Wednesday, December 29, 2010

CORITAN SEJARAH DIHUJUNG TAHUN

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra, Presiden UMNO ke- 2.

Orang-orang Melayu sedia beri hak-hak yang manasabah dan patut kapada orang-orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai Bumiputra Tanah Melayu kapada bangsa-bangsa yang bukan Melayu.

Belum ada satu anak negeri yang telah berbudi bagitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi ini tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi hingga sekarang hak-hak istimewa itu belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf diantara orang Melayu dangan bukan Melayu.

(UMNO, Malayan Merdeka, 26/4/1956.

Sudah hampir 55 tahun, apa yang diperkatakan oleh Tengku Abdul Rahman mantan Perdana Menteri pertama, kaum lain apa bila ia mendapat haknya sebagai kerakyatan dengan serta-merta mereka memperolihinya, tapi bagi orang Melayu walau diberi Hak-hak nya sahingga hari ini empat pekara itu masih tidak mencapai kejayaan.

Cuma yang agak mencapainya hanyalah pekara 181 Kedudukan Raja-raja Melayu, itu pun di gangugugat sahingga ada yang membawa kemakamah kerana tidak bersetuju apabila Sultan Perak tidak menerima bukan Melayu menjadi Menteri Besar.


Pekara (3) Agama Islam Agama Persekutuan, juga di persenda oleh bukan Melayu, dan ada oeang Melayu sendiri sudah tidak menghormati Agamanya sendiri , bersetuju dengan cadangan oleh majlis peguam malaysia untuk menubuhkan IFC yang berfungsi seperti badan berkanun untuk menyalaraskan badan-badan agama yang berada dinegara ini, bererti Islam disamakan dengan agama-agama lain dan dipertikaikan keputusan yang dikeluarkan oleh pentadbir makamah Islam. itu pun ada orang Melayu tak nampak lagi dan masih bersekongkol dengan mereka yang terang-terang memusuhi Islam.

Pekara 152 Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, sahingga kini pekara ini tidak selesai pengunaan bahasa tidak menyeluruh, yang berjaya hanyalah memansuhkan pegunaan bahasa inggeris mengajar sains dan matematik, dipandang satu sudut memang bagus kerana hendak memertabatkan bahasa Melayu, pejuang-pejuang Bahasa menepok dada diatas kejayaan mereka mendesak kerjaan menarik balik pengunaan bahasa Inggeris.

Tetapi sejauh mana mereka menerbitkan buku-buku untuk penuntut di IPT/IPTS. Kebanyakan buku yang ada di IPT/IPTS semuanya bahasa Inggeris kerana buku-buku itu datang dari luar negara. adakah mereka perjuang bahasa ini menjadi pentejemahnya ?. tidak juga, jadi apa kejayaan mereka, cuma berjaya menyusahkan penuntut melayu di IPT.

Rata-rata penuntut melayu lebih mudah mengunakan buku dalam bahasa inggeris, kerana apabila ditejemahkan, betul tapi tidak berapa tepat pada maksudnya, sebab itu anak melayu tidak banyak yang dapat cemerlang. dapat A tapi bangsa lain A+.
Pejuang bahasa hanya mengeluarkan buku-buku sastera sahaja.?????.

Pekara 153 Hak Istimewa orang Melayu.

Pekara ini sangat panjang untuk diperkatakan seratah akan sambung bila ada masa.

wasalam.

Tuesday, December 28, 2010

SUDAH TIDAK MENJADI PELIK LAGI

KEPUTUSAN CEMERLANG PMR 2010.


Keputusan Pemilihan Menengah Rendah 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat (4) tahun dengan seramai 30,863 pelajar mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, jumlah pelajar yang mendapat semua A meningkat sebanyak 2,675 orang atau 0.65 peratus berbanding 28,188 orang pada tahun lalu.

Yang Membanggakan kita ?.

Saorang pelajar keturunan cina Wee Soo Yen mendapat 8 A termasuk subjek Bahasa Arab, kalau ini boleh berlaku, bererti belajar bahasa Arab tidak menjadi begitu susah untuk dipelajari, tetapi kenapa pelajar anak melayu tidak mengambil subjek ini sedangkan ia merupakan bahasa Al Quaran yang kebanyakan anak melayu membacanya.

Pernah terjadi pada awal tahun lapan puluhan disebuah sekolah Menangah di Daerah Temerloh Pahang di kawasan Felad, ada saorang sahaja pelajar keturunan India di Sek tersebut, mengambil pepereksaan SPM, beliau mengambil sabjek Ugama Islam, keputusannya mendapat 1, masa itu, yang peliknya semua pelajar melayu tidak mendapat 1 mata pelajaran ugama Islam
jadi ia tidak lagi menjadi pelik, yang penting ada kesungguhan sudah pasti mendapat kejayaan.

Sudah sampai masanya bahasa Arab diajar di sek Kebangsaan, dan juga bahasa cina dan tamir, jadi lima bahasa diajar termasuk BM dan BI. belajar banyak bahasa tak rugi, negara juga banyak dapat faedahnya, kita tidak harus mementingkan kejayaan kita mesti merencana sesuatu untuk kebaikan.

Friday, December 24, 2010

MUZIUM 13 MEI.

Baru-baru ini PERKASA mencadangkan agar diadakan sebuah muzium 13 Mei, supaya rakyat negara ini terutama genarasi muda dapat benar-benar mengtahui peristiwa tersebut yang melanda tanah air ketika itu.

Kalau kerjaan benar-benar ingin membinanya muzium tersebut ia amatlah baik keran catatan sejarah dapat dipaparkan kapada umum setiap rentintan peristiwa itu difahami oleh masyarakat genarasi muda supaya ia tidak akan berulang lagi.

Kemusnahan perpaduan kaum yang terbina sejak sebelum Kemerdekaan akibat rasa tidak puas hati sejak sebelum merdeka lagi sekelumpuk masyarakat tidak bersetuju dengan cara kemerdekaan yang di capai, cuba menghasut dan memainkan sentimen perkauman.

Cabaran ini datang dari dalam dan luar, pada yang sama kominis masih meneruskan perjuangannya untuk memerantah negara ini, parti DAP merupakan senada dan sehaluan dengan cara gerakan kominis, menuntut kesemarataan.

Dalam kempen pilihan raya yang ketiga pada 1969, ceramah- ceramah DAP banyak meniup api perkauman, seperti terjadi pada 9hb.5.1969 semasa perarakan mayat saorang kongsi gelap yang mati ditembak anggota Polis dalam satu peristiwa tembak menembak di kepong pada 5.5.69, di masukkan ke hospital dan mati pada 8hb.5.69.

Pada masa itu mayatnya di letekkan di rumah sambahyang di Petaling Street, memohon dengan pehak polis untuk mengarak mayat tersebut balik ke kepong, tetapi pehak Polis tidak membenarkan, kerana pada masa itu dalam tempoh berkempin pilihan raya hari mengundi akan diadakan pada 10hn.5.1969,


Lim Kit Siang dan Tan Che Kun pergi berjumpa Yg. Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman minta kebenaran perarakan tersebut, Tengku memberi kebenaran, apa kata Tengku, biarlah bukan apa keluarganya nak bawa balik mayat, tak ramai pun. Tengku memberi kebenaran.

Pada 9.5.1969 bermula jam 2.00 petang perarakan bermula dari Petaling Street menuju ke Kepong, Tengku kata tak ramai , tapi apa yang terjadi, lebih sepuluh ribu ( 10.000) orang mengiringi mayat tersebut, setiap 1 kg 1 ceramah diadakan, dalam ceramah tersebut kebanyakannya memburukan Kerjaan dan meniup api perkauman. Perarakan tersebut berkahir pada jam 3 pagi.

Pada esok paginya adalah hari mengundi, maka keputusannya Perikatan kalah di Selangor dan beberapa negeri lain, pada 12hb, lagi sekali DAP memohon untuk mengadakan perakan kemenangan dengan Polis, tetapi Polis tetap tidak membenar, lagi sekali Lim Kit Siang berjumpa Tengku untuk meminta kebenaran, Tengku memberi kebenaran.

Bermulalah perarakan dan beberapa peristiwa maki memaki terhadap orang melayu membawa penyapu besar, HAI MELAYU BALIK KAMPONGLAH KULA LUMPUR BUKAN MELAYU PUNYA, KUALA LUMPUR CINA PUNYA, PENYAPU INI AKAN MENYAPU ORANG MELAYU. itulah salah satu kata-kata kesat yang di lemparkan oleh pemuda DAP semasa berarak di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Banyak lagi peristiwa-peristiwa yang menyayat hati berlaku di kuala lumpur sebelum berlaku pertempuran diantara orang Melayu dengan penyokong dan ahli DAP pada 13Mei 1969.

Jadi kalau terbinanya Muzium 13Mei kita harap segala peristiwa tersebut di paparakan dan jangan di sembunyi biar genaragi muda tau siapa yang menjadi dalang berlakunya peristiowa 13 Mei. Sebab itu DAP tidak bersetuju di adaklan muzium tersebut kerana tembelangnya akan terselah. kita sama-sama pikirkanlah.

Monday, December 20, 2010

PUTAR BELIT ANWAR IBRAHIM

PRU 13.

Pilihan Raya umum ke 13 semakin hampir, tamat tempohnya pada bulan mac 2013, tapi rata sana sini meremalkan PRU 13 sudah hampir, kerana menampakkan petanda-petandanya seolah-olah hampir tiba.

Pehak pembangkang sudah menjelajah keseluruh negara menjual temberangnya, dengan beberapa isu memburukkan kerjaan BN.

Anwar menuduh UMNO dan kerjaan BN sengaja mengantongnya dan rakan-rakannya di Parlimen baru-baru ini kerana BN hendak meminda apa jua akta dalam perlimen dengan mendapat 2/3 mejorati dengan ketiadaan beliau dan rakan yang digantung untuk menghadiri persidangan Parlimen.

Anwar sengaja memutarbelitkan fakta, sedangkan apa yang berlaku diperlimen atas sebab kurang ajarnya mereka pembangkan tidah menghormati Dewan, seperti yang berlaku di sidang Dewan DUN Negeri Perak pada awal tahun. Perangai dan siakap pembangkang dalam Dewan menunjukkan ketidak matangnya mereka, ini lah pilihan penyokong parti mereka.

Anwar menyatakan Wikileaks juga mendedahkan kononnya Dato'Sri Najib ada terlibat dengan pembunuhan Altantuya, tapi tidak disiarkan sengaja disembunyinya kerana beliau PM, ini lah sikap Anwar apabila pendedahan perangai buruknya oleh wikileaks, dia akan mencari helah menarik sama orang lain dalan kesnya untuk menutup meruahnya, sedangkan orang tau apa yang dia lakukannya, inilah yang dikatakan anugrah Tuhan kapadanya.

Dato Nala Karupan rakan baiknya suatu masa dahulu dan kini telah keluar, telah menyatakan Anwar memang buat itu benda, bukan dengan saiful saja banyak lagi yang lain, saya tau lah sebab saya kawan baiknya.

Anwar mendawa ahli PKR yang keluar parti itu adalah mereka yang berkepentingan diri kerana projek yang melibatkan jutaan ringgit,.

Anwar masih tidak mengaku tentang kelemahannya, katakan lah yang pemimpin keluar itu betul, tapi bagaimana pula yang ahli-ahli di peringkat ranting yang dah keluar beribu-ribu orang ini juga berkaitan dengan projek. Tapi bagi mereka yang sudah buta mata buta hati menerima apa saja yang diperkatakan oleh Anwar.

Kepincangan perti PKR kerana parti itu bukan bermatalamat untuk membela rakyat tetapi untuk membela Anwar, terutama untuk ke Putrajaya dan untuk menghapuskan segala tuduhan liwatnya dan perangai buruknya.

Marilah kita sama-sama berfikir dengan ilmu bukan dengan perasaan ikut rasa, ikut hati, apa yang berlaku sudah jelas, DAP sangat bergantung dengar Anwar kerana mereka ada agenda tersembunyi, Hadi Nampak tapi kuasanya tak ada kerana kuasa PAS di tangan Nik Aziz apa kata Nik Aziz Pas terpaksa ikut.

Nik Aziz terhutang budi dengan Anwar kerana Anwar membantu kewangan dalam pilihan Raya lalu, sedangkan Nik Aziz tau keburukan Anwar, dah termakan budi maka tergadai maruahnya.

Orang Melayu mesti bersatu dalam apa jua bagi menentukan masa depan Agama bang dan negara.

Thursday, December 2, 2010

PAKATAN PEMBANGKANG

PAS Tak Yakin Diri Sediri.



Dalam pakatan pembangkang yang terdiri dari PAS, DAP, PKR, mengikut sejarah parti tersebut PAS merupakan parti yang tertua di ikuti oleh DAP, Keadilan hanya berumur setahun jagung, dan kita tengoklah kekecohan yang berlaku dalam masyuarat rantingnya di beberapa tempat.



PAS yang di tubuhkan pada tahun 1951 bererti sudah berusia 59 tahun, sepatutnya PAS yang menjadi ketua kapada pakatan ini, tertapi sebaliknya diserahkan kapada PKR yang baru berusia 12 tahun, kalau usia itu bererti baru tahun enam sekolah baru ambil UPSR, sedang PAS dah lama lulus Univasiti.

Pas sudah melalui 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya pra kemerdekaan tahun 1955, PKR baru 3 kali iaitu 1999, 2004, 2008, Pas kena bertegas dalam hal ini jangan biarkan kepala di pijak, tengok tiba-tiba saja Anwar menawarkan DAP jadi TPM kalau menang nanti.

Seolah-olah Pas tidak menyumbang ke arah kejayaan, sebab itu lah Pas diangap hanya penumpang sahaja, oleh itu sedarlah ahli dan penyokong PAS, kembalilah bersama UMNO untuk menentukan masa depan Agama Bangsa dan Negara ini.

Pekara ini bukan tak pernah terjadi sebelum ini pada tahun 1972 PAS telah menyertai BN dan Pilihan Raya 1974 PAS bersama BN, menang semua, 14 bertanding. PAS keluar dari BN bukan kerana BN tolak PAS tetapi kerana PAS sendiri yang keluar BN, dengan alasan UMNO membentu penubuhan BERJASA, sedangkan itu masalah orang Kelantan sama Kelantan kenapa
hendak kaitkan keseluruhan UMNO itu.

Dalam hal hari ini seratah berpendapat ada baik dan inilah masanya untuk kita bercantum semula, Anwar memang mengharapkan PAS membantunya untu ke Putrajaya, dan untuk menghapuskan dalam makamah tentang moralnya (liwat) sebab itu ia beria-ia benar, kalau PAS menyokongnya bererti PAS bersubhat sama dalam menghapuskan tuduhannya, setakat ini dia tak mahu bersumpah di dalam masjid dan memegang Quran menyatakan dia tidak melakukankan pekara sumbang itu.

Kita boleh berfikir kenapa dia Anwar tak mahu bersumpah, Nik Aziz sudah terperangkap dengan Anwar kerana Anwar menolong Nik Aziz dalam membantu kewangan semasa pilihan raya bagi negeri Kelantan yang lalu, dan suara Nik Aziz memutuskan sama ada bersetuju atau tidak, Anwar hanya jaga Nik Aziz sahaja supaya bermati-matian menyokongnya.

Sekarang ini pula sudah tidak mahu mempertahankan melayu lagi, segala apa yang ada pada melayu akan diberi sama rata,sebab dia melaoungkan KETUANAN RAKYAT. Ketuanan Rakyat adalah selogan Kominis semasa DARURAT dulu 1948 hingga 1963 dan samapi kominis letak senjata 1982 di Thailend, itulah selogan KOMINIS, Anwar seolah-olah secara halus meniup kembali semangat kominis, kerana dia tau semasa kominis letak senjata dulu ahli yang ramai didalam negara ini sebahagiannya menyertai DAP, sebab itu suara DAP suara Kominis. dan yang lain-lain sebagai atas pagar, dengan terdengar semula aselogan ini maka semangat nya hidup semula untuk memerantah negara ini melaluai penyatuan orang cina seluruh negara.

ALLAH HUAKBAR.