Friday, August 28, 2009

SEJARAH MALAYSIA SEPINTAS LALU

PENJAJAHAN

Apabula Tanah Air mula di jajah pada 1511 oleh Portugis bermulalah negara ini di jajah oleh kuasa asing, selama kurang lebih 446 tahun oleh.

Protugis 130 tahun
Belanda 183 tahun
Inggeris 117 tahun
Jepun 4 tahun
Inggeris 12 tahun

Menurut Hj. Buyung Adil takala Albuquerque hendak memulakan serangannya ke atas Melaka dalam tahun 1511 itu, orang-orang Cina yang mempunyai tongkang-tongkang besar telah menawarkan anak-anak tongkang serta tongkang-tongkang untuk di gunakan oleh Albuquerque bagi menyerang melaka.

Malah orang-orang Cina itu juga telah mendedahkan maklumat-maklumat penting mengenai kekuatan dan pertahanan negari Melaka.

Orang-orang Cina telah menceritakan juga kapada orang Portugis : Dalam bandar Melaka masa itu, selain daripada orang-orang Melayu, ada 20,000 perjurit perang yang terdiri daripada askar-askar upahan bangsa Jawa; dan ada beberapa ramai pula orang-orang Parsi dan orang Islam lainnya. Gajah perang ada 20 ekor serta beberapa banyak meriam dan senjata api; barang-barang makanan yang didatangkan dari tanah Jawa banyak ada dalam simpinan di bandar Melaka itu.
Akhirnya, setelah menetapkan tempat-tempat yang hedak di serang maka pada ;
25hb,Julai 1511 ( Hari St. James), tentera-tentera Portugis pun mulalah membedil dan menyerang pelabuhan Melaka, dalam beberapa jam sahaja tentera-tentera Portugis telah berjaya mendarat dan menawan beberapa tempat yang stratejik termasuk jambatan dekat kuala sungai Melaka itu. Tetapi tentera-tentera Melaka terus menerus memberi tentengan yang hebat hingga memaksa tentera-tentera Portugis berundur ke kapal-kapal mereka.

Buat beberapa hari peperangan telah terhenti. tetapi dua minggu kemudian itu, pada 10.ogos tahun 1511, Albuquerque pun mulalah melancarkan serangannya yang kedua ke atas pelabuhan dan bandar Melaka. sekali lagi peperangan hebat meletus.

Peperangan pada tahap yang kedua ini sungguh-sungguh mengancam Melaka. Tentera-tentera
Portugis telah berjaya mendarat di Melaka. Pada 24.Ogos 1511. Nyatalah kemenangan sudah berada di tangan Portugis sekarang. Sementara itu Sultan Mahmud bersama putra baginda Sultan Ahmad dan pengikut setianya secara senyap-senyap berangkat meningalkan bandar Melaka yang sudah pun jatuh ke tangan Portugis itu.

Maka dengan itu berakhirlah Kesultanan Kerjaan Melayu Melaka yang berusia kira-kira seratus sebelas tahun. Dan bermulah penjajahan di bumi Melayu.

Setakat ini dulu dan akan di sambung di siri berikut, dengan tajuk punca-punca kekalahan Melaka.

Thursday, August 27, 2009

ANWAR DAN KEGAGALANNYA ( SAMBUNGAN) 2

MELUPAKAN PALESTIN

Di waktu di luar kerjaan beliau menyuarkan pembelaan keatas umat Islam di Palestin dan mengutuk Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang menyokong Israel.

Sepanjang 16 tahun dalam kerjaan beliau melawat hanya Amerika Syarikat, Britain, Switzeland, Prancis dan Sepanyol, beliau singah hanya sekali di Kuwait untuk menyampaikan ucapan, tampa bermalam di sana.

Kecuali ke Mekah yang beliau pergi untuk urusan politik, beliau tidak pernah melawat negara Islam atau negara-negara miskin yang lain.

BERMUSUH DENGAN PEMIMPIN KERJAAN-KERJAAN ARAB

Waktu di luar kerjaan beliau berkawan dengan orang-orang Arab di Asia Barat.

Bila berada di dalam kerjaan beliau bermusuh dengan mereka.
Setelah menyingkirkan Tun Hussein Onn dari menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa, dan beliau sendiri menggantikan tempatnya, beliau memecat Rektor pengasas Universiti Islam itu dan menggantikan dengan seorang Arab lain yang bermastautin di Amerika Syarikat dan menjadi rakyat negara itu.

Kerana Rektor baru ini memusuhi pemimpin-pemimpin negara-negara Arab, maka Malaysia terpaksa menanggung sendiri perbelanjaan berbillion ringgit untuk membangunkan Universiti ini. Negara Arab lain tidak menunaikan janji untuk membantu UIA kerana UIA sudah menjadi lubuk tempat berkubang dan membiak musuh-musuh mereka.

INI KERJA ANWAR IBRAHIM YANG TAK RAMAI ORANG TAHU, INILAH PENDERITAAN
YANG DI TANGGUNG OLEH DR. MAHATHIR SELAMA 16 TAHUN.

Wednesday, August 26, 2009

ANWAR DAN KEGAGALANNYA ( SAMBUNGAN)

PRESTASI ANWAR MELESET WAKTU DALAM KERJAAN.


Anwar popular kerana media massa dan kemampuannya berpidato,
berjenaka dan berpura-pura Alim.

Sebagai saorang bekas pemimpin kerjaan diperingkat paling tinggi jelas sekali prestasinya meleset dan mengecewakan. Walu bagaimanapun beliau dipopularkan oleh Media Massa yang di kendalikan oleh kuncu-kuncunya.

Jika sepanjang 16 tahun Anwar gagal melakukan keadilan kapada rakyat beliau tidak berhak lagi untuk melaung-laungkan slogan 'adil'.

ADIL hanya boleh ditafsirkan sebagai perjuangan Anwar Di dalam Isterinya di Luar.

Anwar pula rela isterinya ke sana sini untuk bertemu dengan pemimpin negara-negara asing untuk menagih sokongan dan membuka peluang kapada kuasa luar untuk terus memperalatkan Anwar sepertimana di waktu Anwar di luar dahulu.

MEMBELA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN DAN TIDAK MEMBELA ORANG MISKIN.

Di waktu luar kerjaan dahulu Anwar menjerit-jerit untuk membela orang miskin, tetapi sepanjang 16 tahun dalam kerjaan beliau menumpukan perhatian kapada memperkayakan keluarga dan kawan-kawannya sahaja. Membantu orang miskin secara simbolik dan tidak bersungguh-sungguh seperti mengumpul harta.

Di waktu di luar kerjaan beliau melaung-laungkan perjuangan agama, waktu dalam kerjaan sepanjang 16 tahun beliau melupakan ulama dan kawan-kawan dalam ABIM yang tidak terlibat dalam bidang korport.

MENYOKONG ISA WAKTU DALAM KERJAAN.

Di waktu luar kerjaan beliau menentang ISA, sepanjang 16 tahun dalam kerjaan beliau mempertahankan ISA.

MELUPAKAN PERTANI, PENTERNAK DAN NELAYAN.

Di waktu di luar kerjaan beliau memperjuangkan orang miskin, diwaktu dalam kerjaan beliau tidak memperuntukkan dana secukupnya untuk petani, penternak dan nelayan dan orang-orang
miskin di dalam dan di luar bandar.

Tetapi Anwar di anggap edola oleh penyokong-penyokongnya hingga ke hari ini kerana mereka
telah termakan budi ada yang menjadi hartawan keran menjadi keroni Anwar.

Tuesday, August 25, 2009

ANWAR DAN KEGAGALANNYA

ANWAR BERKEHENDAKKAN REFOMASI.

Jika reformasi yang dimaksudkan ialah reformasi ala Korea Selatan, Thailand dan Indonesia maka jelas sekali reformasi itu bererti menjatuhkan pemimpin negara dan mematuhi arahan IMF dalam dasar kewangan negara. Reformasi bagini tidak menguntungkan rakyat.

Reformasi di Koria Selatan dan Thailand melibatkan jatuhnya Menteri Kewangan yang di kesali kerana tidak mengekori dasar IMF, tetapi pemimpin negara tidak berkemampuan merobah dasar yang salah yang telah diekori.

IMF BERSALAH.

IMF pula sudah mengaku telah memberi raspi yang salah untuk memulihkan ekonomi diAsia Timur.

George Soros juga, yang dahulunya membela IMF, kini mengaku bahawa pendapatnya juga salah. Tindakan memecar Anwar yang menjadi pak turut kapada IMF telah menyalamatkan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dari bertambah menderita.

MEMECAT ANWAR SEBAHAGIAN DARI REFORMASI.

Jika reformasi di Indonesia bererti memecat Menteri Kewangan dan Pemimpin Negara maka Malaysia sudah menjalankan sebahagian dari reformasi itu. oleh kerana tampa Anwar ekonomi Malaysia sudah bertambah pulih maka memecat pemimpin tidak perlu diteruskan.

USEHA SIA-SIA.

Jika reformasi yang diperjuangkan oleh Anwar ala rhetoric, ianya useha sia-sia untuk mengabui
mata rakyat semata-mata.

ANWAR DAN REFORMASINYA.

Waktu diluar kerjaan dia menentang kerjaan saolah-olah dia mahukan reformasi.
Prastasi Anwar didalam Kerjaan meleset.

Anwar jadi menteri Belia dan Sukan, tetapi kementerian Belia dan Sukan lebih bermaya dibawah Annuar Musa dan lebih berjaya di bawah Tan Sri Mahyuddin.

Anwar menjadi Menteri Pertanian, tetapi Kementeria Pertanian lebih berjaya dibawah
Sanusi Junid.

Anwar menjadi Menteri Pendidikan, tetapi Menteri Pelajaran lebih berjaya dibawah Dato' Sri Najib; malahan Dato' Amar Sulaiman Daud juga lebih berkemampuan dari Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim jadi Menteri Kewangan, tetapi Kementerian Kewangan di bawah Tun Daim lebih
mengkagumkan, sedangkan di bawah Anwar Ibrahim kewangan Negara hampir bankrup.

Tetapi oleh kerana Anwar Ibrahim bijak berceramah segala kelemahannya dapat dilindungi dan menutup segala kesalahannya. di saad itu semua penyokongnya merasakan Anwar semuanya betul hingga kehari ini.

Seratah berhenti setakat ini dulu dan akan disambung lagi.

Monday, August 24, 2009

PAS TERTIPU OLEH ADIL ( ANWAR)

Apabila Anwar Ibrahim di pecat dari Timbilan Perdana Menteri dan ahli UMNO, bagi parti pembangkang , tindikan ini digabungkan supaya dapat digunakan untuk mengambarkan kezaliman kerjaan dan parti.

Tujuan pembangkang ialah supaya Kerjaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO ditolak oleh rakyat, walaupun Anwar bukan penyokong malah penentang mereka di waktu berada didalam kerjaan dan UMNO.

Parti-parti pembangkang tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menubuhkan perti baru, mereka juga tidak akan menerima Anwar sebagai pemimpin mereka, apatahlagi dengan imej Anwar yang tercemar.

Anwar sendiri tidak mahu menyertai perti pembangkang dan mengharapkan dapat kembali ke dalam UMNO jika beliau akhirnya menang di dalam Makamah dengan cara teknikal.

Itulah sebabnya parti-parti pembangkang menubuhkan GERAK dibawah pimpinan Ketua PAS,
Anwar pula mengarahkan isterinya supaya menubuhkan ADIL.

PRESIDEN PAS TERTIPU DAN DIPERBODOHKAN OLEH ANWAR, apabila ADIL di tubuhkan,
ADIL adalah saingan PAS dan bukan saingan Barisan Nasiaonal.

Dengan adanya ADIL kerusi Dewan Undangan Negari dan Parlimen yang PAS boleh bertanding
terpaksa dikurangkan untuk diberi kapada ADIL.ADIL sudah tentu mahukan kerusi yang baik
peluangnya untuk menang, ini bererti PAS terpaksa berkorban, dan terkorban !!!!.

Bagi perti-parti pembangkang yang penting bukan Anwar tetapi keuntungan politik untuk mereka sendiri dari isu yang timbul kerana pemecatan Anwar.

Thursday, August 20, 2009

Apa Kata Anwar. sambungan ( 14 )

TENTANG KESELAMATAN DALAM NEGERI


Walapun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemunkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara.

Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.

( Anwar Ibrahim berkata dalam sidang akhbar selepas berucap pada majlis makan tengahari meraikan para peserta Masyuarat Agong Antarabangsa ke 27 Majlis Ekonomi Lambangan Pasifik ( PBEC) di Kuala Lumpur pada 24 mei 1994. )

------------------------------------------------------------------------

Penangkapan beberapa orang pemimpin politik dan pengharaman sebarang perhimpunan diadakan adalah dibuat setelah kerjaan meneliti begitu lama perkembangan yang berlaku dalam negara.

Anwar menyifatkan tindakan menyeluruh itu sebagai tindakan terbaik untuk menyelamatkan suasana ketenteraman antara kaum.

----------------------------------------------------------------------

Saya harap semua pihak menerima keputusan itu dengan baik kerana kita tidak boleh mengorbankan keamanan negara semata-mata kerana gelagat beberapa tokoh tertentu dalam persengketaan politik.

( Anwar Ibrahim berkata demekian ketika mengulas penjelasan perdana menteri berhubung keselamatan negara dan penehanan beberapa tokoh politik di bawah ISA di kuala Lumpur
pada 28 oktober 1987. )

---------------------------------------------------------------------

" Penahanan beberapa tokoh politik dan anggota pertubuhan sosial dibawah Akta Keselamatan Dalam Negari (ISA) serta pembatalan permit tiga akhbar tempatan baru-baru ini tidak bermana
kerjaan telah menyalahgunakan sistem demokrasi di negara ini tetapi semata-mata untuk memelihara keamanan negara."

" Penahanan itu perlu untuk menangkis suara-suara sumbang yang menimbulkan suasana keruh pada masa kemelesetan ekonomi dunia sekarang. jika keadaan ini dibiarkan, ekonomi negara akan terus tergugat dan sistem demokrasi berperlembagaan yang diamalkan akan hancur pada bila-bila masa.

( Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap disambutan hari kebangsaan peringkat Dareah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 15 November 1987.)

---------------------------------------------------------------------

Baru-baru ini dia sendiri yang merencang demotrasi dan membawa penyokong-penyokongnya yang hanya orang Melayu sahaja, tidak ada bangsa lain pon, tetapi semasa Anwar dalam kerjaan dialah yang memberi penjelasan tentang ISA tidak harus di mansuhkan. ( Dasar Lidah Bercabang.).

Wednesday, August 19, 2009

JALAN KE SURGA FATWA PAS.

Hanya Islam yang dibawa oleh PAS sahaja yang boleh masuk syurga, Islam yang dibawa oleh UMNO dan yang lain-lain didunia ini tidak berkesempatan untuk masuk syurga kerana Nik Aziz berpegang kapada hadis Nabi s.a.w.

Sewaktu hayatnya, Nabi s.a.w. pernah berkata.

"Di akhir zaman nanti umatku akan berpecah
hingga 72 kumpulan
namun hanya satu kumpulan sahaja
yang masuk syurga.

Nik Aziz berpegang kapada hadis inilah yang merasakan hanya PAS sahaja yang layak masuk suyrga, dalam hal ini kita terpaksa bersimpati dengan orang Islam lain yang tidak berpeluang menikmati kehidupan syurga apabila mati kelak kerana gagal memenuhi syarat pertama iaitu mengundi Pas.

Inilah dia kehebatan Pas dan para ulamanya yang setakat ini belum ada ditandingi oleh sesiapa pun di dunia ini.

Hari ini Nik Aziz bukan sahaja mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan tetapi nampaknya
Pas telah melantik Nik Aziz sebagai Menteri Besar Syurga yang boleh menentukan siapa yang layak masuk syurga.

Nampaknya kumpulan yang dimaksudkan oleh Rasulullah .s.a.w. ini bukan lagi merupakan satu teka-teki. Dari penjelasan para pemimpin Pas, kenyataan-kenyataan mereka berhubung dengan kemasukan ke dalam syurga ini dan kuasa yang ada pada mereka untuk mengkafirkan umat Islam, maka tidak syak lagi Pas meresakan dialah yang akan masuk syurga sebagaimana yang di gambarkan oleh hadis Nabi s.a.w.

Monday, August 17, 2009

PAS MENIPU ORANG MELAYU

Orang UMNO mengucap. Orang PAS pun mengucap juga. Orang UMNO mengucap tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad Pesuruh Allah." Tetapi syahadah Pas ada tambahan walaupun tidak melafazkan, tetapi diyakinkan didalam hati.

Memanglah mereka mangaku Allah sebagai tuhan yang Esa dan Muhammad itu pesuruh Allah tatapi mereka juga percaya dan beriman kapada parti PAS sahaja Islam dapat dilaksanakan. Kalau tidak takkan mereka berani memberikan jaminan yang sesiapa sahaja mengundi PAS sebanyak tiga kali, tak kira sama ada Pas menang atau tidak, maka nascaya pengundi berkenaan masuk surga.

Inilah syahadah PAS. Inilah pokok iman Islam yang cuba ditanamkan oleh PAS kapada orang Melayu. Orang Melayu diajak percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu Pas. Orang Melayu diajak percaya bahawa menyokong PAS adalah sebahagian daripada syariat Islam.
Tampa disedari, rukun Islam yang patutnya cuma lima sudah menjadi enam. Jahanam !.

Akan bersambung disiri berikutnya.

Wednesday, August 12, 2009

ANWAR PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA



Pergerakan Anwar sudah lama diperhatikan oleh Amireka sejak dari universiti lagi, kerana merupakan sura lantang mengkeritik kerjaan sejak zaman Tun Razak lagi.



Anwar pernah menjadi Persiden Angkatan Belia Islam sedunia, merupakan pemimpin muda Islam ketika itu, Amireka memang berminat orang seperti ini untuk dijadikan talibarutnya.




Anwar Ibrahim diapit oleh Sir William Cohen dan Paul Wolfowitz. Kedua-duanya berbangsa Yahudi dan adalah bekas orang penting di Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, yang menyelia penajaan CIA. Kedua-duanya yang merancang kejatuhan negara Islam di Iraq, Afganistan dan Indonesia




10 PROTOKOL ZIONIS



“… Kita mestilah mengeruhkan hubungan di antara rakyat dengan pemerintah di semua negara dengan menimbulkan perbalahan, kebencian, pertentangan, iri hati, bahkan dengan menyebabkan siksaan, kebuluran, penyakit, kemiskinan supaya kaum-kaum goyim (manusia babi) tidak nampak jalan lain melainkan mencari perlindungan di bawah pemerintahan kita yang mempunyai kedaulatan atas kewangan dan sekelian yang lain. Tetapi jika kita berikan negara2 di dunia ini peluang berfikir dan membuat keputusan, maka saat yang kita nanti-nantikan tentu tidak akan tiba.”


Siapa Pau Wolfowitz

Perancang Utama dasar Neo-Con
(Zionis Kristian)
Perancang Utama Serangan ke atas Timor\ Tengah sejak zaman Reagan lagi
Penggubal dasar Regime Change & dasar Pre-Emptive Strike Policy yg
membelakangkan undang2 antarabangsa



DSAI pertahankan persahabatan dia dgn Wolfowitz dlm beberapa wawancara Dia tahu ramai antara kita tak tahu pun siapa Wolfowitz .

Thursday, August 6, 2009

Kritikan Za' ba Terhadap Kelemahan Umat Melayu Sambungan 1

PERANGAI ORANG MELAYU YANG MENDORONG
KAPADA KEMUNDURAN, Za'ba Menjelaskan.


" Bahawasanya kemiskinan perangai mulia-mulia seperti rajin useha, jimat cermat, tekun, tinggi hemah, kuat kemahuan, teguh cita-cita,benar,kepercayaan,menepati janji,menghargai waktu, ada kerhormatan diri, biasa menjalankan akal dan berfikir sendiri, bergantung kapada ikhtiar diri sendiri.

Percayakan kudrat kebolihan diri sendiri, tiada tertrunduk-tunduk dan bersembah-sembah, gemarkan faedah ramai, menjauhi pekara-pekara yang cemar, dan merosakkan maruah dan beberapa yang lai lagi.

Za'ba juga menekankan supaya jangan memperkecil 2 pekara:

Pertama. Keadaan Agama Islamnya dan iktikad-iktikad agama itulah yang memerentahkan segala jalannnya dan gerak gerinya hidup didunia ini.

Kedua: Adat kebiasaan dan kebiasaan hidup yang dahsyat yang telah ditanggungkan oleh datuk nenek pada zaman sebelum kedatangan sinar dan panas matahari Barat dahulu terutama British,

Oleh sebeb adat kebiasaan yang telah menjadi pusaka itulah hingga perkataannya pun tidak kita
dapati dalam bahasa Melayu bagi menamai kebanyakkan dari pada sifat-sifat kemuliaan perangan yang tersebut diatas dengan sepatah kalimah tiap-tiap satunya. Yang demikian menunjukkan bahawa fikiran darihal pekara-pekara itu semua tidak pernah terlintas dihadapan mata hati Melayu.

Akan di sambung lagi.

Tuesday, August 4, 2009

Kritikan Za' ba Terhadap Kelemahan Umat Melayu

PUNCA KEMISKINAN ORANG MELAYU
- Kritikan Za'ba -


Za'ba atau Prof. Pendeta Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad ( 1895 - 1973 ) saorang tokoh besar yang tersohor didalam tradisi pemikiran Islam dan persuratan Melayu.
Tokoh Bahasa,sastera,Ekonomi,Agama dan juga Politik.

Kemiskinan Orang- Orang Melayu Pendita Za'ba Menyebut:

Orang-orang Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah satu yang tersangat miskin.
Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada lain-lain sifat kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketingalan dibelakang dalam perlumbaan kemajuan.

Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengatahuan, miskin pada alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat keperangaian yang tinggi dan mulia - jadilah mereka tidak dapat tidak daripada tersangkut dan ketingalan dalam perjalanan bangsa-bangsa."

Za'ba membaca dan memahami kelemahan dan kemiskinan Malayu itu, katanya:

" Surat-surat karangan atau kumpulan kitab dan hikayat dalam bahasa mereka itu miskin dan bukan daripada jenis yang mengangkatkan perasaan atau meningalkan fikiran. Perkelilingan mereka dirumahnya dari masa kecil sentiasa miskin daripada asuhan-asuhan yang sempurna.

Dan jarang-jarang benar keadaannya yang menghembuskan roh yang bersih, atau memberi contoh keelokan perangai, atau menanamkan perasaan-perasaan yang tinggi dan mulia.

Pemandangan mereka terhadap hal hidup didunia ini miskin dari perasaan-perasaan yang hidup dan penoh dengan malap, muram dan kesugulan yang jarang-jarang atau tidak pernah berasa cerah dengan sinaran riang dan sukacita.

Kehidupan agamanya dan amal ibadatnya amat miskin daripada isi dan roh yang asli dan tubuh
( amalannya atau agamanya) yang tidak beisi roh iaitu beberapa banyak telah diselaputi oleh lumpur dan cemar-cemar daki air serta telah hanyut dan beralih rupa beberapa jauhnya daripada ajaran-ajaran asal yang bersih dan hening jernih yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Akan disambung nanti tentang kata-kata Za'ba.