Monday, September 28, 2009

KEANGKOHAN NIK AZIZ

Hari ini Meneteri Besar Kelantan sudah sampai ketahab menentukan surga dan neraka, ulama-ulama besar dunia pun tidak sampai ketahab itu, tidak berani nak menetukan sesaorang iti segala amalannya diterima atau di tolak oleh Allah s.w.t.

Kenapa Nik Aziz jadi begitu ??. Ini kerana dia lupa diri dik terlalu di sanjung oleh pengikutnya, tidak ada yang berani menegurnya pimpinan-pimpinan ulama dalam Pas pun hanya menjadi pakturut, kakau dulu Pas menyatakan kapada Umno menjadi pak turut kapada Mahathir, hari tuduhan itu terbalik kapada Pas pula.

Dalam Umno hanya ada satu ketua sahaja, yang mempunya kuasa pemutus, dalam Pas berbeza kalau pucuk pimpinan Pas sudah bersetuju dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat, tidak boleh dilaksanakan lagi kerana mesti mendapat persetujuan kuasa pemutus iaitu Mursyidul Am terlebih dahulu, kalau dia setuju boleh dilaksanakan dan sebaliknya.

Presiden yang tiada kuasa dalam sesuatu ogenisasi, seperti juga dengan Dap kuasa duduk ditangan Setiauseha Agong, Pas kuasa ditangan Mursyidul Am, satu kapal dua nahkoda.

Sepatutnya Pas sudah memikirkan kedudukan Mursyidul, patut ada atau di mansuhkan, kalau ia masih berterusan bagai mana Pas boleh mengantikan Umno suatu hari nanti bagi tempat orang melayu tumpang berteduh dan menjaga kepentingan orang melayu.

Sebab jawatai itu merasakan kuasa mutlak, siapa sahaja yang memegangnya ia akan melakukan pekara yang sama, tidak akan berubah. Kalau bertindak sebagai penasihat sahaja tak mengapa, kerana tidak menetukan sesuatu keputusan tetapi sebaliknya.

Mursyidul Am sepatutnya bertindak menegur sahaja diatas pekara-pekara yang patut, dan memberi pandangan, bukan memutuskan sesuatu keputusan dalam ogenisasi.

Pas sepatutnya tidak menjadi pembangkang, sebaliknya Pas menjadi pendesak kepentingan orang melayu dan Islam, supaya kedua-duanya terbela.

Hari ini orang melayu sepatutnya memikirkan kepentingan tersebut.

Monday, September 14, 2009

SEJARAH MALAYSIA SEPINTAS LALU ( sambungan)

BANTAHAN AKHBAR –AKHBAR TEMPATAN

Akhbar-akhbar Melayu yang sudah mengetahui tentang kesan-kesan buruk daripada rancangan Malayan Union, antaranya Akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara, menyuarakan bantahan keras dan menyeru seluruh umat Melayu supaya mengadakan perjumpaan bagi membantah dan menolak Malayan Union dengan SATU SUARA SATU HATI

19 JANUARI 1946

BANTAHAN DI KEDAH

50,000 Orang Melayu Kedah telah mengadakan satu perarakan raksasa sepanjang jalan 2 batu di bawah Anjuran Kesatuan Melayu Kedah. Bagi Membantah Malayan Union.

ORANG MELAYU SELURUH TANAH SEMENANJUNG MULA BANGKIT MENENTANG MALAYAN UNION, KERANA TIDAK PUAS HATI CARA TANDATANGAN RAJA-RAJA DIAMBIL.

ORANG MELAYU PERCAYA MEREKA AKAN KEHILANGAN SEBAGAI PERIBUMI TANAH MELAYU DAN AKAN MENJADI MASYARAKAT KECIL DI TANAH AIR SENDIRI.

22 JANUARI

PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH MALAYAN UNION DI PARLIMEN LONDON

Yang mengandungi Dasar-Dasar dan Rancangan Malayan Union antaranya:-

1. Kuasa Penuh diberi kepada King Inggeris supaya boleh membuat undang-undang yang sama serupa di dalam semua negeri-negeri Melayu.

2. Pentadbiran terletak di tangan Gabenor Inggeris

3. Majlis Penasihat Pusat Agama yang terdiri dari Raja-Raja Melayu di pengerusikan oleh Gabenor yang bukan beragama Islam.

4. Taraf kerakyatan boleh diperolehi tanpa perbezaan bangsa dan agama secara :-


a) Lahir di negeri Malayan Union dan Singapura.

b) Telah tinggal selama 10 – 15 tahun di Malayan Union.

c) Rakyat British juga boleh menjadi rakyat Malayan Union tanpa kehilangan taraf kerakyatan British.

5. Mereka yang bukan rakyat Malayan Union tidak boleh menjawat Jawatan di dalam Pejabat Kerajaan atau menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Pusat atau Majlis Mesyuarat Negeri.

6. Peraturan akan dibuat bagi memindahkan dengan sedikit kecualian, harta-harta kepunyaan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) kepada Malayan Union.

IMPLIKASI PELAKSANAAN MALAYAN UNION

Dengan Pelaksaan Malayan Union Tanah Melayu akan di Tadbir secara terus dari LONDON sebagai sebuah tanah Jajahan (Koloni). Maka akan tamatlah kepurapuraan bahawa Negeri-Negeri Melayu di tadbir oleh British bagi pihak Raja-Raja Melayu. Prinsip Justsoli, bagi menerima kerakyatan orang bukab Melayu secara amat longgar dan meluas tanpa mengambil kira kesetiaan mereka bakal mengubah struktur politik tempatan. Orang-orang Melayu akan hilang hak-hak dan tanahair mereka di bawah peraturan baru yang ditaja oleh British ini.

23 JANUARI 1946

SURAT DATO’ ONN KEPADA UTUSAN MELAYU


Di atas sokongan dan cadangan Syed Alwi Al – Hadi dan Haji Anuar Malik dari Kesatuan Melayu Johor, Dato’ Onn telah menghantar sepucuk surat kepada Utusan Melayu. Dalam suratnya beliau mencadangkan satu kongres diadakan untuk membincangkan soal Malayan Union. Satu pertubuhan yang dinamakan United Malays Organisation (UMO) patut ditubuhkan sebagai badan pendesak. Surat Dato’ Onn itu merupakan rayuan pertama daripada seorang tokoh negeri Melayu yang inginkan masalah Malayan Union dibincangkan secara bersama sedangkan persatuan negeri Melayu yang lain lebih membangkitkan penentangan mereka secara berasingan. Surat Dato’ Onn telah mengatasi tembok sifat kenegerian orang Melayu di waktu itu.

15 FEBRUARI 1946

BANTAHAN RAJA-RAJA MELAYU

Sultan Johor mulai sedar bahawa tandatangan yang baginda berikan kepada Mac Michael bermakna baginda menyerahkan kuasa dan negerinya kepada Kerajaan British, lalu baginda menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan Takluk British yang berbunyi:-“Beta telah dikerasi dan dikejut-kejut dan beta tidak menurunkan tandatangan dengan penuh kemahuan akan tetapi setelah memikirkan semula perkara itu beta berpendapat bahawa beta telah menandatangani perjanjian itu dengan tidak terlebih dahulu menyiasat dengan sahalus-halusnya seperti yang sepatutnya diperbuat dan malangnya beta tidak sedar akan kesan-kesan yang mengenai lebih jauh. Oleh yang demikian, beta suka menyatakan iaitu di dalam hal yang demikian beta tidak sanggup lagi bertanggungjawab kepada persetujuan yang beta berikan mula-mula itu.”Lain-lain Sultan juga turut menghantar surat bantahan dengan menerangkan keadaan yang telah mendesak mereka. Antaranya Sultan Kedah, Sultan Selangor dan Sultan Perak.

JANUARI - FEBRUARI 1946

RUNDINGAN MENGADAKAN KONGRES


Di Kuala Lumpur, Tuan Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan Za’ba, Ynag Dipertua Persatuan Melayu Selangor telah mula berhubung dengan Datuk Panglima Bukit Gantang Perak, Dato’ Onn bin Jaafar yang merupakan Yang Dipertua Pergerakan MElayu Semenanjung Johor dan lain-lain pemimpin supaya mengadakan kongres yang menjemput wakil orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung. Tujuannya untuk menubuhkan Melayu yang besar bagi menentang Rancangan Malayan Union.

28 FEBRUARI 1946

Mesyuarat Membincangkan Kongres Melayu Pertama

Satu mesyuarat diadakan oleh Tuan Za’ ba, dan dibantu oleh Dato’ Hamzah Abdullah, Menteri Besar Selangor membincangkan penganjuran kongres pertama.

1 – 4 MAC 1946

KONGRES MELAYU YANG PERTAMA

Seramai 107 orang wakil dari 41 buah pertubuhan dan 56 orang pemerhati menghadiri Kongres Melayu yang bersejarah bertempat di bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

UCAPAN PEMBUKAAN DATO’ ONN

Dato’ Onn telah dipilih sebagai persidangan kongres dengan sebulat suara. Ucapan beliau di Kongres itu menyeru kepada para perwakilan supaya bersatu.


Ucapan Dato’ Onn yang pertama ini telah membakar semangat ahli-ahli Kongres dan bangsa Melayu seluruhnya. Telah muncul seorang pemimpin agung Melayu yang dinanti-nantikan bagi membela umat Melayu sewaktu kedudukan mereka diancam.


Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusahalah sebagaimana belum pernah kita berusaha. Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benarnya keturunan datuk-nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati. Dengan bersatu hati itu sahaja akan dapat kita mengadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita-cita kita itu”.

KETETAPAN KONGRES

Satu ketetapan telah dibuat hasil dari kongres selama empat hari tersebut iaitu menolak perjanjian Mac Michael dan mendesak Kerajaan British supaya menarik balik rancangan Malayan Union dengan segera.

KAWAT KEPUTUSAN KONGRES MELAYU PERTAMA

Setelah mendengar hujah yang beralasan yang telah ditetapkan oleh wakil di dalam Persidangan Agung yang butir-butirnya dikandungkan di dalam Jadual Bersama-sama ini, maka Persidangan Agung daripada wakil-wakil 42 buah Persatuan di Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai bilangan ahlinya yang dinyatakan bersama-sama ini membuat keputusan seperti berikut :-

1. Bahawa surat-surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang bermakna memberi kuasa yang penuh kepada Duli Yang Maha Mulia lagi Maha Besar King Great British dan akan menjalankan kuas yang penuh itu. Kerajaan Baginda King mencadangkan hendak menjalankan kuasa yang penuh itu di dalam linkungan Negeri Melayu yang tersebut dan menghapuskan kuasa-kuasa Sultan-Sultan itu di dalam negeri mereka itu masing-masing daripada suatu keadaan Raja-Raja yang merdeka sebagai yang telah terdiri tidak diperbuat mengikut undang-undang tubuh adat lembaga dan kebiasaan Melayu yang sah dan batal dan tidak diwajib ditaat oleh Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan rakyat-rakyat mereka.

2. Bahawa yang sebagaimana surat-surat perjanjian telah diperbuat dengan tiada diketahui dan berlawanan dengan kemahuan-kemahuan rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan sebagaimana cadangan kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu itu tiada diredhai oleh rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan. Bahawa Persidangan Agung ini menyatakan bahawa perbuatan itu berlawan dengan kaedah-kaedah Demokrasi dan iaitu tidak boleh diterima sama sekali.

3. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu yang tesebut dan menidakkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan bermakna dirampas sama sekali negeri-negeri Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu dan iaitu berlawan dengan semangat dan kehendak Atlantic Charter.

4. Bahawa cadangan Kerajaan Baginda King seperti yang dicadangkan di dalam Kertas Putih yang dikeluarkan di dalam bulan Januari 1946 yang antara beberapa perkara mencadangkan :-
a.Menjadikan suatu tubuh dinamakan Malayan Union bagi menggantikan Negeri-Negeri Melayu yang beraja, mereka terkeluar daripada tubuh itu Pulau Singapura tetapi termasuk dalam tubuh itu Pulau Pinang dan Melaka pula.
b.Menjadikan suatu hak kerakyatan dengan hak-hak yang sama dengan tidak tilek pandang kepada Bangsa atau Agama akan menghapuskan sama sekali daripada hidupnya :-


i. Negeri Islam Melayu yang merdeka iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang pendiriannya seperti itu telah diakui oleh Kerajaan Baginda King Khasnya dan oleh sedunia amnya.

ii. Bangsa Melayu ada mempunyai Negeri dan Raja.


iii. Segala Treaty-treaty yang ada diantara Kerajaan Baginda King dan Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan dengan perbuatan yang memecahkan kehormatan treaty-treaty yang baginya bangsa-bangsa yang bersekutu telah berjuang di dalam suatu peperangan yang terlebih dahsyat di dalam tawarikh dan iaitu mengambil daripada orang Melayu hak-hak mereka itu dinyatakan menjadi suatu timpaan yang amat dahsyat kepada mereka-mereka pula yang selama-lamanya taat setia kepada Baginda King.

5. Bahawa Persidangan ini menjemput Kerjaan Baginda King kapada sesuatu pepereksaan yang penoh diatas keadaan yang ada pada masa ini didalam Semenanjung Tanah Melayu dan keadaan-keadaan itu jika diketahui oleh Kerjaan Baginda King tentu akan menanguhkan cadangan yang tersebut itu.


6. Bahawa disebabkan oleh pekara-pekara yang tersebut itu Persidangan Agong ini meminta kepada Kerjaan Baginda King menarik kembali cadangan itu dengan serta merta dan kembalikan pendirian Negeri-Negeri Melayu dengan tidak ada sebarang perubahan daripada keadaan yang telah lalu.

MAC 1946

PERBAHASAN AHLI-AHLI PARLIMEN BRITISH


Surat-surat bantahan Raja-raja Melayu telah dibaca oleh Kapten L.D. Gammans, ahli Parlimen British di dalam perbahasan berkenaan dengan Malayan Union di Dewan Orang Ramai (House of Commons) British. Beliau telah memberi amaran kepada Dewan bahawa perkara ini boleh menjadi pertumpahan darah dan huru-hara jika tidak diatasi. Sir John Barlow pula mengingatkan bahawa Sultan-Sultan ini telah diugut.


KERAJAAN BRITISH MENGISYTIHARKAN TARIKH KUAT KUASA PERJANJIAN MALAYAN UNION

Tanpa menghiraukan tentangan orang Melayu, Kerajaan British terus mengisytiharkan tarikh kuat kuasa perjanjian Malayan Union pada 1 April 1946. Pada tarikh tersebut Sir Edward Gent mengangkat sumpah sebagai Gebenor bagi Kerajaan Malayan Union.


30 – 31 MAC 1946

KONGRES TERGEMPAR


Dato’ Onn memanggil satu kongres tergempar di pejabat akhbar Majlis bagi membincangkan tindakbalas terhadap Kerajaan British. Hasil dari perbincangan kongres tersebut, persidangan mencapai keputusan berikut :-

1.Meminta semua orang Melayu di seluruh Tanah Melayu berkabung dengan melilit kain putih di songkok pada 1 hingga 7 April 1946 tanda berdukacita atas kedatangan Malayan Union.

2.Memohon DDYMM Sultan-Sultan Melayu supaya tidak hadir dan tidak campur di dalam istiadat menyambut Gabenor Malayan Union.


3.Ahli-ahli kongres yang telah ditawarkan menjadi ahli Majlis Penasihat Gabenor akan menarik diri daripda lantikan itu.


4. Meminta orang-orang Melayu supaya tidak menerima perlantikan mana-mana Majlis, Lembaga atau Jawatankuasa. Sekiranya tidak mematuhi arahan ini mereka akan dipulau.


5. Persidangan juga telah mengambil keputusan mengutus kawat kepada Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams meminta mereka datang ke Tanah Melayu untuk berunding dengan orang-orang Melayu


1 APRIL 1946

MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU SUPAYA TIDAK HADIR
KE MAJLIS PERLANTIKAN GABENOR


Dato’ Onn bersama-sama Dato’ Haji Wahab bin Toh Muda dan Dato’ Nik Ahmed Kamil pergi menemui Raja-Raja Melayu di Station Hotel, Kuala Lumpur bagi merayu kepada mereka agar tidak menghadiri majlis perlantikan Gabenor Malayan Union. Beribu-ribu orang Melayu memakai songkok berlilit kain putih tanda berkabung berkumpul berasak-asak di hadapan Station Hotel melaungkan “Daulat Tuanku” dan Hidup Melayu”. Dato’ Onn menegaskan kepada Raja-Raja Melayu bahawa kerjasama mereka adalah perlu untuk mengelakkan rakyat Melayu dari menderhaka. Dengan bantuan Sultan Ibrahim dan desakan orang-orang Melayu yang berada di situ, Dato’ Onn berjaya memujuk Raja-Raja Melayu agar memulau istiadat pertabalan itu.


RAJA MENANGIS


Raja-raja merasa amat terharu dengan keadaan ini, lalu berangkat turun menemui rakyat yang berkumpul di luar. Dengan airmata yang berlinang, salah seorang daripada baginda telah bertitah”Sabarlah, sabarlah. Kita di pihak yang benar, Tuhan akan menyertai pihak yang benar”. Di dalam suasana hiba itu, terdengar suara salah seorang, “Kami telah membawa Raja-Raja turun dari atas ke bawah. Kami tidak sampai hati hendak menurunkan baginda terus menerus. Kami hanya hendak menyatakan bahawa kami sekelian adalah berdiri menyokong baginda-baginda”. Raja-Raja Melayu akhirnya akur dengan permintaan rakyat dan memulaukan upacara tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Raja-Raja dan orang Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan.


PERASMIAN KERAJAAN

Malayan UNION



1 April 1946

PERASMIAN KERAJAAN MALAYAN UNION

Kerajaan Malayan Union dirasmikan dan Sir Edward Gent mengangkat sumpah sebagai Gabenor.
Tiada seorang pun Raja, orang besar atau orang kenamaan Melayu yang hadir.


15 April 1946


RAJA-RAJA BERUNDING

Sultan Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis mengadakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan bersetuju dengan sebulat suara membantah penubuhan Malayan Union. Bantahan itu disampaikan kepada Kerajaan British di Englands.

PENUBUHAN UMNO


Pada 11 dan 12 Mei 1946 Kongres yang ke 3 telah diadakan di Istana Besar, Johor Bharu dan dirasmikan oleh YAM Tengku Mahkota Pemangku Sultan Johor (Sultan Ismail). 58 wakil dan 30 orang pemerhati dari 29 pertubuhan telah hadir.

“ Bemulalah langkah perjuangan bangsa Menentang penjajah dari berkuasa Melayu bersatu menegak nusa lahirlah UMNO menabur jasa”

Keperluan untuk menyatupadukan seluruh masyarakat Melayu di negara ini telah menjadi kenyataan apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PERKEMBER) ( UMNO) telah ditubuhkan di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar.

Pemimpin Umno telah mengadakan perjumpaan, kempen dan tunjuk perasaan secara besar-besaran du seluruh pelusuk tanah Air bagi menentang Malayen Union yang telah dilaksanakan oleh kerjaan Inggeris. Kerjaan British sendiri telah dukecam hebat dalam Perlimennya sendiri berikutan dengan penguatkuasaan Malayen Union. Rasa tidak puas hati dan tentangan hebat daripada orang-orang Melayu.

Setakat ini dahulu akan bersambung, semoga para pengikut blog ini mendapat sedikit sebanyak
rentetan sejarah bagai mana negara ini mencapai kemerdekaan.



Thursday, September 10, 2009

ORANG MELAYU MENOLAK MALAYEN UNION (sambungan)

Cadangan Malayen Union telah menerima tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana mereka tidak puas hati mengenai babarapa pekara dasar yang dirasakan sangat penting.

Pemberian taraf kewarganegaraan dengan hak yang sama tidak dapat di terima oleh orang Melayu kerana pekara ini akan menamatkan hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu.
Cadangan ini juga di tolak kerana ia akan menghilangkan taraf dan martabat Raja-Raja Melayu dan sebaliknya segala kuasa pemerentahan akan dipegang oleh Gabnor Inggeris yang mengetuai Malayen Union.

Cara pehak Inggeris mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu bagi perjanjian Malayan Union juga dipertikaikan sebagai tidak sah kerana dibuat secara paksa dan tipu muslihat.
Pehak Inggeris telah berjumpa Raja-Raja Melayu pada:

Sultan Johor 20 Oktober 1945.
Sultan Pahang 2 November 1945
Yang Di Pertuan N.S 14 November 1945
Sultan Perak 22 November 1945
Sultan Selangor 24 November 1945
Sultan Kedah 2 Disember 1945
Raja Perlis 12 Disember 1945
Sultan Kelantan 17 Disember 1945
Sultan Trengganu 21 Disember 1945


Malahan rancangan Malayen Union itu sendiri ditentang keras oleh bekas pegawai-pegawai tinggi Inggeris yang pernah perkhidmat di Tanah Melayu. Namun bagitu kerjaanInggeris tetap berdegil dan akhirnya pada 1 April 1946 Malayen Union dikuatkuasakan dalam keadaan tidak puas hati dan tentangan daripada Raja-Raja dan orang-orang Melayu.

Tuesday, September 8, 2009

SEJARAH MALAYSIA SEPINTAS LALU ( sambungan)

Orang-orang Melayu di katakan mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang-orang Jepun dan diberi layanan yang agak baik. Tetapi kebanyakaan orang-orang Melayu juga bersikap anti- Jepun. Pejuang-pejuang nasionalis Melayu di bawah kesatuan Melayu Muda ( dahulunya anti- British) pada zamannya berkerjasama dengan orang-orang Jepun. Tetapi gulungan ini sebenarnya adalah anti-Jepun dan membuat hubungan sulit dengan MPAJA bagi menentang Jepun. Dengan ini pehak Jepun telah mengharamkan KMM dan mengantikan dengan sebuah pertubuhan baru yang bernama Giu Gun atau Pembela Tanah Air ( PETA ).

Pemerentahan Jepun di negara ini dan kawasan-kawasan Asia Pasifik tidak dapat bertahan lama dan mererka telah menyerah kalah kapada pehak British setelah bandar Hiroshima dan Nagasaki telah hancur dibom oleh Amerika Syarikat.

Akhirnya Jepun telah menyerah kalah pada 15 ogas 1945 dan dalam tempoh tiga minggu selepas itu Inggeris telah kembali semula ke Tanah Melayu dan menubuhkan kerjaan sementara yang dikenali sebagai Pentadbiran Tentera British.

Tujuan penubuhan kerjaan tentera tersebut ialah untuk memulihkan semula keamanan dinegara ini sahinggalah ia dibubarkan pada bulan Mac 1946 dan dugantikan dengan sebuah kerjaan baru.

ORANG MELAYU MENENTANG MALAYAN UNION.

Pentadbiran baru Inggeris selepas Perang Dunia kedua ini berhasrat untuk menyatukan semua negeri di Tanah Melayu dibawah satu kerjaan pusat yang dikenali sebagai Malayen Union.
Inggeris berpendapat rancangan Malayen Union ini akan dapat melindungi kepentingan dan kedudukan mereka serta dapat diterima oleh semua pehak dan memuaskan hati penduduk berbilang kaum di negara ini.

Mengikut gagasan Malayen Union semua negeri di Tanah Melayu ( kecuali Singapura) akan menjadi sebuah Tanah Jajahan British dan pentadbirannya diketuai oleh saorang Gabenor Inggeris dan Raja-Raja Melayu tidak mempunyai sebarang kuasa kecuali dalam hal ehwal Agama Islam dan adat resam orang Melayu.

Gagasan Malayen Union ini juga memberi taraf kerakyatan kapada semua orang yang di lahirkan di negara ini dan orang-orang yang telah bermastautin di Tanah Melayu dan Singapura
selama lebih daripada 10 tahun adalah layak memohon menjadi warganegara.

Malayen Union juga bertujuan memberikan hak-hak yang sama kapada semua warganegara.

Setakat ini dulu akan bersambung.

Friday, September 4, 2009

SEJARAH MALAYSIA SEPINTAS LALU ( sambungan)

GERAKAN-GERAKAN ANTI BRITISH DAN SEMANGAT KEBANGSAAN


Kesedaran dan semangat kebangsaan yang lebih bersemarak mula awal abad ke 20 bukan saja berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap segala dasar dan tindakan penjajahan Inggeris, tetapi juga mendapat sumber inspirasi dan dorangan daripada gerakan-gerakan menentang penjajahan yang begitu kuat yang sedang berlaku di negara-negara luar.

Perang Russia - Jepun, kemunculan gerakan Teruku Muda, Gerakan pemulih Islam di Mesir dan gerakan Kebangsaan di Indonesia. Akibatnya timbullah beberapa gulungan pejuang kebangsaan penjanjahan Inggeris seperti gulungan Pemulih Islam yang mengelarkan diri mereka sebagai kaum Muda, gulungan radikal dibawah kesatuan Melayu Muda.

Gulungan nasionalis sederhana yang bergiat di bawah persatuan-persatuan Melayu. Perjuangan
kaum Muda lebih menekankan hal-hal agama Islam, kemajuan pelajaran, ekonomi dan menuntuk hak-hak politik orang-orang Melayu.

Sebaliknya golangan radikal lebih bersikap anti- Inggerias dan menginginkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu bersama dengan Indonisia di bawah gagasan Indonisia Raya. Golangan nasionalis sederhana pula berhasrat membaiki taraf ekonomi dan sosial orang-orang Melayu menerusi kerjasama dengan pemerentahan Inggeris.


PENDUDUKAN JEPUN


Perjuangan nasionalisme di negara kita telah bertukar corak akibat daripada perang dunia Kedua dan pendudukan Jepun selama hampir 4 tahun, Jepun dengan selogan Asia untuk orang-orang Asia.

Orang-orang Cina telah diberi layanan yang buruk dan mereka menjadi mangsa kekejaman Kempeitai Jepun. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina menjadi anggota Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun (MPAJA) yang dipimpin oleh Parti Kominis Malaya (PKM) sementara itu orang-orang India juga bersikap anti Jepun kerana mereka telah di paksa membena landasan Keretapi Maut dan ramai daripada mereka telah kehilangan perkerjaan kerana ladang-ladang getah di tutup dan di musnahkan.

Setakat ini dulu akan bersambung.

Thursday, September 3, 2009

SEJARAH MALAYSIA SEPINTAS LALU ( sambungan)

KESAN-KESAN PENJAJAHAN INGGERIS.

Semasa Inggeris menaluk Tanah Melayu, Inggeris membawa tiga visi untuk memerentah negara ini iaitu.

1. Bodohkan Melayu
2. Memiskinkan Melayu
3. Jangan Kristiankan Melayu, tetapi menjuruskan penghidupan orang-orang melayu itu
bercorak penghidupan orang-orang kristian.

Dimasa zaman inggeris memerentah, inggeris mengunakan pecah dan perentah,Orang Melayu
tingal di desa dan kampong-kampong, orang Cina tingal di bandar dan orang India di ladang-ladang dan estek. Untuk memudahkan bagi Inggeris mencorakkan penghidupan bagi tiga kaum terbesar ini.

Dari sudut pendidikan sekolah hanya didirikan di bandar-bandar sahaja seperti contuh sekolah pertama yang di dirikan di Pulau Pinang pada tahun 1819, merupakan sekolah Inggeris dan diadakan di gereja, supaya orang melayu tidak mahu ke sekolah kerana berada didalam gereja, dan semua sekolah yang di dirikan berasaskan gereja.

Bagi orang melayu hanya ada sekolah-sekolah pondok yang didirikan oleh Tok-tok Guru dan gulungan ulama. Pendidikan awal bagi orang melayu setelah tujuh puluh tahun kemudian hanya untuk setakat boleh membac, menulis dan mengira sahaja. Itu lah dasar penjajah, bodohkan melayu.

Orang Melayu di leberkan sebagai malas, tidak menghargai masa, sebab itu inggeris tidak mahu
mengambil orang melayu sebagai pekerja di lombong-lombong bijih milik mereka,dan ladang getah, sebaliknya mereka mambawa masuk perkerja asing dari Cina dan India. Inggeris sedar sekiranya mengambil orang melayu sebagai pekerja mereka,orang melayu akan marah dan tak puas hati kerena Inggeris mengambil harta milik orang melayu di bumi ini. hanya sebahagian kecil sahaja orang melyu terlibat secara lansung dengan perlombongan bijih Timah.

Orang Melayu terbiar di kampong-kampong tampa pendidikan dan sosio ekonomi yang baik, orang melayu di nafikan haknya sekian lama kedua-dua bidang tersebut, ekonomi dan pelajaran, malah sahingga ke hari ini pun dua bidang ini orang melayu masih ketingalan walaupun sudah mencapai 52 tahun Merdeka.

Orang melayu tidak mampu bersaing dengan mereka terutama dalam bidang ekonomi dan pelajaran, kalau kita lihat dari dulu sahingga ke hari ini dua bidang ini dikuasai oleh kaum Cina,
dalam bidang pelajaran, oreng melayu terlalu lemah untuk menguasai bahasa inggeris dan sains serta matematik dari UPSR hingga ke peringkat U.

Dibidang ekonomi kalau kita melihat syarikat-syarikat milik bumiputra jauh ketingilan berbanding dengan milik mereka.

Dalam bidang peruncit hampir sembilan puluh peratus di kuasai oleh orang Cina, sebab itu kerjaan tidak dapat mengawal kedudukan harga barang dan pembekalan, mereka mempunyai rankaian yang sunguh teratur dan berselerak di merata tempat.

Kerjaan sekat dan buat bermacam-macam cara bagi mengawal kenaikan harga barang tetapi mereka melakukan apa cara sekalipun, sahingga sanggup membunuh anak-anak ayam demi untuk mendapatkan harga yang mereka mahu, sebab mereka kuat kuasa ekonomi ditangan mereka.

Hari ini mereka sudah mula menentukan kuasa politik di tangan mereka, mereka boleh membuat penentuan di pehak mana mereka hendak sokong, kalau mereka menyokong 'A' bererti 'A' akan menang dan sebaliknya.

Orang Melayu masih lagi bercakaran sesama sendiri, sudah lupa pada sejarah, sudah tidak mahu
bermuzakarah untuk mencari penemuan persamaan dan mengenepikan perbezaan, atas kepentingan Agama Bangsa dan Negara.

Kalau ini masih berterusan kita tunggulah kehancurannya, seperti kata bidalan menang sorak
kampong tergadai.

Wednesday, September 2, 2009

SEJARAH MALAYSIA SEPINTAS LALU ( sambungan)

Kebangkitan Semangat Kebangsaan & Penubuhan
Parti-Parti Politik.


Apabila kita membicarakan tentang kebangkitan semangat kebangsaan di sesebuah negeri, kita perlulah melihatnya dari kontek penduduknya. Adakah penduduknya terdiri dari sebuah masyarakat yang mempunyai persamaan dari segi agama, kebudayaan dang bangsa?.

Atau adakah penduduknya terdiri dari berbagai bangsa yang berlainan pula agamanya, latarbelakangnya, kebudayaannya dan konsep hidupnya.

Bagi Tanah Melayu penduduknya adalah terdiri dari berbagai-bagai bangsa - Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tetapi yang sering di ambil perhitungan ialah tiga bangsa yang terbesar sahaja, Melayu, Cina, Dan India.

Kelahiran tiga bangsa ini adalah merupakan satu perkembangan yang mula berlaku sejak akhir abad yang ke sembilanbelas dan awal abad ke duapuluh, itu ketika berlaku perpindahan berramai-ramai para penghijrahan dari Cina dan India apabila perusahan bijih timah dan getah tambah berkembang.

Kedua-dua perusahan ini menjadi tunjang ekonomi negeri sejak awal abad yang ke duapuluh lagi
dan sejak itu juga lahirlah apa yang dinamakan masyarakat majmuk di negeri ini.

Sahingga perang dunia kedua , satu sifat kaum-kaum yang terbesar ini - Melayu, Cina, India, ialah masing-masing mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia bangsa Melayu ialah tanah Melayu sendiri, Bangsa Cina ialah negari Cina, Bangsa India ialah negeri India.

Perbezaan ini nampaknya ketara dalam kegiatan-kegiatan dan perjuangan mereka, akan tetapi menjelang pertengahan abad yang ke duapuluh, sikap dan arah kiblat bangsa-bangsa Cina dan India, secara beransur-ansur mula tertumpu ke Tanah Melayu - bumi tempat mereka mencari razki dan perlindungan. Manakala bangsa Melayu pula kiblat dan taat setianya tetap tidak berubah kapada Tanah Melayu- Tanah tumpah darah mereka.

Setakat ini dahulu dan akan bersambung disiri yang akan datang.

Kalau kita meneliti kapada faktar yang ada diatas kita boleh membuat tafsiran dari segi taat setia kaum-kaum lain walau pun nampak berubah tetapi hakikatnya mereka masih berkiblat ke negeri asal mereka. tetapi tidak semua, contoh DAP berkiblat ke Singapura, Hindraf berkiblat ke India, kalau tidak mengapa mereka menjunjung gambag Indragandi semasa berdemo.

Tetapi walau bagaimanapun mereka adalah rakyar negara ini, yang tidak beberapa setia.

Tuesday, September 1, 2009

PUNCA-PUNCA KEJATUHAN MELAKA 1511

Sempena bulan kemerdekaan ini mari kita merenung punca kejatuhan Melaka pada ketika itu yang ada hubungkaitnya di masa ini. Melaka jatuh ke tangan Portugis dengan beberapa sebab seperti.

1. Peminpin Yang Leka dan Abaikan Negara dan Agama.
2. Pentadbiran Kerjaan Kurang Bijaksana berbanding Tun Perak.
3. Laksamana Laut Melaka Kurang Beri Tumpuan Kapada Tentera dan Stategi.
4. Rasuah Berlaku Berleluasa.
5. Perpecahan sesama Melayu, India Muslim, Puak Tua dan Puak Muda.
6. Pengkhainatan Oleh Rakyat Tampatan dan dibantu oleh Orang Luar.

Bukan enam sahaja yang menyebabkan Melaka jatuh banyak lagi, tetapi ini dikira yang besar yang menyebab kejatuhan Melaka, daripada enam punca kejatuhan Melaka itu tiga yang palin besar, seperti yang ke empat hingga ke enam.

Yang ke empat merupakan, rasuha sudah berlaku berleluasa di zaman itu, pemimpin dan ketua-ketua sudah tidak ada amanah menjaga Negara, mudah di beli akhirnya negara tergadai. Apabila perpecahan berlaku sesama Melayu berpuak-puak, dan gulungan tua dan muda sudah tidak sehaluan, sangat mudah bagi musuh untuk mencari kelemahan dan kekuatann kita.

Yang terbesar sekali adanya pengkhainatan dari kalangan anak tempatan dan juga bersam-sama dengan orang luar untuk membantu musuh bagi menakluki negara sendiri.

Kita lihat bagaimana peranan orang-orang cina yang memberi pertolongan kapada Portugis membenarkan tongkang-tongkangnya digunakan oleh Portugis untu menyerang Melaka, orang cina sudah mula khainat kapada negara ini semenjak penelukan awal lagi, malah sahingga ke hari ini, cuma berbeza caranya dan tindakannya sahaja.

Kalau pada 1511 orang cina dan rakyat tempatan seperti si kitur dan Raja Mandalia menjadi pengkhainat kapada negara dan bangsanya akhirnya Melaka jatuh ketangan musuh atas bantuan pengkhianat.

Kalau kita meneliti faktar yang ada, dapat kita buat analisa, pada tahun 1511 jatuhnya Melayu disebabkan pengkhainatan oleh rakyan tempatan dan kerjasama orang luar(pendatang) ketangan Portugis, tak mustahil apa yang sedang berlaku sekarang Melayu dan Islam akan jatuh
ketangan musuh, kerana adanya kerjasama diantara orang melayu sendiri dengan kaum pendatang yang lupa diri yang tidak berterima kasih diatas kebaikan orang melayu yang memberi mereka hidup di negara ini dan mendapat berbagai keistemewa.

Orang melayu perpecah sesama sendiri yang akan mengundang ke jalan kehancuran, orang melayu berpecah kepada beberapa kelompuk seperti; orang melayu dalam UMNO, PAS,DAP,
PKR, GERAKAN, PPP, antara orang melayu dalam UMNO dan PAS serta PKR berpecah sahingga sudah tidak boleh duduk bersama, bagi mencari satu jalan demi kepentingan Ummah.

Hari ini penduduk Melayu di semenanjung sudah tidak mejoriti lagi, dan pula berpecahan yang sangat ketara, jadi tidak mustahil apa yang berlaku pada zaman Melaka 1511 akan berlaku pada orang Melayu kini.

Kita harap pekara sebegini tidak akan berlaku aga Melayu dan Islam dapa dipertahankan.

Sekian setakat ini dulu nanti akan sambung lagi jalan menuju Kemerdekaan.