Wednesday, June 4, 2014

TUN DR. ISMAIL DATO' HJ ABDUL RAHMAN

sambungan.


Timbilan Perdana Menteri KeDua.

Apabila negara telah pulih selepas peristiwa 13 Mei  1969, Tun Abdul Razak telah dipilih sebagai Perdana Menteri kedua, telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai Timbilan Perdana Menteri pada 1971, Tun Dr.Ismail telah menampilkan prestasi kerja yang amat membanggakan satu gandingan yang amat mantap  Tun Razak dengan Tun Dr. Ismail,  beliau banyak membantu meringankan tugas-tugas serta tekanan yang dihadapi oleh Tun Razak ketika itu.

Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tengku Abdul Rahman dan Tun Razak berada di luar negara.

Allah lebih sayangkan Tun Dr. Ismail beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 ogos 1973 akibat sakita jantung, beliau menyembunyikan kesihatannya kapada umun boleh dikatakan hanya orang yang tertentu sahaja yang tau beliau sakit.

Satu ungapan yang beliau nyatakan yang sangat terkenal hingga kehari ini iaitu JANGAN SAPU KE BAWAH PERMAIDANI, ungkapan ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup bagitu saja, sahingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Pemergian beliau negara kehilangan sebutir permata, beliau merupakan pemimpin tulin yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dari kepentingan pribadi, melihat negara baru mencapa usi setahun jagung ketika itu.

TUN DR. ISMAIL DALAM KENANGAN  AL FATIHAH BUATNYA.

Tuesday, June 3, 2014

TUN DR.ISMAIL DATUK HJ ABDUL RAHMAN 1915 -- 1973



Dilahirkan pada  4 November  1915 di Johor Baharu Tokoh ini disegani oleh kawan dan lawan.

Anak kelihiran Johor Baharu mendapat pendidikan awal di  sekolah Bukit Zaharah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Baharu, setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, melanjutkan pelajaran ke kolej perubatan King Edward, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939.

Selepas itu beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di  Queen's College Melbourne University, Australia sahingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1945 beliau mendapat penghargaan dan menjadi anak melayu pertama yang lulus Ijazah Perubatan dari University tersebut. sekembalinya ketanah air , beliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Baharu.

Tun Dr. Ismail mula menempah nama di persada politik apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri Johor dari tahun 1948 hingga  1954, pada peringkat persekutuan pula, kerjaya politik Tun Dr. Ismail  apabila mula menyertai UMNO pada 1951 setelah Dato Onn Jaafar meletak jawatan dan Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj diangkat sebagai Presiden UMNO, beliau juga menganggotai Majlis Perunding Persekutuan yang ditubuhkan oleh Sir Garald Templer pada 1955 dan setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Tanah, Perlombongan dan Perhubungan dalam kebinet Persediaan Tengku Abdul Rahman.

Beliau merupakan salah saorang anggota rombongan ke London pada Fabruari 1956 bagi  merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada tahun 1957 hingga 1959 beliau telah dilantik menjadi Duta Malaya ke Amarika Syarikat yang pertama atas keprcayaan negara kapada beliau yang bijaksana dan kepetahan berhujah mengemukakan idea serta sikap optomis beliau terhadap masa depan Negara, pada taun yang sama juga sebagai wakil Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sebaik pulang ke tanah air khidmat dan pengalaman luas beliau dalam politik amat diperlukan dan beliau dilantik  Menteri Perdagangan dan Perindustrian  buat kali kedua, serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun 1960 hingga 1967.

Atas sebab kesihatan, Tun  Dr. Ismail bersara seketika daripada politik  negara dan menjalani rawatan kenser di London, Namun desakan keadaan selepas peristiwa 13 Mei 1969, Tun Dr.Ismail mengetepikan segala masalah kesihatan yang dihidapinya demi agama Bangsa dan Negara beliau menerima lamaran Tun Abdul Razak untuk kembali melibatkan diri  dalam kancah politik demi kepentingan negara.

Beliau dilantik sekali lagi sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan bertanggungjawab membantu Tun Razak meredakan ketengangan dalaman dan sebagaibTimbilan Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

bersambung.