat munkin atas alasan terlalu suntuk untuk membuat persiapan.

Tunjuk perasan dengan membakar kertas putih telah dilakukan diberapa UMNO bahagian kerana menentang penangguhan pilihan raya.

bersambung

Tuesday, September 28, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 15 )

26 & 28 OGOS 1951
Tuanku Abdul Rahman Meneruskan Perjuangan UMNO.

Diatas pujukan dan sokongan Tun Razak, Tengku telah bersetuju untuk bertanding seabagai Yang Dipertua. Tengku Andul Rahaman sebelum ini merupakan Pengerusi UMNO Kedah dan SEBERKAS yang telah pergi ke England pada 1947 untuk menyambung pelajaran.

Didalam pertandingan Majlis Agung UMNO di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, Tengku Merebut Jawatan Yang Dipertua dengan jumlah 57 undi menewaskan C.M.Yusuf, 11 undi dan Hj. Ahmad Fuad 7 unmdi.

2 Disember 1951
Pertemuan Tengku dengan Lyttelton.

Tengku dan rombongan yang terdiri daripada CM Yusof, Tun Razak dan Tun Sardon Jubir telah menemui Oliver Lyttelton, Setiauseha Tanah Jajahan Teluk British di King's House Kuala Lumpur.

Dengan tegas dan berani Tengku mengemukakan perasaan tidak puas hati terhadap beberapa pindaan yang dibuat oleh British yang telah menghilangkan kepercayaan orang Melayu. Di dalam pertemuan itu juga Tengku telah menyatakan cita-cita dan keazaman UMNO untuk mencapai kemerdekaan.

Lyttelton bersikap tidak acoh terhadap luahan Tengku dan lebih bersungguh untuk memulihkan keamanan bagi faedah ekonomi British.

BERMULANYA PENYATUAN MELAYU DENGAN KAUM LAIN ( CINA)

Fabruari 1952
Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur.

Pakatan UMNO - MCA bermula di Selangor hasil dari kerjasama Dato" Razak Yahya dan
H.S. Lee yang tidak dihalang oleh pucuk pimpinan parti masing-masing semasa Pilihan Raya Bandaran Kuala Lumpur.

Hasil kerjasama tersebut, 9 kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan telah berjaya dimenangi
Dasar pakatan ini turuti dalam pilihan raya majlis bandaran di Johor, Kedah dan Negeri Sembilan yang telah menyaksikan kemenangan yang besar.

3 Fabruari 1953
Rundingan Meja Bulat UMNO - MCA

Satu siri rundingan berjalan untuk mencari persefahaman dan kerjasama kedua-dua parti tersebut dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Tengku telah meletakkan syarat yang harus menjadi Dasar rundingan iaitu:- MCA hendaklah menerima dan mengiktiraf bahawa negeri ini adalah negeri Melayu, Hak Orang Melayu yang Sebenar dan segala keutamaan terletak kapada orang Melayu dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Pehak MCA telah menerima dan mengakui hakikat ini.

bersambung

Monday, September 27, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (14 )

Jun 1951
DATO' ONN MENINGALKAN UMNO.


Pada November 1950, Datyo Onn' telah mencadangkan keahli UMNO dibuka kapada orang bukan Melayu dan mengubag nama UMNO kepada United Malayen Organisation. Beliau mahukan orang Melayu bersifat terbuka dan menerima pendekatan baru dalam politik yang bersifat Malayen.

Pengilabatan beliau didalam RIDA dan ahli dalam Negeri telah mendedah beliau kapada dasar pentadbiran British yang ingin memalayankan Tanah Melayu. Beliau bimbing orang Melayu akan terpencil dalam arus pembangunan ekonomi penjajah jika tidak bersikap terbuka.

UMNO tidak dapat menerima idea Dato Onn dan tidak yakin segala dasar UMNO yang akan diputuskan bersama ahli berbagai kaum dapat memberi faedah kapada orang orang Melayu.

Turun naik Dato' Onn Jaafar adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua. Walau apapin anggapan terhadapnya, tiada siapa dapat melupakan jasa baktinya kapada parti, Bangsa dan Negara.

Sebagai pejuang dan pendokong keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolak banding sewaktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair.

Hakikat ini diperakui oleh semua. Beliau merupakan seorang tokoh nasionals yang mempunyai keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki ke Universiti. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanah air paling memucak beliau wujud untuk memegang teraju dan memimpin orang Melayu sekaligus membentuk corak politik yang akan diikuti kemudian hari.

Saat Melayu terumbang ambing
Hadir Dato' Onn untuk Membimbing
walau haluan kini berpaling
jasa baktinya diingat seiring

bersambung

Friday, September 17, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 13 )

CADANGAN KERAKYATAN CLC DITERIMA.

Persidangan yang berlansung di Kuala Lumpur ini menyaksikan ucapan-ucapan hangat, kecaman dan tuduhan berat terhadap Dato Onn berkenaan isu kerakyatan cadangan CLC. Bagaimanapun cadangan kerakyatan akhirnya diterima dengan pimdaan seperti berikut:-

* Menambah syarat kelahiran ibu atau bapa bagi anak-anak yang dilahirkan di Negeri-Negeri
Melayu untuk menjadi rakyat Raja Melayu.

* Mereka yang tidak lahir di sini, boleh memohon tetapi jika ada bukti telah menetap di sini
tempoh masa yang tertentu tampa putus-putus dan sanggup mengangkat sumpah taat setia
kapada Raja Melayu.

1950
RANCANGAN BRIGGS.

BERMULANYA ORANG CINA MEMPUNYAI HAK DIATAS TANAH DIATAS TANAH MELAYU.

Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950. Sir Harold Rowdon Briggs telah dilantik menjadi Pengarah operasi. Rancangan ini bertujuan untuk memindahkan penduduk cina di pinggir hutan kekawasan baru dan menyekat bekalan wang, ubat-ubat, maklumat dan makanan dari diberi oleh cina kapada kominis.

Lebih dari 400.000 orang cina yang tidak mempunyai hak diatas tanah Melayu kini memiliki tanah dan perkampongan baru akibat dari tindakan British ini.

KEBANYAKAN HARI INI MEREKA DAN ANAK CUCU MEREKALAH, YANG BANYAK MENENTANG KERJAAN, MEREKA LUPA SEJARAH DAN TIDAK BERTERIMA KASIH KAPADA MELAYU.

JULAI 1950
PENUBUHAN RIDA.

Rida diperkenalkan secara rasmi pada 25 april 1951. Dato' Onn Jaafar dilantik sebagai Pengerusi yang pertama. Rida ( Lembaga Kemajuan Kampung & Perusahan) ditubuhkan sebagai satu cara memujuk orang Melayu supaya bertolak ansur dalam soal kerakyatan, dan juga sebagai tukar ganti kapada pembukaan perkampungan baru cina melalui Rancangan Briggs.

Badan ini diperuntukan sejumlah wang bagi memperbaiki ekonomi orang melayu. RIDA SEKARANG DIKENALI SEBAGAI MARA.

SEKARANG INI HAK KITA INI PUN HENDAK DIRAMPAS JUGA, KALAU MELAYU MASIH TIDAK SEDAR, TAK TAU APA LAGI NAK DIPERKATAKAN.

bersambung.

Tuesday, September 7, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 12 )

Januari 1949
ISU KERAKYATAN CADANGAN CLC

CLC Mencadangkan kerakyatan prinsip "jus soli" diguna pakai sebagai dasar kerakyatan Persekutuan manakala tempoh kerakyataan secara permohonan dipendekkan. Syarat kelulusan Bahasa Melayu juga ditiadakan. Kerakyatan secara permohonan bagi anak angkat tempatan yang datang dari luar juga dicadangkan.

KERJAAN PERALIHAN CADANGAN CLC

CLC juga mencadangkan satu Kerjaan peralihan sendiri dilakukan secara beransur - ansur di Tanah Melayu dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat - peringkat.

SEPTEMBER 1949
PERISYTIHARAN CLC

Satu peristiharan selepas masyuarat di rumah Mac Donald di Johor Baharu telah dikeluarkan, antara lainnya berbunyi:-

1. Hendaklah dibuat satu pertimbangan semula yang rapi terhadap peruntukan kerakyatan
dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Undang-undang hendaklah dibuat bagi mengadakan pemilihan ahli-ahli ke dewan undangan
dalam Persekutuan Tanah Melayu secepat munkin.
3. Pilihan raya hendaklah diadakan bagi majlis-majlis perbandaran dan negeri-negeri yang
bersedia.
4. Bahawa hak-hak mengundi hendaklah dilakukan disemua sekolah kerjaan dan sekolah yang
menerima bantuan.

20 & 21 MEI 1950
CADANGAN CLC DITENTANG DI MAJLIS AGUNG UMNO.

Dato Onn telah membawa cadangan CLC berhubung isu kerakyatan ke Majlis Agung UMNO. Beliau berkata setiap negeri Melayu perlu mengadakan undang-undang kerakyatan secara bertulis bagi membolehkan penduduk dari kaum yang lahir disini menjadi rakyat Raja dan secara tidak lansung menjadi rakyat Persekutuan.

Penduduk bukan Melayu yang layak menjadi rakyat melalui undang-undang ini ialah
1.2 juta Cina, India dan lain-lain kaum 45.000.

Cadangan itu mendapat kecaman hebat perwakilan. Jawatankuasa Kerja Agung UMNO telah mencadangkan pindaan-pindaan kecil kapada cadangan CLC itu, namun tentangan ahli UMNO terhadap Dato'Onn semakin nyata. Beliau dilihat akan melemahkan kedudukan politik orang Melayu dengan pandangan beliau terhadap dasar kerakyatan itu.

bersambung

Monday, September 6, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 11 )

Malayan Union Berkubur Sudah, UMNO Berjuang
Mengorak Langkah
Liku MERDEKA Tidaklah Mudah
KEBIJAKSANAAN SEBAGAI WADAH.


PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MENUJU KEMERDEKAAN.

Berkat kesungguhan pemimpin-pemimpin UMNO, Malayan Union berjaya dimansuhkan dan Tanah Melayu di bawa keluar dari menjadi tanah jajahan British. Dengan termenterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 prinsip "Ketuanan Melayu telah dapat dikekalkan.

Seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan bahawa Kerjaan Persekutuan bertujuan untuk memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri di masa hadapan. UMNO tampa melengahkan masa lagi memainkan peranan sebagai pemimpin politik Tanag Melayu dalam gerakan mencapai kemerdekaan.

Disember 1948 - Januari 1949.
Jawatan Perhubungan Kaum ( CLC )

Oleh kerana sebahagian besar anggota Parti Kominis terdiri dari kaum Cina, beberapa pergaduhan perkauman telah berlaku diantara orang - orang Melayu dan Cina. Kerjasama kaum dalam politik merupakan salah satu syarat British untuk memberi kemerdekaan Tanag Melayu.
Permusuhan kaum boleh menggugat keselamatan awam dan menyukarkan kerjaan.

Diatas galakan Sir Malcolm, Dato' Onn telah menjemput seramai 21 orang ketua berbagai kaum berkumpul di rumahnya untuk merundingkan jalan bagi memperbaiki ketegangan kaum. Beberapa siri rundingan menyusul kemudiannya.

Didalam satu pertemuan di Pulau Pinang terbentuklah sebuah Jawatankuasa Perhubungan Kaum (Communities Liason Committee - CLC ). Oleh kerana Dato Onn dan Tan Cheng Lock enggan menjadi Pengerusi, jawatan tersebut diserahkan kapada E.E.C Thuraisingan.

bersambung

Friday, September 3, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 10 )

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU.



21 Januari 1948


Acara Menandatangani Perjanjian Negeri - Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu.


Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja - Raja Melayu menandatangani Perjanjian Negeri - Negeri dan Persekutuan Tanah Melayu yang berkuatkuasa pada 1 Fabruari 1948.


1 Fabruari 1948.


Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


Secara rasmi bermulalah Kerjaan Persekutuan Tanah Melayu dan berkuburlah Malayan Union. Jawatan Gabnor telah bertukar menjadi Pesuruhjaya Tinggi. Dengan itukuasa orang - orang Melayu telah dapat dipulihkan tetapi dengan beberapa perubahan bagi memuatkan kepentingan orang - orang bukan Melayu.


Antara kepentingan Pembentukkan Persekutuan Tanag Melayu ialah:-


1. Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Johor, Negeri Smbilan
Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang dan dua buah Negeri Selat
iaitu Melaka dan Pulau Pinang.


2. Residen British digantikan dengan Menteri Besar, beliau dibantu oleh Setiauseha Kerjaan
Negeri, jawatan ini dikhaskan kapada orang Melayu.


3. Persekutuan Tanah Melayui adalah dibawah tadbir Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh
Majlis Kerja Persekutuan, Majlis Masyuarat Undangan, Majlis Masyuarat Negeri terdiri
daripada 9 Menteri Besar dan 2 wakil Pulau Pinang dan Melaka. Orang Melayu mempunyai
lebih bilangan didalam majlis-majlis ini.

4. Raja-Raja Melayu kekal sebagai pemerintah dinegeri masing-masing.

5. Taraf kerakyatan diperketatkan. Permohonan kerakyatan mesti mengankat sumpah taat
setia, berkelakuan baik dan boleh bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan Fasih.

6. Untuk mendapat kerakyatan pemohon mesti lahir di Tanag Melayu dan menetap sekurang-
kurang 15 tahun daripada tempoh 20 tahun sebelum permohonan.

7. Sebaik sahaja keadaan dalam negeri mengizinkan undang-undang akan dibuat bagi
mengadakan pilihan raya.

bersambung.

Wednesday, September 1, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 9 )

6 - 16 Ogos 1946

RUNDINGAN - RUNDINGAN JAWATANKUASA.

Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya menyusun perlembagaan Persekutuan. Tiga nama telah dibincangkan bagi Persekutuan Negeri-Negeri Melayu:-

1. Malayan Federal Union - ditolak kerana tidak menampakkan kedaulatan negeri-negeri

Melayu. Perkataan "Union' tidak disenangi orang Melayu.

2. Malayan Federation - ditolak oleh wakil Melayu kerana "Malayan" berkaitan dengan

Malaya tetapi tidak termasuk orang-orang Melayu.

3. Fedration of Malaya ( Persekutuan Tanah Melayu ) - Pihak Melayu telah memilih nama ini

dan dipersetujui oleh jawatankuasa.

TENTANGAN TERHADAP PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Semasa berlakunya rundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, terdapat gulungan yang tidak berpuas hati dengan syarat kerakyatan didalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka telah menubuhkan satu badan yang dinamakan "All Malaya Council Of Join Action"
( AMCJA ) yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. Antara parti-parti yang telah berkerjasama dengan AMCJA ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM ), Angkatan Pemuda Insaf
( API ), Malayan Indian Congress ( MIC ) dan Lembaga Kesatuan Melayu.

API, PKMM, dan Lembaga Kesatuan Melayu telah keluar dari AMCJA dan membentuk Pusat Tenaga Rakyat ( PUTERA ).

JANUARI 1947

GABUNGAN AMCJA & PUTERA.

MELAYU BERPECAH KEMBALI SEDANGKAN MERDEKA BELUM LAGI.

AMCJA pimpinan Tan Cheng Lock dan PUTERA pimpinan Dr. Burhanuddin All - Helmi bergabung bagi menentang perlaksanaan Perjanjian Persekutuan dan merangka perlembagaan mereka sendiri, diantara kandungannya:-

1. Penubuhan sebuah Dewan Perundangan Persekutuan yang dipilih dan satu pengal ialah
selama 3 tahun. Tidak terdapat pemilihan - pemilihan, calun, wakil - wakil atau kerusi -
kerusi berasaskan kaum. Bagaimanapun orang Melayu diberi hak mendapat 55 peratus
daripada jumlah kerusi dalam 3 dewan yang pertama.

2. Penubuhan sebuah Majlis Kaum untuk mengelak pengubalan undang-undang yang bersufat
diskriminasi.

3. Mewujudkan Kerakyatan Melayu dengan semua mereka yang lahir di tanah Melayu
menerima kerakyatan secara automatik berasaskan prinsip "jus soli". Kerakyatan melalui
naturalisasi diberi kapada mereka yang tinggal disini selama 8 daripada 10 tahun yang

terakhir disamping perlu lulus ujian Bahasa Melayu yang mudah. Bagaimanapun
Perlembagaan yang dikatakan berdasarkan suara rakyat tidak mendapat sambutan orang
Melayu.


bersambung.