Monday, November 30, 2009

PEMBANGKANG TAKUTKAN BTN

Apabila Penasihat PKR di lantik menjadi penasihat Ekonomi negeri Selangor, orang yang bodon ekonomi beri nasihat kapada orang agak pandai sedikit ekonomi.

Apa yang di nasihatnya bukan ekonomi tetapi beri nasihat supaya negeri Selangor mengharamkan Pegawai Kerjaan negeri dan penuntut IPTS negeri menghadiri kursus BTN, kerana dia takut dan tau semasa dia jadi TPM dahulu dia gunakan BTN 100 % untuk menaikan dirinya, dan untuk menjatuhkan Dr.Mahathir.

Semasa zaman Anwar Ibrahim lah Fungsi BTN bertukar kerana digunakan untuk kepentingan
nya sendiri, dia bawa masuk pegawai-pegawai BTN dari kalangan Abim, termasuk Dr. Hassa Ali

Dr. Hassan Ali yang dianggap Islamik yang tidak Islamik, bercakap tentang Islam membuat solat kiamulai yang berbayar beriburibu.

Sebab itu dia ( Anwar ) merasa bimbang dengan perkembangan terbaru apabila PM Dato' Najib Tun Razak membawa balik fungsi BTN sebanagmana yang di asaskan oleh Ayahendanya Tun Razak, nampaknyanya fungsi BTN selari dengan 1 Malaysia.

Anwar merasa bimbang kerana difahamkan YB Mat Mazlan yang di beri tanggongjawab menjaga BTN oleh Perdana Menteri, satu ketika dulu orang yang di bawa masuk oleh Anwar kedalam BTN, dan YB Mat Mazlan tau sepak terajang Anwar Ibrahim, sebab itu Anwar kepanasan dengan BTN.

Setakat ini dulu.


Friday, November 20, 2009

PAHANG TUNTUT ROYALITI MINYAK

Sejarah penemuan minyak di negara ini pada awal tahun tujuh puluhan, seratah pernah terbaca dalam utusan melayu, ketika itu Perdana Menteri Tun Abedi Razak mengumun Minyak ditemuai di Pahang.

Tetapi ketika itu negeri Trengganu merupakan negeri yang termundur di Semenanjung Tanah Melayu, Tun Razak memberikan dahulu kapada Trengganu untuk mengeluarkan minyak dengan harapan untuk meningkatkan pembangunan dan mengurangkan kadar kemiskinan di Trengganu.

Negeri Pahang diberi pembinaan Pelabuhan agar diseimbangkan pembangunan, tetapi pelabuhan Kuantan menghadapati masalah dalam pembinaan sahingga keliwatan berlaku beberapa tahun.

Pada peringkat awal perancangan pembinaan pelabuhan tersebut, pelabur dari dalam dan luar negara sudah mula datang ke negeri Pahang khasnya di Gebeng kawasan Industrian, tetapi oleh kerana keliwatan pembinaan pelabuhan tersebut, satu demi satu meningalkan negeri pahang.

Apabila Perlabuhan siap baru pelabur datang semula tetapi agak berkurangan, sebagaimana sebelumnya.

Bererti Minyak memang ada di perairan negari Pahang, walaupun perairan belum lagi digali pengeluarannya tetapi seabagaimana yang di suarakan oleh salah saorang ADUN meminta royaliti minyak ada kebenarannya, kalau Kelantan diberi wang Ihsan, kenapa tidak negeri Pahang juga mendapat habuan yang sama, sedangkan Pahang dibawah pemerentahan BN sealiran dengan Kerjaan Pusat.

Munkinlah masa ini kesesuaian untuk mengeluarkan minyak diperairan Negeri Paahang tidak begitu sesuai, tetapi tidak bererti Negeri Pahang tidak mempunyai sumber minyak.

Kalau Semasa Tun Razak mengumumkan Minyak ditemuai di Pahang, dan eloklah dizaman anaknya merealisasi apa yang di perkatakan oleh Ayahendanya.

PAHANG DARUL MAKMUR.

Tuesday, November 17, 2009

PERJALANAN KE TANAH SUCI

Diawal-awal musim haji baru-bari ini berbagai cerita kita dapati bagi mereka yang ingin menunaikan haji ke tanah suci Mekah.

Salah saorang jemaah haji tahun ini bershukur kerana termakbul juga hasratnya untuk menunaikan Haji keran usehanya BERTAHUN-TAHUN MENYIMPAN DUIT HASIL DARI MENGURUT.

Begitu gigih hamba Allah ini berjimat cermat menyimpan duit hasil setiap kali mendapat upah perkhidmatan mengurutnya seberapa ikhlas yang di sumbangkan oleh orang yang mendapatkan khidmatnya.

Semoga hamba Allah ini mendapat haji yang Mabrul.

Tetapi bagitu memalukan ada orang mengharapkan tajaan untuk menunaikan Haji, sedangkan dia mampu segala-galanya malah dia mampu menaja orang lain untuk pergi bersamanya.

Tahun hadapan beliau bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menaja pemergiannya ke Mekah untuk menunaikan Haji,

Apakah ini sikap dan pemikiran saorang yang dianggap hebat dan saorang yang memimpin negeri menawarkan diri untuk ditaja pemergian ke tanah suci.

PEMINTA SEDEKAH VVIP

Fikir-fikirkan lah sendiri.

Thursday, November 12, 2009

SENDIRI BUAT BOLIH ORANG LAIN BUAT TAK BOLIH

Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri, bidalan yang diberi oleh orang tua-tua dulu amat tepat sekali kerana, semasa pemerentahan BN Pas mengunakan masjid untuk politik beberluasa bukan sahaja di Selangor malah di merata tempat di Negara ini, apabila ada teguran dibuat oleh Jabatan Agama negeri-negeri, PAS menuduh kerjaan BN tak mahu Agama.

Seratah banyak tampat pergi di negara ini banyak masjid dikuasai oleh penyokong PAS, mereka mengundang penceramah yang tidak mendapat tauliah dari Jabatan Agama negeri tersebut, bagitu juga dengan Khutbah Jumaat.


Pehak masjid tetap laksanakan walau pun di larang oleh jabatan Agama, tetapi kerjaan BN tidak sampai memberhentikan Imam tersebut, PAS bermaharajalela mengunakan masjid untuk kepentingan politiknya.

Tetapi hari ini apabila Pas ada Kuasa di Selangor mereka terus memecat Imam dan menahan penceramah yang tidak bertaulih, kalau lah semasa BN berkuasa dahulu di Selangor seratah merasakan lokap Polis di penohi dengan penceramah Agama yang tidah bertauliah dan setiap minggu Imam di pecat kebanyakan masjid di negeri tersebut.

BN tidak sezalim itu, BN banyak betolak ansur walaupun telinga sakit mendengarnya segala tomahan sewaktu Khutbah, Mantan PM Tun Dr. Mahthir pernah di sindir semasa Khutbah disebuah masjid di Trengganu semasa Pas perentah Trengganu, Tetapi Imam UMNO tidak melakukan seperti itu hormat tetamu allah, tetapi Imam Pas kadang-kadang biadab merasakan
terlalu hebat.

Ilmu dituntut dipadang pengalaman diambil semasa pilihanraya kecil itulah jadinya macam tong kosong, bunyi sahaja yang kuat tetapi isinya kosong, bukan semua tetapi banyak yang begitu.

Seratah merasa bimbang kapada keadaan sebaginirupa, kerana ada petua.

Kalau hendah menghilangkan rasa masin ikan masin, rendam didalam air garam supaya mengurangkan rasa masinnya, bagitu juga hendak hancurkan Agama Islam dengan orang Islam sendiri, dan hendak hancurkan Melayu dengan Orang Melayu sendiri, sebab itu kita dapati hari ini persenketaan hanya Melayu dengan Melayu sahaja,Islam dengan Islam.

Cubaan yahudi untuk menjahanamkan Islam itu munkin berjaya kerana hari ini orang Islam di negara ini sudah tidak mahu bersatu lagi, sedangkan ajaran Islam itu mengajar penganutnya bersatu jangan berpecah belah, tetapi tidak terjadi di ngara ini, dimana silapnya????.!!!!!.





Monday, November 9, 2009

PAS DAN KEPALSUANNYA

Pas rupanya hidup dalam ketakutan tidak percaya pada diri sendiri sahingga tidak yakin dengan kekuatan ahlinya. Kenapa sampai sangup mengujudkan Bai'ah mengikat ahlinya dengan bersandarkan ikatan perkawwinan.

Kalau bagitu caranya, Pas tidak mampu mentarbiah ahlinya sahingga sangup mempergadaikan perkawinannya untuk mempertahan Partinya, rupanya Pas nampak sahaja GAH macam kayu keras tetapi tidak mempunya teras, hanya mempunyai mempulur sahaja.

Sebab itu Nik Aziz keras keng kerana dia tau Wakil Rakyat Pas tak akan keluar parti kerana bai'ah, dia cakap apa pun dan dia buat apa pun tidak ada yang nak menentangnya.

Baru lah kita tau kehebatan Nik Aziz bukan duduk di Ilmunya, dan ketokohannya, rupanya kekuatan Nik Aziz duduknya di BAI'AH nya selama ini.

Kalau betul perjuangan Pas itu untuk menegak Agama Allah sepatutnya Pas tidak perlu membuat peraturan Bai'ah, kerana ahli dan penyokongnya yakin apa yang dibawa oleh Pas, tetapi pemimpin Pas sendiri tidak yakin dengan apa yang diperjuangkan.

Satu hari nanti Pas akan membuat peraturan menambah satu lagi rukun nikah, kalau dulu dah ditambah tak sah dinikahkan oleh walihakim UMNO, anak ahli Pas hanya boleh berkahwin dengan anak ahli Pas sahaja, sebab hukum Islam itu di tangan Nik Aziz.

Penyokong dan Ahli Pas berfikirlah demi Agama bangsa dan negara.