Friday, July 31, 2009

UMNO MASIH DITUDUH ASABIAH

FAHAMAN KEBANGSAAN MELAYU
DAN ASABIAH.


Apakah fahaman kebangsaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO bertentangan dengan Islam ?. Dan adakah ia sama dengan fahaman asabiah yang dilarang dalam Islam ?.

Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu memehami secara ilmiah apakah dia fahaman kebangsaan dan apakah asabiah yang dilarang. kekeliru dalam persaolan ini timbul sama ada disebabkan oleh maklumat tentangnya hanya bertaraf ' cakap kedai kopi, penentang Umno untuk menegakkan kumpulan mereka dengan cara memburuk dan menimbulkan kebencian terhadap pehak lain.

APAKAH DIA ASABIAH YANG DILARANG

Persaolan ini sebenarnya telah diterangkan dengan begitu jelas olah Rasulullah s.a.w. sendiri dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud Al-Asqa' , beliau bertanya kapada Rasulullah s.a.w. . Wahai Rasulullah s.a.w. apakah yang dimaksudkan dengan asabiah ?, Rasulullah s.a.w. menjawab, asabiah itu ialah kamu menolong saudara kamu dalam melakukan kezaliman. ( Riwayat Abu Daud).

Penjelasan Rasulullah s.a.w. mengenai asabiah yang dilarang ini sangat jelas sahingga tidak meningalkan sebarang ruang lagi untuk berijtihad mengenainya dan membuat tafsiran yang lain daripada apa yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

Sesiapa yang membuat penjelasan yang berlainan daripada apa yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. diatas, bermakna ia menyanggah hadith Rasulullah s.a.w. sendiri atau pun melakukan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.

Makna asabiah yang dilarang, diperjelaskan lagi dalam sebuah hadith lain yang juga diriwayatkan oleh Abu Daud.
( Sesipa yang menolong kaumnya bukan atas dasar jalan yang hak, maka ia menjadi seperti unta yang jatuh kedalam telaga, lalu ia cuba diselamatkan dengan menarik ekornya).
( Riwayat Abu Daud).

Maksud pebandingan ini ialah: orang yang menolong kaumnya atas jalan yang tidak benar, maka
ia terjerumus kedalam perbuatan dosa dan tidak akan dapat diselamatkan.

Dengan pengertian asabiah yang dihuraikan diatas, bagaimana pula perjuangan Umno menyatu padukan orang Melayu yang merupakan kelompok Islam terbesar umtuk menentang penjajah.
Memerdekarkan tanah air, melepaskan tanggongjawab fardhu kifayah keatas umat Islam yang mewujudkan pemerintahan yang memberi perlindungan dan menjaga kepentingan rakyat, disifatkan sebagai perjuangan asabiah yang batil ?.


FAHAMAN KEBANGSAAN MELAYU.


Zainal Abidin Abdul Wahid dalam kertas kerjanya 'Fahaman Kebangsaan Melayu Cabarannya," menulis.


Fahaman kebangsaan ialah satu pemikiran yang mendorong sesaorang itu menumpukan kesetiaan yang sepenohnya kapada sebuah negara. Ia merupakan satu ikatan yang kuat kapada ibu pertiwi, kapada tradisi-tradisi tempatan dan biasanya kapada yang berhak kuasa dinegara itu.

Pertalian Bangsa, bahasa dan agama selalunya menjadi unsur kapada fahaman kebangsaan.
Pengalaman bersama menulis peristiwa-peristiwa dalam sejarah sesebuah negara itu seperti menentang penjajahan, boleh menolong mewujudkan ataupun memperkuatkan fahaman kebangsaan.


Segala unsur ini boleh mencetuskan satu pemikiran yang mengaitkan, menggabungkan malah memandukan satu kumpulan manusia. Pemikiran inilah yang dikatakan fahaman kebangsaan.

FAHAMAN KEBANGSAAN BOLEH MELAHIRKAN PERASAAN
CINTA TERHADAP TANAHAIR, PERASAAN BANGGA TERHADAP
NEGARA DAN IA BOLEH MENDORONG KITA KAPADA USEHA
YANG LEBIH GIGIH DEMI KEMAJUAN IBU PERTIWI, MALAHAN
KITA RELA MENGORBANKAN NYAWA UNTUKNYA.

UMNO DI TUDUH ASABIAH

Monday, July 27, 2009

Apa Kata Anwar. sambungan ( 13 )

TENTANG DEMOKRASI


Demokrasi terbuka yang diamalkan membolehkan rakyat dari segala lapisan menyuarakan pendapat dan krotokan terus kapada pemimpin. Sistem yang kita amalkan ini adalah satu keistimewaan yang tidak terdapat dinegara lain dan menjadi kunci kejayaan Umno untuk terus memerentah.


( Anwar Ibrahim berkata ketika berucap merasmukan masyuarat perwakilan Umno
Bahagian Bagan Serai, Pulau Pinang pada 19 Julai 1992.)

________________________________________________________


Kerjaan tidak perlu melatah dengan menubuhkan Suruhanjaya Penyisatan Diraja untuk menyiasat tomohan yang disensasikan oleh media Britain berhubung isu-isu tertentu yang dibangkitkan baru-baru ini.

________________________________________________________


Kerjaan mempunyai keyakinan terhadap institusi-institusi negara termasuk Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menangani masalah-masalah yang timbul.


( Anwar Ibrahim berkata ketika menjawab soalan asal Lim Kit Siang (DAP)
di Dewan Rakyat pada 12 april 1994. )

________________________________________________________


TENTANG HAKIM DAN KEHAKIMAM


Dalam sistem kehakiman kita, keputusan para Hakim tidak boleh di pertikai dan kelakuan mereka tidak pula di bahaskan. Kita juga tidak menghadapi apa-apa masdalah dengan para hakim kerana kita setuju, merastui dan menerima keputusan yang dibuat oleh mereka.

________________________________________________________


Tindakan keatas Tun Salleh dilakukan menguikut proses biasa perundangan. Ia bukan merupakan keputusan politik atau kbinet.


( Anwar Ibrahim berkata ketika menjelaskan isubmengenai penggantungan ketua hakim
Negara, Tun Mohamad Salleh Abas, apabila soal tersebut dibangkitkan dalam
perjumpaan dengan para pelajar di Malaysia Hall, London pada 13. Jun. 1098.)

_______________________________________________________________


Pada masa ini Anwar Ibrahim sedang bergelut dengan isu kehakiman dan isu Suruhanjaya penyiasatan
Diraja, kalau dulu Anwar mempertahankan tidak perlu diadakan surahanjaya penyasatan Diraja, tetapi
sekarang ini dialah kepala alamnya. ( cakap tak serupa bikin, dulu lain sekarang lain).

_________________________________________________________________


Setakat ini dulu dan akan disambung lagi APA ANWAR KATA.

Friday, July 24, 2009

Fatwa Yang menysatkan ( Sambungan )

Secara umumnya fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas mengkafirkan orang Umno pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an adalah atas alasan Umno adalah parti asabiah, dan mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam.


Umno dituduh parti asabiah atas alasan perkataan pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang diterjemahkan damam bahasa Inggeris United Malays Nasional Organasation yang menjadi ringkasan UMNO. Perkataan kebangsaan Melayu ditejemaahkan oleh Pas sebagai bukti Umno adalah asabiah.


Hakikatnya perkataan Kebangsaan tidak tepat disamakan dengan asabiah dalam bahasa Arab. sebaliknya, perkataan Kebangsaan yang digunakan dalam Umno adalah 'wataniah' yang cintakan negara dan bangsa. Ini bertempatan dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang menyebut cintakan negara sebahagian daripada Iman.


Atas maksud Islam mengharamkan asabiah, maka Umno juga haram, dan sesiapa menyokongnya juga haram. UMNO juga dituduh haram disebabkan memisajkan agama dengan urusan politik dan pemerentahan atau dipangil sekular.


Alasan yang digunakan menuduh sakular adalah tidak ada perkataan Islam pada nama Umno, sedangkan Pas mengaku parti Islam kerana ada perkataan Islam pada nama parti itu. Inilah di namakan parti selogan yang banyak diamalkan dalam Pas.


Pakatan Umno dengan parti bukan Islam dalam Barisan Nasional di tubuhkan pada tahun 1974, sebelum itu dikenali Perikatan yang dibentuk sebelum negara mencapai kemerdekaan, seperti MCA, MIC, Gerakan dan beberapa parti diSabah dan Serawak dianggap sebagai haram. Di sebabkan itu maka Orang Umno dianggap melakukan dosa besar, dan turut sama menjadi kafir.


Orang melayu yang berpegang kuat kapada fahaman tidak mahu menjadi kafir, biarpun sebenarnya tidak kuat berpegang kapada ajaran agama, mudah terpengaruh untuk menolak Umno. Haram Umno bagi golongan ini samalah seperti menyentuh makan daging babi.


Fahaman inilah banyak membantu Pas berjaya menawan Kelantan pada pilihanraya kali pertama tahun 1959, 1964, (kedua) 1969 (ketiga) 1990 ( kelapan) 1995 ( kesembilan) 1999 (ke 10 ) 2004 ( ke 11) 2008 (ke 12 ) Pada tahun 1974 pilihanraya ke empat Pas menyertai Barisan Nasional, Pas keluar dari Barisan Nasional sebelum pilihanraya ke lima yang diadakan pada tahun 1978.


Persoalannya mengapakah Pas menerima menyertai BN pada tahun 1974, sedangkan dalam gabungan itu ada parti bukan Islam ?. Dimanakah fatwa pemimpin Pas yang mengatakan berkerjasama dengan bukan Islam sebagai haram dan kafir. Sepanjang tempoh 1974 hingga 1978, tidak ada kedengaran fatwa haran berkerjasama dengan bukan Islam kerana Pas sendiri mengadakan kerjasama dengan orang kafir maluai Barisan Nasional.


Isu orang Umno kafir timbul kembali apabila Pas keluar dari BN pada tahun 1978, tetapi dalam nada atau alasan yang sedikit berlainan, ketika itu di anggap kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah. Munkin pemimpin Pas tidak berani secara terang menyatakan Umno haram kerana berkerjasama dengan bukan Islam disebabkan mereka pernah berada bersama BN.


Bagaimanapun, isu Umno haram disebabkan berkerjasama dengan bukan Islam 'menganas' kembali beberapa tahun kemudian. Isu ini terhenti sekali lagi apabila persiapan pilihanraya ke lapan yang diadakan pada tahun 1990, apabila Pas bergabung dengan Semangat 46 membentuk Ankatan Perpaduan Ummah (APU) turut mengundang mengadakan kerjasama dengan DAP.


Pada pilahanraya ke 10 yang diadakan pada tahun 1999, Pas makin melupai fatwa haram berkerjasama dengan bukan Islam apabila membentuk kerjasama dengan Barisan Altenatif yang mengundang DAP, Keadilan ( parti berbagai kaum) biar pun di pimpin orang islam, PBS dan parti Rakyat malaysia.


Pada pilihanraya ke 10 juga memperlihatkan sikap Pas yang berubah menerima calun Wanita, tapi hanya dari parti gabungan atau lebih tepat lagi merujuk ke Datin Seri Wan Azizah. Sedangkan Pas masih bertegas menyatakan wanita tidak layak menjadi calun pilahanraya untuk ahli muslimat Pas. Atau dalam nada yang lebih manis menyatakan Dewan Muslimat Pas tidak mengemukakan nama calun yang layak, tetapi Pas melantik senator dikalangan wanita.


Bagaimanapun, hukum berbeza dikeluarkan untuk pekara yang sama?. Namun Pas lupa ludahnya jatuh ke atas batang hidung sendiri apabila mengambil keputusan meletak calun wanita bertanding pada pilihanraya ke 11 yang menyaksikan saorang calun wanit memenangi
kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Mas Kelantan.


Lebih pelik dan ajaib apabila Nik Aziz mengarahkan agar kawasan bahagian Pas yang bersidang mencalunkan wanita menduduki kerusi naib persiden parti tersebut dalam pertandingan peringkat tertinggi parti untuk pengal 2005 hingga 2008.


Jelas sekalikan apa yang dilakukan itu lebih hebat daripada Umno belum dalam sejarah melantik wanita sebagai naib presiden, kecualu atas dasar kedudukan sebagai ketua Wanita dan Ketua Putri. inilah pemikiran dan dasar yang diamalkan dalam PAS. Semuanya dilakukan untuk kepentingan politik.


Maknanya fatwa dikeluarkan pemimpin Pas dengan sendirinya tertolak, karut dan sekadar gimik politik. Dalam maksud lain pemimpin Pas memang tidak layak digela Ulama untuk mengeluarkan fatwa.


Sekian dan Salam.

Tuesday, July 21, 2009

Apa Kata Anwar.( sambongan 12)

TENTANG DAP DAN SABOTAJ TERHADAP
EKONOMI BUMIPUTRA.


" Rakyat perlu mengenepikan pengkhianat pembangunan dikalangan orang Melayu sendiri yang sebenarnya didalangi oleh DAP. Agenda DAP untuk memastikan kaum Bumiputra terus kekal miskin dan hidup dalam keadaan daif.

___________________________________________________


Percubaan untuk mensabotaj setiap prijek yang dubuat oleh kerjaan untuk orang Melayu dan kaum Bumiputra jelas wjud sejak kebelakangan ini. Useha itu bertujuan untuk sabotaj ekonomi selain menimbulkan suasana perpecahan sesama rakyat.


( Anwar Ibrahim berkata sewaktu berucap dimajlis pemimpin bersama rakyat didewan Warisan Negeri. Kangar pada 22 Januari 1995. )

____________________________________________________


RENTANG "DASAR CINCANG" DAP

" DAP akan mengamalkan 'Dasar Cincang' jika diberi peluang memerentah negeri ini.DAP juga mengamalkan nepotisme. Rakyar perlu menolak cita-cita DAP untuk menguasai kerjaan negeri ini bagi memastikan dasar pembangunan yang dilaksanakan oleh kerjaan Barisan Nasional (BN) berterusan.

____________________________________________________

'Politik cincang dan perkauman yang diamalkan oleh DAP tidak boleh membangunkan Pulau Pinang. PAS pula di Kedah yang dikatakan menyerang dua krew TV3 membuktikan cara melampau PAS.
_____________________________________________________

" Sebelum menang pilihanraya sudah mengambil tindakan kasar kerana pemimpin mereka gagal menjaga dan mengawal sikap melampau... dan pemimpin sendiri menggagalkan seperti dalam ucapan-ucapan mereka. Inilah jadinya apabila orang yang bertindak mengikut sesuka hati. "


( Anwar Ibrahim berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakayat
di Sekolah Menengah Hamid Khan di Pulau Pinang pada 23 April 1995).
_________________________________________________________
Apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim itu hari ini terjadi di Pulau Pinang dan Anwar sendiri menyokong tindakan DAP tersebut, malah didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh yang lalu keganasan berlaku lebih hebat dari pilihanraya kecil di tempat lain.
Tuduhan Anwar dulu terhadap pembangkang, Anwar sendiri melakukannya hari ini.
Dalam Islam di sebut sebagai orang Munafik.
_______________________________________________________

SETEKAT INI DULU DAN AKAN BERSAMBUNG NANTI DISIRI-SIRI AKAN DATANG .
SEKIAN TERUMA KASIH.

Monday, July 20, 2009

SESAL LAGI MENYESATKAN (sambungan )

Fatwa Yang dikeluarkan oleh Pas.


Pada tahun 1981 Pak CuHassan dari Pasir Mas, Kelantan mengeluarkan fatwa menghukum penyokong BN sebagai kafir, pada tahun 1981 juga Presiden Pas sekarang, Datuk Sri Abdul Hadi Awang mengkafirkan UMNO ketika berceramah di Kampong Bangul Peradong, Kuala Terengganu.
Pada tahun 1994, Mursyidul Am Pas, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran.

Pada tahun 1999 ketika bahang demam pilihanraya ke 10 mula dirasakan, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berikut: Sesiapa yang nak tolong kerjaan Pas, kami sebagai pemimpin Islam misti terima sama DAP,MCA, MIC,. kalau nak tolong kenapa kita tolak, jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima usahkan DAP, Syaitan pun boleh saya terima.


Ketika pilihanraya kecil Lunas, Kedah (2000), Haji Hadi berceramah dengan ucapan; Muslim dan Muslimat ahli-ahli Pas yang dikasihi telah dinyatakan dalam al-Quran dan hadis, dengan jelas jika kita undi orang kafir, maka kita akan masuk neraka.


Para pemimpin Pas menolak wanita sebagai calun pilihanraya atas alasan wanita tidak layak menjadi pemimpin. Melantik wanita menjadi pemimpin dianggap melangar perintah Nabi Muhamad s.a.w. Melantik wanita menjadi pemimpin bermakna membawa ummah kepada kehancuran.


HARI INI APA YANG DIKATAKAN FATWA OLEH PAS SATU MASA DULU PAS JILAT BALIK, TETAPI MENGAPA PENYOKONG PAS MASIH TIDAK SEDAR.
Banyak lagi apa yang di fatwakan oleh Pas, setakat ini dulu dapat seratah keluarkan.

Sunday, July 19, 2009

FATWA YANG MENYESATKAN ( PAS )


SESAT LAGI MENYESATKAN.


Umum mengtahuai kekuatan Pas terletak kapada penyokong yang taksub. Golongan ini percaya bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Sebab itu apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka dianggap fatwa yang misti dipercayai.

Dari segi bahasa, fatwa adalah keputusan tentang sesuatu hukum agama ( yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al Quran, hadis dan sumbar hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti atau mereka yang berwanang tentang keputusan hukum syarak.

Tetapi, dikalangan penyokong Pas apa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin mereka adalah fatwa,( perkataan fatwa yang digunakan didalam penulisan ini yang dirujuk kapada apa yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas tidak membawa erti firwa yang sebenar, melainkan sekadar menjelaskan maksud yang duguna dan dipegang oleh penyokong Pas).

Jasteru mereka tidak perlu lagi merujuk kapada sumber lain. Malah jika ada pehak yang menyangah fatwa itu, akan dianggap sebagai menolak Islam, atau lebih tepat lagi dikatakan kafir. Ulama di luar Pas dianggap tidak layak menjadi golongan pewaris nabi.

Sebaliknya Pas mengelarkan Ulama Umno dan kerjaan sebagai Ulama terompah kayu, Ulama Syaitan, Ulama bisu dan segala macam gelaran yang tidak melambangkan kemuliaan. Ulama Umno hanya layak membincangkan soal haid dan nifas.

Inilah bahayanya parti politik disamakan dengan agama. Penyokong yang tidak arif dalam hukum agama mudah tertipu dengan apa yang disogokkan kapada mereka oleh pemimpin parti yang mengunakan ilmu agama untuk kepentingan politik.

Pemimpin Pas banyak mengeluarkan fatwa sesuka hati untuk mendapat sokongan, sebagai contoh baru-baru ini saorang imam masjid di Manik Urai dalam kutbahnya menyebut melihat gambar Tok Guru Nik Aziz dapat pahala. Fatwa yang dikeluarkan tidak diperhalusi mengikut kaedah sebagaimana sepatutnya. kebanyakkan fatwa pemimpin Pas sekadar 'lepas cakap' ketika berceramah.

Namun begitu para penyokong Pas yang taksub menerimanya sebagai satu fatwa sah yang perlu dipatuhi atau diterima kebenarannya. mereka bertaklid buta dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Pas.

Fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas ini dijadikan fakta dan pegangan yang sukar untuk diubah biarpun kebenarannya dibawa para Ulama dari luar Pas atau dikalangan bekas pemimpin Pas sendiri. Penyokong taksub akan hanya menerima fatwa daripada pemimpin yang masih berada didalam Pas.

Mana-mana bekas pemimpin Pas yang dipegang fatwanya oleh penyokong Pas ketika dia berada
didalam Pas , fatwa barunya tidak akan diterima. Malah jika dia ingin membetulkan fatwa dikeluarkannya ketika berada dalam Pas, tidak akan diterima oleh penyokong Pas. peliknya fatwanya ketika berada didalam Pas masih dipakai.

Beberapa bekas pemimpin Pas seperti Omar Khalid, Mohd Ghazali Ahmad (sekadar menyebut dua nama) yang kini berada didalam Umno tidak dilayan oleh penyokong Pas. sedangkan ketika mereka berada didalam Pas, segala fatwa yang mereka keluarkan diterima dan dipakai sepenohnya.

Dengan kata lain orang Pas hanya menerima fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpinnya. Pemimpin Pas dianggap amat alim, bijak, mursyid dan serba tau. tetapi jika individu yang sama
keluar dari Pas ,maka dia akan dianggap paling jahil, kafir dan taghut.

Mari kita menyorot kembali beberapa fatwa yang dikeluarkan pemimpin Pas yang dipegang kuat oleh penyokong taksub Pas.

- Haji Omar Daud dari Pasir Mas Kelantan, mengeluarkan fatwa UMNO pada tahun 1959 atas
alasan asabiah, sekular dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam.

Beliau adalah ahli jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil kawasan Dewan Undangan Negari Bandar Pasir Mas.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulama Pas Kelantan mengeluarkan fatwa bahawa, orang-orang Islan yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerentah, negara menjadi kafir atau haram.

Pada tahun 1979, Haji Mustafa Abu Bakar, Guru pondok Pasir Tumbuh,Kelantan dibicarakan dimakamah atas tuduhan berikut:

Orang-orang Umno dalam Barisan Nasional hukumnya murtad, Orang-orang Umno dalam BN
tidak sah dijadikan imam sembahyang. sembelihan orang Umno BN tidak boleh dimakan, tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang BN, sekiranya tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu BN nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan
jika bersetubuh juga hukumnya zinar, kalau dapat anak hukumnya anak zinar.

Masih banyak lagi fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas, setekat ini dulu kalau ada kesempetan akan disambong lagi.

SALAM.

Friday, July 17, 2009

Aggenda Melayu.

Perjuangan Yang Sah.


Bagi Bangsa yang bermoral, asas peri penting dalam sesuatu perjuangan ialah kesahihannya atau
"lagitimacy" atau dalam bahasa mudah 'halal haramnya' perjuangan tersebut. Dalam konteks bahasa Melayu, sesuatu yang hendak diperjuangkan mistilah bersifat adil serta selari dengan lunas-lunas Islam.


Ini merupakan prasyarat untuk perjuangan tersebut mendapat tempat dan sokongan dari orang melayu. Maka apabila prasyarat-prasyarat ini ditepati ia akan menjadi sumbar utama dalam pembinaan keyakinan terhadap perjuangan tersebut. Diatas landasan inilah akan munculnya azam politik, kekuatan idealisme serta hala tuju perjuangan politik tersebut.


Oleh itu, adalah menjadi peri pentingnya untuk kita memelihara, memupuk dan mengilab 'legitimacy' dalam perjuangan kebangsaan kita. Kefahaman mengenainya perlu dipertingkatkan selari dengan perkembangan-perkembangan idea-idea terkini yang popular, yang berupaya memomok-momok serta menafikan cita-cita asal perjuangan bangsa.


Harus disedari bahawa idea-idea tersebut boleh datang daripada peibagai punca dan bidang seperti bidang politik, ekonomi, sosial mahupun agama.

Thursday, July 16, 2009

AGENDA MELAYU

PERNYATAAN MASALAH.


Agenda Melayu adalah antipati perjuangan PERKEMBAR, ia memperjuangankan nasib bangsa iaitu bangsa melayu dengan segala kompleksitinya. Ia semistinya merangkumi keperluan ekonomi, tuntutan agama dan budayanya serta meruahnya sebagai masyarakat induk yang bertepatan dengan hakikat sejarah yang berkesinambungan.

Kedudukan melayu yang berbeza ini telah menjadi asas kapada konrik sosial negara di mana perlembagaan merupakan dokumen terpenting yang mengiktiraf Melayu sebagai teras.

Seterusnya ia telah menjadi blueprint kapada pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Secara idealnya, ini membawa erti bahawa setia dasar dan program negara haruslah didasari oleh cita-cita yang terkandung didalam agenda Melayu serta kontrik sosial negara.

Sahingga kina ia merupakan kunci kejayaan kapada kemunculan Malaysia sebagai satu-satunya
negara berbilang kaum di dunia yang dapat membangun dalam erti kata yang sebenar.

Walau pon belum mencapai status negara maju, namun, ia masih merupakan satu pencapaian yang belum lagi ada bandingan di mana-mana, baik diasia mahu pon di barat.

Namun demekian, agenda Melayu pada hari ini secara tersirat dan juga terbuka semakin dipersoalkan oleh golongan-golongan yang tidak memahaminya. secara tradisional golongan ini terdiri daripada golongan bukan Melayu, tetapi kebelakangan ini terdapat juga anak-anak Melayu yang semakin meraguinya.

Oleh itu useha-useha untuk memastikan bahawa golongan tersebut memahami Agenda Melayu dan perkaitannya dengan asas-asas pembinaan negara harus diberi keutamaan. ini adalah untuk mengelakkan berlakunya dimasa depan, konflik dan ketegangan diantara kaum serta untuk memperkasakan azam politik kita untuk menjayakan agenda perjuangan Melayu.

Wednesday, July 15, 2009

KEKUATAN UMMAH, DIMANA KESILAPANNYA


Umat Islam hari kian rapuh kesatuannya lantaran sikap permusuhan dan pertelagahan yang masih menguasai rentak kehidupan ummah. Sebenarnya terlalu banyak faktur yang menyumbang kearah mewujudkan kemelut perpecahan yang mana akhir umat Islam terpaksa menelan akibat kepahitan kemundurun dan kemiskinan.

Sedangkan Islam adalah agama yang amat mementingkan kesatuan ummahnya dan juga kemajuan mereka dalam pelbagai bidang hidup. Demikianlah jauhnya realiti umat Islam kini walau pon mereka bergelar umat Islam.

Jastru itu timbul persaolan tentang mengapa umat Islam masih lagi berpecah dan mundur biar pon Islam sudah menjadi aturan dan pegangan mereka seharian.

Jika ditinjau dalam al-Quran dan al-Hadis kita akan mendapat betapa Islam menitik beratkan persaolan kesatuan dan perpaduan ummah, ini dimana didalam al-Quran sebagai contohnya Allah taala mengunakan istilah ummah untuk mengambarkan kesatuan umat Islam, dan juga menjadi bukti pengiktirafan Allah kapada umat Islam sebagai umat terbaik. Antaranya ,

firman Allah taala dalam surah al-Baqarah, ayat 143 yang bermaksud: " Dan demikianlah sebagaimana kami telah memimpin kamu kejalan yang benar, kami jadikan kamu wahai umat Muhamad, satu umat pilihan lagi adil" . Di dalam ayat yang lain Allah juga berfirman yang maksudnya:

Kamu(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi( faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh bebuat segala pekara yang baik dan melarang daripada segala pekara yang salah ( buruk dan keji) serta kamu pula beriman kapada Allah ( dengan sebenar-benar iman). Surah Ali 'Imran ayat 110)

Bagitu juga Rasulullah s.a.w. telah melukiskan satu gambaranindah yang sudah cukup menceritakan tentang kesatuan yang erat antara sesama Muslim di mana baginda s.a.w. bersabda yang maksudnya:

Perumpamaan kaum Muslimin dalam urusan kasih sayang dan tolong menolong bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggota tubut merasa sakit, maka akan menjalarlah penderitaan itu ke seluruh tubuh badan hingga tidak dapat tidur (berjaga malam) dan merasa demam panas "
( Hadis rawayat al-Bukhari & Muslim).


UMAT ISLAM PERLU SEDAR APAKAH MEREKA SUDAH BENAR-BENAR BERPEGANG TEGUH DENGAN ISLAM YANG DIUTUSKAN ALLAH KAPADA UMAT MANUSIA.

Monday, July 13, 2009

Apa Kata Anwar. sambungan ( 11 )

TENTANG LIM KIT SIANG

Malaysia tidak memerlukan pemimpin yang berjuang untuk kepentingan satu kaum seperti yang diamalkan oleh DAP dan parti-parti pembangkang lain. saya tak nampak pemimpin pembangkang seperti Lim Lit Siang (DAP) berjuang dan berkerja sama dengan orang melayu.


( Anwar Ibrahim berkata ketika berucap merasmikan lapangan Terbang Sibu Serawak
pada 17 April 1995. )

____________________________________________________


Lim Kit Siang tidak boleh diterima kerana ia hanya mementingkan satu gulungan
kaum sahaja, sedangkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) adalah untuk semua kaum
di negara ini. Lim Kit Siang ada lah saorang pemimpin yang angkuh, tidak bersifat pemimpinyang baik dengan merendah diri.

( Anwar Ibrahim berkata ketika berucap diperhimpunan rakyat di Kongsi
Sin Quab Chuah di Pulau Tikus di Pulau Pinang pada 14 April 1995.)
____________________________________________________


TENTANG DAP MENENTANG HAK MELAYU

Saya hairan bagaimana masih ada orang melayu yang sangup berkerja dengan DAP
sedangkan En. Lee Lam Thye yang telah lama berada dalam DAP tidak boleh berkerj dengan setiauseha Agung DAP, Encik Lim Kit Siang.

( Anwar Ibeahim berkata semasa memberi ceramah di Kubang Menderong,
Kapala Batas pada 15 Oktober 1990. )

___________________________________________________


DAP sebagai sebagai pelampau dan tidak pernah langsung memikirkan pembangunan dan kebajikan orang-orang melayu.

( Anwar Ibrahim berkata berucap dimajlis pemimpin bersama Rakyat
Perlimen Batu di Bandar Baru Sentul,Kuala Lumpur pada 18 April 1995.)

____________________________________________________


Soal-soal dasar yang diputuskan sejak merdeka yang telah diterima umum dibangkitkan semula oleh kelompok-kelompok pelampau cina dan sikap mereka yang begitu lantang ini kerana ada orang melayu sendiri dibelakang mereka.
( Hari ini Anwar Ibrahim bersama mereka )

____________________________________________________


" Mereka (DAP) menuntut tiga pekara iaitu jangan menerima kepastian bahawa bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar wajib bagi pendidikankita, juga menolak Islam sebagai teras sistem dan jangan mewajibkan pengunaan bahasa Melayu dalam masyuarat majlis perundangan Akta Pendidikan. kita ingin mengtahuai kenapa PAS bersetuju di sebalik penghinaan terhadap maruah bangsa ini ?.

( Anwar Ibrahim berkata ketika berucap di majlis penyampaian cek bantuan sekolah
Agama rakyat di KUSZA, Kuala Terangganu pada 28 ogos 1990.)
______________________________________________________

Semau apa yang Anwar Ibrahim kata semasa dalam kerjaan dahulu tentang pembangkang, hari ini Anwar sendiri melakukannya malah lebih dari itu apa yang Anuar Ibrahim lakukan hari ini, terhadap tuduhannya ka[pada kerjaan BN.

Demi kepentingan diri sendiri untuk mencapai matalamatnya Anwar sangup melakukan
apa sahaja walau pon kepentingan Melayu dan Islam ter jejas.

_______________________________________________________


SETAKAT INI DULU, KALAU ADA MASA SERATAH AKANSAMBONGLAGI
BERHUBUNG DENGAN APA ANWAR KATA. SALAM.

Thursday, July 9, 2009

LEPAS DARI MULUT RIMAU MASUK MULUT BUAYA

STRATEGI MARTABAT BAHASA MALAYSIA.
( BERITA HARIAN )


Pejuang Bahasa merasakan dia berjaya kerana kerjaan telah memansuhkan PPSMI pada tahun 2012, lenalah mereka tidur, tak makan pon dah merasa kenyang. Tetapi mereka hanya jaguh di gelangang sendiri.

Sepatutnya Sains, Matematik, di ajar dalam bahasa melayu di semua sekolah termasuk sek Jenis Kebangsaan, Cina dan Tamil.

Tetapi malang nasib bahasa melayu untuk dijadikan bahasa Ilmuan yang diperjuangang
kan oleh pejuang bahasa tidak kesampaian.

Parti DAP memperjuangkan Malaysen Malaysia, hanya retorek sahaja kerana mereka tidak bersetuju, matematik dan sains diajar dalam bahasa lain dari bahasa ibunda, kalau DAP nak perjuangkan Malaysen Malaysia sepatutnya kesamarataan dalam semua bidang, termasuk
bahasa. tetapi DAP cakap lain buat lain.

Seratah mengharapkan pejuang bahasa jangan merasa sudah berjaya, tetapi sebenarnya
masih gagal untuk memertabatkan bahasa melayu sabagai bahasa Ilmuan diNegara ini.

Selepas ini Dr.Hasan dan Pak Samad serta rakan-rakan pejuang bahasa tampil kehadapan demi mencapai matalamat untuk mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa Ilmuan.

Wednesday, July 8, 2009

Apa Kata Anwar. sambungan ( 10 )

TENTANG KERJAAN PAS DI KELANTAN.


Dalam kegerahan ahli-ahli Parlimen Pas yang kononnya daripada parti Islam menuduh
Kerjaan Pasat membenarkan arak dijual, Kerjaan Pas di Kelantan meluluskan lesen
tersebut . Sebanyak 44 lesen yang diluluskan itu tidak perlu dirujuk kapada Kementerian
Kewangan kerana ia melibatkan soal pembaharuan lesen dan beberapa pakara lain yang
terletak dibawah bidang kuasa Kerjaan Nagari Kelantan.
______________________________________________________



Kenapa dengan nama Pas sebagai sebuah parti Islam, mereka boleh menuduh, mencerca
dan menghina Kerjaan Pusat. Apakah Islam membenarkan mereka berbuat demekian ?.
Saya tidak berkecil hati jika pekara demekian dibuat oleh ahli-ahli Dap, tetapi ini daripada
PAS yang kononnya mendawa merekalah Ulama.

_______________________________________________________


Kita mahu Kerjaan Kelantan berjimatlah didalam memberlanjakan peruntukan yang
kita berikan. Jangan hanya nak beli kereta mewah sahaja.


( Anwar Ibrahim berkata semasa mengulung perbahasan Rang Undang-undang
Perbekalan 1993 di Dewan Rakyat pada 17 Nov 1992 )

________________________________________________________


TENTANG PAS MAKI HAMUN


Tindakan parti pembangkan memaki hamun dan mencerca Perdana Menteri
Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad dan para pemimpin UMNO ketika berdakwah
diseluroh Negara adalah keterlaluan. Umat Islam tidak boleh membewa kebencian
dan memfitnah dalam berdakwah kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam.


( Anwar Ibrahim berkata ketika berucap sebelum majlis berbuka puasa di Masjid
Mu'murib di Kampong Sungai Kayu Ara di Pertaling Jaya pada 20 Fabruari 1995 )

____________________________________________________


TANTANG MAT SABU


Pemimpin- pemimpin Pas sangup bertindak sesuka hati membelakangkan ajaran
Islam sahingga pemimpinnya yang berkhalwat dengan isteri orang terus dianggap
sebagai pejuang Islam.

( Anwar Ibrahin ketika berucap dalam perhimpunan rakyat di Padang
Bandaran di Teluk Intan, Perak pada 24 Mac 1995. )

____________________________________________________


PADA MASA INI ANWAR IBRAHIM BERCERAMAH DIMERATA TAMPAT
MELAKUKAN SEBAGAIMANA TUDUHANNYA KAPADA PAS DAN DAP
SEMASA ANWAR IBRAHIM DI DALAM KERJAAN.

DULU LUDAH SEKARANG JILAT

_____________________________________________________


SETAKAT INI DULU NANTI SERATAH AKAN SAMBUNG LAGI
TENTANG APA ANWAR KATA.
_____________________________________________________

Thursday, July 2, 2009

Apa Kata Anwar. sambungan. ( 9 )

ANWAR MENCABAR PEMIMPIN PAS


Pemimpin-pemimpin Pas jangan lagi bermimpi pada sinanghari untuk memerentah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tidak mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.

______________________________________________________


Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh Pas untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu. ? Sejak itu hingga sekarang Pas hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya. Tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat berbagai janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja.

_____________________________________________________


Saya mencabar pemimpin-pemimpin Pas yang begitu bersungguh-sungguh untuk mati syahid dan berjihad supaya pergi membantu para pejuang Mujahidin yang menentang pendudukan tentera Rusia di Afghanistan.


( Anwar Ibrahim berkata pada berceramah UMNO di Kampong Seberang Marang,
Terengganu pada 14 Mac 1986. )

_____________________________________________________-


TENTANG SIKAP PARA PEMIMPIN PAS.


PAS sepatutnya menukar nama yang lebih sesuai dengan sikap para pemimpin mereka yang suka memaki-hamun. Sesetangah pemimpin Pas jelas tidak mencerminkan cara berpakaian dan tawaduk mereka.


( Anwar berkata pada perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kedah,
Kedah pada 21 Januari 1995. )

_______________________________________________________


Kita melihat dengan jelas kepura-puraan dan peribadi sebenar pemimpin-pemimpin
Pas yang sangup menuduh, mencerca dan menghina para pemimpin negara atas nama Islam.

________________________________________________________


Para pemimpin Pas janganlah menjadikan diri mereka sebagai pelawak sarkas' yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedang mereka hanyut dalam tepukan. Pas kini telah bersedia diperalatkan oleh golongan pelampau yang bencikan Islam dan bangsa Melayu serta mahu segala keistimewaan orang melayu dihapuskan."


( Anwar Ibrahin berkata semasa merasmikan masyuarat perwakilan UMNO
Bahagian Parit, diPerak pada 22 Mac 1987. )

HARI INI ANWAR SENDIRI MELAKUKAN APA YANG DIPERKATAKAN DULU.

______________________________________________________



" Islam yang cuba ditegakkan oleh pemimpin Pas dengan kata-kata semata-mata itu hanyalah Islam ayat Kerusi ' dan kerusi Parlimen sahaja kerana mereka dengan jelas menolak setiap kebenaran dan useha meningkatkan syiar Islam di negara ini hanya kerana dilakukan oleh kerjaan Barisan Nasional.

( Anwar berkata semasa berucap di Majlis Ceramah di Masjid Lama Kg. Seberang Marang,
Terengganu pada 14 Mac 1986 )

_______________________________________________________


,
hari ini Anwar sendiri melakukannya.
Para pelawat blog kita fikirkan sendiri apa yang dikatakan oleh Anwar
semasa dalam kerjaan, semua tuduhan Anwar kapada Pas dan DAP dahulu

________________________________________________________


( SETAKAT INI DULU SERATAH AKAN SAMBUNG DIMASA AKAN DATANG)

Wednesday, July 1, 2009

ISU – ISU ANWAR IBRAHIM



KES LIWAT ANWAR IBRAHIM & CAMPUR TANGAN AMERIKA




28 Jun 2008 – Saiful Bukhari Azlan buat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim. Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar.



__________________________________________________________



1 Julai 2008 – Tom Casey, Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat keluar kenyataan bela Anwar serta kecam Malaysia. Beliau nyatakan isu liwat adalah hak asasi individu

______________________________________________________




16 Julai 2008 - ‘Islamica Magazine’ yang operasi di Amerika dinaungi oleh John Esposito & Anwar telah lancar kempen sokong Anwar

_____________________________________________



17 Julai 2008 - Sean McCormack (Spokesman US State Department) juga mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap kes liwat yang dihadapi oleh Anwar.

_______________________________


17 Julai 2008 - Senator Joe Biden, calon Naib Presiden Parti Demokrat Amerika dan Simon Zadek, Chief Executive Accountability hantar surat sokongan kepada Anwar.

________________________________________________________




18 Julai 2008 – Gareth Evans (President & CEO ICG), Thomas R. Pickering (Co-chair ICG) & Lord Patten (Co-chair) dari International Crisis Group (ICG) hantar surat sokongan kepada Anwar
______________________________________________________


23 Julai - Sekitar jam 11.30 pagi bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Anwar beri taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan menerangkan kes liwat yang dihadapinya.

__________________________________________________________


24 Julai 2008 – Paul Martin (bekas Presiden Kanada 2003 – 2006), Michel Camdessus (bekas Pengarah Urusan & Pengurus IMF) & James Wolfenson (bekas Presiden Bank Dunia) keluar kenyataan bersama sokong Anwar. Mereka desak agar Malaysia gugur dakwaan liwat terhadap Anwar.
__________________________________________________________




24 Julai – World Movement for Democracy (WMD) juga mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar Ibrahim berkenaan kes liwat yang dihadapinya.

HARI INI ANWAR MOHON TANGUH BICARA KIS LIWATNYA

IA AKAN CUBA SAHINGGA KIS INI DITUTUP.