Thursday, May 27, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 6

Justeru itu, selepas perisitiwa 13 Mei, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh dalam menangani masalah dalam kelemahan perpaduan yang sedia ada. Usaha-usaha itu boleh dirumuskan kepada tiga langkah besar iaitu politik, ekonomi dan sosial kebudayaan. Ketiga-tiga langkah ini dijalankan secara serentak dan saling melengkapi.

Di antara langkah politik yang diambil ialah tindakan melalui sistem perundangan di mana undang-undang dan akta digubal oleh parlimen untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perpaduan. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah meluluskan Akta ( pindaan ) Perlembagaan 1971. Pindaan ini merangkumi tiga aspek utama iaitu melarang sebarang perbincangan secara terbuka yang melibatkan soal-soal perkauman yang mudah menyinggung perasaan. Ia meliputi perkara-perkara seperti 152, 153 dan 181 dalam perlembagaan. Di samping itu, ia turut memansuhkan keistimewaan ahli-ahli politik dalam membincangkan perkara-perkata sensitif di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu, pindaan ini turut memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung dalam memperuntukkan nisbah tertentu untuk orang Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan sains.

Selain itu terdapat juga beberapa pindaan atau akta lain yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku atau kenyataan yang dianggap boleh memudaratkan keamanan negara. Misalnya pindaan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Pilihan Raya majlis Tempatan 1966 yang melarang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan Akta Menghasut daripda menyertai sebarang pilihan raya samada di peringkat parlimen, undangan negeri mahupun majlis tempatan selama lima tahun.

Manakala Akta Keselamatan dalam negeri pula bertujuan menjaga kepentingan serta keselamatan dalam negeri. Akta ini memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk menangkap sesiapa sahaja yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negeri. Individu sedemikian boleh dipenjara atau ditahan selama dua tahun tanpa dibicara. Begitu juga dengan akta-akta yang lain seperti AUKU dan OSA sedikit sebnayak menghadkan kegiatan kumpulan tertentu daripada bersuara dan bertindak dalam cara yang boleh menimbulkan masalah dalaman.


bersambung.

Wednesday, May 19, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA PERISTIWA 13 MEI 1969 sambungan 5

SELEPAS 13 MEI 1969

Rusuhan dan kekacauan yang tercetus akhirnya membawa kepada pengisytiharan darurat pada 14 Mei 1969. Selaras dengan itu, Majlis Gerakan Negara ( Mageran ) telah dibentuk dan Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai pengarahnya. Majlis ini turut dianggotai oleh Tan Siew Sin dan V.T. Sambanthan, wakil bagi MCA dan MIC. Selain itu, Mageran turut diwakili oleh perwakilan polis, tentera dan pentadbiran awam.

Tujuan utama pembentukan Mageran adalah untuk memulihkan keadaan negara dan Tun Razak selaku pengarahnya mempunyai kuasa mutlak dalam melaksanakan tugasnya. Majlis yang terdiri daripada pelbagai perwakilan itu telah mengadakan persidangan tertutup dari masa ke semasa secara tertutup dalam usahanya untuk membentuk asas pembinaan negara yang lebih kukuh. Di samping itu, Mageran turut berperanan dalam merancang serta membuat rombakan semula ke atas perlembangaan bagi tujuan mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang.

Pada masa yang sama, Tun Dr. Ismail telah kembali ke dalam kerajaan dan telah dilantik sebagai Menteri dalam negeri. Kehadiran beliau memberi satu kelegaan kepada orang Melayu yang beranggapan Dr. Ismail merupakan seorang ahli politik yang cekal, tegas dan tidak tunduk kepada sesiapa. Dalam memperkatakan isu 13 Mei, Tun Dr. Ismail, menyatakan bahawa amalan ‘demokrasi di negara ini telah mati akibat’ daripada tragedi 13 Mei dan mengulas bahawa:

Ia bukan tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak
atas tragedi 13 Mei tetapi orang Melayu benar-benar terganggu dan
terkejut dengan keputusan pilihan raya dan tidak bersedia untuk
membenarkan parti pembangkang bukan Melayu membentuk
kerajaan negeri di Perak mahupun Selangor.

Kenyataan itu jelas menunjukan kebimbangan orang Melayu dengan perkembangan politik negara selepas keputusan pilihan raya 1969 yang dilihat lebih memihak kepada orang bukan Melayu yang semakin lantang dalam persoalkan keistimewaan orang Melayu dan menuntut persamaan hak sebagai warganegara.

Walaupun Mageran telah mengambil alih pentadbiran negara, tetapi Tunku Abdul Rahman masih kekal sebagai Perdana Menteri dan terus mengetuai kabinetnya yang telah kehilangan kuasa pentadbirannya. Selain itu, Tunku juga mengetuai Majlis Muhibah Negara yang dilihat sebagai kabinet sementara Majlis Mageran. Majlis Muhibah Negara bertujuan unutk memupuk persefahaman antara kaum dan banyak menumpukan kepada kerja-kerja sosial bagi menjamin semula persefahaman yang terjejas akibat daripada persengketaan kaum.

Dalam usaha pemulihan, para pemimpin tertinggi negara berpendapat bahawa “rundingan” dan parti Perikatan sahaja tidak memadai untuk memastikan keharmonian kaum. Lantaran itu, Majlis Perunding Negara ( MPN ) telah ditubuhkan pada Januari 1970 dan ia melibatkan perwakilan daripada semua parti politik dan terdiri daripada 65 anggota yang merangkumi anggota-anggota kerajaan, persatuan-persatuan agama dan professional, kesatuan sekerja dan golongan minoriti. MPN telah mengadakan perjumpaan yang pertama pada Januari 1970 bagi membincangkan polisi dan strategi bagi menangani masalah perkauman

IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH PEMULIHAN

Peristiwa 13 Mei telah membawa kepada perubahan iklim politik di Malaysia. Ia bertukar wajah daripada satu bentuk politik demokrasi yang terlalu bebas kepada satu bentuk politik yang lebih terkawal dan tersusun.

Impak serta merta lantaran daripada 13 Mei ialah penggantungan parlimen dan penundaan pilihan raya di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, segala aktiviti politik telah diharamkan dan turut menyaksikan penahanan pemimpin-pemimpin politik seperti Lim Kit Siang yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sehingga 1 Oktober, 1970. Kawalan serta penapisan ke atas media massa turut diperketatkan bagi memastikan tiada penyiaran yang berbau perkauman dan mencetuskan sebarang kejadian yang tidak diingini. Perhatian turut diberikan ke atas kemasukkan bahan dari luar negeri di mana artikal-artikal yang dianggap kurang sesuai ditapis sebelum dibenarkan pengedarannya.

Kejayaan MPN dan pembentukkan kerajaan campuran di Sarawak telah membawa kepada pembentukan kerajaan campuran di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan. Kerajaan campuran yang pertama terbentuk di Sarawak antara SUPP dengan Perikatan Sarawak yang dianggotai oleh Parti Bumiputera, Pesaka dan Sarawak Chinese Association. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan pembentukkan kerajaan campuran di Pulau Pinang pada Februari 1972 apabila Gerakan bersetuju untuk menyertai Perikatan dan ia diikuti dengan satu lagi kerajaan campuran PPP-Perikatan di Perak yang berkuatkuasa pada 1 Mei 1973. Kemasukkan Pas dan pembentukkan kerajaan campuran di Kelantan pada 1 Januari 1973 telah berjaya membina satu senario politik baru di Malaysia. Gerakan, PPP dan SUPP yang merupakan parti-parti bukan Melayu radikal sebelum ini telah mengenepikan corak perjuangan masing-masing demi untuk mewujudkan satu senario politik dalaman yang lebih bersifat kesederhanaan dan mampu bekerjasama dengan parti-parti lain yang mewakili pelbagai kaum. Gabungan parti-parti ini telah membawa kepada pembentukkan Barisan Nasional pada 1 Jun 1974. Ia memperlihatkan kemampuan UMNO sebagai tunjangnya dan memainkan peranan penting dalam usaha berkompromi dengan pelbagai parti yang mewakili kaum yang berbeza.

13 Mei telah meninggalkan kesan mendalam terhadap integrasi kaum di Malaysia. Walaupun langkah segera dapat membendung rusuhan kaum itu daripada berlanjutan tetapi peristiwa itu terpahat dalam sanubari orang Melayu dan Cina dan ia ternyata memberi kesan terhadap perpaduan kaum di negara ini. Sentimen perkauman pada ketika itu berada di tahap yang tinngi dan ia terbukti dengan meletusnya siri rusuhan yang kedua pada 28 Jun 1969. Ia berlaku di sekitar Sentul dan membabitkan orang India. Rusuhan itu berakhir dengan kematian 15 orang India dan kemusnahan harta benda.

Dalam tempoh masalah selepas rusuhan itu, hubungan dalam bidang sosial dan ekonomi antara oaring-orang Melayu dan Cina terputus. Dalam bulan Jun, bilangan orang Cina dan India yang sudi berurusniaga dengan orang Melayu amatlah terhad. Malahan mereka enggan menaiki teksi orang Melayu dan tidak membeli barangan yang dianggap sebagai simbol orang Melayu seperti batik dan buah durian. Senario ini menampakkan tahap integrasi antara kaum di negara berada pada tahap yang amat rendah dan kurang sihat.

Walaupun perisitwa 13 Mei dikaitkan secara langsung pilihan raya 1969, namun begitu bibit-bibit permusuhan antara kaum telah wujud lebih awal daripada itu. Perasaan iri hati dan tidak puas hati telah timbul akibat daripada jurang ekonomi dan sosial yang terlalu luas. Orang Melayu terkilan dengan kedudukan ekonomi mereka dan beranggapan kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam membantu mereka. Golongan bukan Melayu pula dibelenggu dengan masalah taraf kewargenegaraan mereka dan enggan bertoleransi dalam soal bahasa, kebudayaan dan pendidikan.


bersambung

Monday, May 17, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 4

rentitan 13 Mei 1969


Pilihan raya 1969 telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang ketara. Di mana isu-isu hak keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan menjadi agenda penting parti-parti yang bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan kemunculan DAP sebagai modalnya bagi mendapat sokongan padu orang Melayu. DAP dikatakan bersikap anti Melayu dan penubuhannya adalah lanjutan bermotifkan dendam PAP yang gagal menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Pada masa yang sama, DAP dan PPP pula berkempen untuk meraih sokongan orang bukan Melayu dengan mengutarakan isu-isu persamaan hak serta nasib masa depan bahasa Cina dan Tamil dalam perlembagaan negara.

Pilihan raya umum 1969 menyaksikan pemulauan Parti Buruh terhadap pilihanraya kali ini. Ia menyeru rakyat agar tidak keluar mengundi kerana menentang kepercayaan dan keyakinan institusi berparlimen dan mendakwa unsur-unsur penyelewengan berleluasa dalam proses pilihanraya yang bakal diadakan nanti. Ketiadaan Parti Buruh telah digunakan oleh DAP bagi menonjolkan dirinya sebagai jaguh masyarakat bukan Melayu. DAP telah bekerjasama dengan PPP dan Gerakan dalam pilihanraya ini. Di mana pada Februari 1969, DAP, PPP dan Gerakan telah membuat persetujuan dalam pembahagian kerusi parlimen dan undangan negeri yang bakal ditandingi oleh ketiga-tiga parti berkenaan. Ia bertujuan untuk mengelakkan pertembungan antara parti-parti ini dan terusnya mengakibatkan perpecahan undi bagi parti pembangkang. Pakatan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan para pemimpin Melayu dan beranggapan ia sebagai satu percubaan golongan bukan Melayu dalam mencabar kedudukan politik serta keistimewaan orang Melayu.

Dalam situasi politik yang penuh dengan unsur perkauman, keputusan pilihanraya umum 1969 jelas memberi impak yang amat mendalam kepada masa depan negara. Perikatan yang selama ini dinobatkan sebagai wakil tiga kaum utama negara menerusi UMNO, MCA dan MIC mengalami kekalahan yang teruk dan di luar dugaan. Perikatan buat pertama kali dalam sejarah tercabar dengan begitu hebat sekali dan orang Melayu melihatnya sebagai kemenangan bagi masyarakat bukan Melayu dan tamatnya penguasaan Melayu dalam politik, pentadbiran dan kerajaan di Tanah Melayu. Parti Perikatan hanya mampu memperolehi 48.45% undi iaitu merosot sebanyak 10 % berbanding 58.4% undi pada pilihan raya 1964 dan ia jelas merupakan prestasi terburuk Perikatan. Di peringkat parlimen, Perikatan hanya mampu memenangi 66 kerusi iaitu 51 kerusi bagi UMNO, 13 MCA dan 2 MIC. dewan undangan negeri pula, Perikatan hanya mendapat 162 daripada 282 kerusi yang dipertandingkan dan ia merupakan kemenangan yang paling tipis baginya jika dibandingkan dengan pilihan raya sebelum ini, iaitu 206 kerusi dalam pilihanraya 1959 dan 241 kerusi dalam pilihanraya 1964.

Pencapaian buruk ini telah memberi beberapa implikasi negatif terhadap Perikatan. Pertama, ia kehilangan dua buah negeri iaitu Pulau Pinang kepada Gerakan dan Kelantan kepada PAS. Kedua, ia gagal membentuk kerajaan negeri yang mantap di Perak dan Selangor kerana kekurangan majoriti kerusi di peringkat dewan undangan negeri. Di Perak, Perikatan yang memenangi 19 daripada 40 kerusi disaing hebat oleh pakatan DAP dan PPP yang memenangi 18 kerusi, di samping Gerakan dan PAS masing-masing satu kerusi. Di Selangor pula, DAP dan Gerakan terus memberi tekanan kepada Perikatan yang hanya menguasai 14 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. Ketiga, peratusan undi bagi tiga buah negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu berada di paras bawah 50% undi popular. Di Negeri Sembilan, peratusan undi Perikatan hanyalah 46.2%, Melaka 48.1% dan 49.3% bagi Terengganu.

Sejurus keputusan pilihanraya diumumkan, situasi di Semenanjung Malaysia bertambah tegang. Kehilangan Pulau Pinang kepada Gerakan dan risiko kehilangan kuasa Melayu di Perak dan Selangor jelas sukar diterima oleh orang Melayu. Ia diperburukkan lagi dengan perarakan kemenangan DAP dan Gerakan di Kuala Lumpur. Pada keesokkan harinya, MCA telah mengumumkan bahawa parti itu tidak lagi mewakili orang Cina di dalam kerajaan setelah ia dikritik hebat kerana prestasinya yang begitu buruk dengan hanya memenangi 13 daripada 33 kerusi yang ditandinginya. Pada masa yang sama satu demonstrasi telah dianjurkan olah UMNO Selangor dan penyebaran khabar angin bahawa orang Melayu telah diserang di sekitar Kuala Lumpur telah membawa kepada tercetusnya tregedi 13 Mei yang mengorbankan 196 nyawa dan menyebabkan 409 kecederaan yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang Cina. Di samping itu, kira-kira 6000 kediaman serta premis pemilikan orang Cina di sekitar Kuala Lumpur turut musnah dalam kekacauan yang tercetus menjelang petang 13 Mei 1969.

Friday, May 14, 2010

PERISTIWA HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 3

Konflik Perkauman Akibat Isu Perkauman yang dibangkitkan di Parlimen

Wakil rakyat ialah mereka yang berpengaruh, apabila ahli Parlimen tidak berpuashati di dalam perbahasan di parlimen maka ia turut dibawa di luar Parlimen melalui pentas-pentas politik dan kempen-kempen pilihanraya. Ini sudah tentu akan membakar semangat rakyat. Kesannya beberapa rusuhan kecil telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan kaum sempena perarakan sambutan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya. Kegelisahan timbul kerana UMNO tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Khabar angin tentang rusuhan akan berlaku. Perarakan pada 2 Mei, 1957 dalam suasana tegang, polis yang menyiasat satu pergaduhan di belakang perarakan tersebut yang dikatakan berpunca daripada serangan orang Melayu. Ini mengakibatkan perarakan berpecah dan orang-orang Cina mula melengkapkan diri dengan senjata.. rusuhan berakhir pada 8 Jun, 1957 dengan 4 kematian dan 48 cedera.

Lain-lain konflik yang merenggangkan hubungan antara orang-orang Melayu dan China ialah seperti rusuhan kaum di Pangkor 1959, rusuhan kaum di Bukit Mertajam 1964 dan rusuhan kaum di Singapura 1964. Di dalam beberapa rusuhan kecil ini pihak polis masih dapat mengawal keadaan. Namun ibarat kata pepatah ‘Terbakar rumah nampaklan asapnya, tetapi terbakar jiwa siapa yang tahu’. Dengan ditambah melalui kempen-kempen yang berapi sebelum pilihanraya dan perarakan DAP dan Gerakan selepas kemenangan pilihanraya 1969 di Kuala Lumpur telah mencetuskan rusuhan yang besar.


IMBASAN 13 MEI 1969

Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’

Dalam sejarah Malaysia, peristiwa 13 Mei mencatatkan satu detik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan setiap rakyat negara ini. Pertumpahan darah dan kekacauan yang tercetus pada 13 Mei 1969 hampir-hampir menghancurkan negara. Ia merupakan satu ujian besar kepada perpaduan kaum di Malaysia. Rusuhan kaum yang tercetus telah menyedarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tentang betapa pentingnya integrasi, toleransi dan sikap hormat-menghormati bagi menjamin keamanan serta survival negara. Pada masa yang sama, ia telah menyedarkan kerajaan tentang perlunya uasaha-usaha ke arah perpaduan dan integrasi nasional bagi menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang majmuk, aman dan stabil.

Peristiwa 13 Mei tercetus selepas berlangsungnya pilihan raya umum 1969 yang telah diadakan pada 10 Mei 1969 yang dilihat sebagai ‘turning point’ dalam sejarah negara. Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal lagi dan keputusan pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan hubungan Melayu - Cina itu. Pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya oleh anggota Parti Buruh telah mencetuskan ketegangan dan kira-kira sepuluh hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur apabila enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat sebagai pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu. Menjelang 9 Mei, Parti Buruh yang telah memboikot pilihan raya 1969 telah menganjurkan satu perarakan pengebumian di Kuala Lumpur. Ia disertai kira-kira 10,000 peserta yang telah berarak di pusat Kuala Lumpur tanpa menghiraukan arahan serta larangan pihak berkuasa. Tindakan penyokong Parti Buruh yang melaung-laungkan slogan Maoist sambil menyanyi lagu “ The East is Red ” dengan memaparkan potrait Mao Tze Tung dan mengibarkan bendera China jelas menimbulkan kerisauan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Sentimen perkauman menjadi semakin menebal apabila golongan belia Cina yang menyertai perarakan itu meluahkan kata-kata provoksi seperti “ Malai Si” dan “ Hutang darah dibayar darah ” sepanjang perarakan itu.
Pilihan raya 1969 telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang ketara. Di mana isu-isu hak keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan menjadi agenda penting parti-parti yang bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan kemunculan DAP sebagai modalnya bagi mendapat sokongan padu orang Melayu. DAP dikatakan .



bersambung.

Thursday, May 13, 2010

PERISTIWA HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 2

DARURAT

Telah korbankan lebih kurang 10,000 jiwa. Oleh kerana kebanyakan anggota pasukan keselamatan yang menentang pemberontakan itu Melayu, maka pertentangan langsung antara PKM dan kerajaan sepanjang berlangsungnya Darurat itu telah menebalkan lagi sentimen anti-Cina. Rasa tidak puas hati Melayu pernah disuarakan oleh Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British misalnya dalam soal khidmat negara di mana orang Cina dan India tidak ramai yang mahu menyertai program tersebut yang dilancarkan pada 1950. Antara Februari dan Ogos 1951 lebih 10 000 belia-belia China lari ke negeri China dan kapal-kapal ke India bertambah penuh.

Pandangan tentang keganasan komunis di Tanah Melayu dari tahun 1948-1951 yang di antara lain menyebut:

…perasaan kecewa telah timbul di kalanan orang-orang Melayu tentang keenggnan orang-orang Cina memberi pertolongan. Mereka hanya hidup bersenang-lenang dan menumpukan tenaga semata-mata mencari kekayaan.


Pembentukan Perikatan

Pembentukan Perikatan antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 merupakan satu yang dianggap istimewa dalam sejarah perhubungan antara kedua-dua kaum ini terutama dalam proses ke arah kemerdekaan. Pada peringkat ini kedua-dua parti mengekalkn identiti dan objektif politik masing-masing. Walau bagaimanapun penggabungan tersebut bersama-sama MIC kemudiannya pada 1955 telah dianggap oleh kerajaan kolonial sebagai langkah positif ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu padu. Dalam pilihanraya Persekutuan pada bulan Julai 1955, Perikatan telah membuktikan sokongan yang begitu besar dengan mendapat 81% undi dan 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Perlembagaan Tanah Melayu

MCA-MIC-UMNO sering memberi dan menerima iaitu berkaitan kepentingan kaum masing-masing. Ia menyentuh soal kerakyatan, kedudukan istimewa bangsa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi.Pada peringkat ini, iklim politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Walau bagaimanapun persetujuan ini tidak menggambarkan persetujuan keseluruhan kaum yang diakilinya.

Tolak ansur perlembagaan sebenarnya merenggangkan lagi jarak hubungan di antara berbilang kaum. Melayu menuduh UMNO menjualkan ‘kepentingan Melayu’ kepada Cina sementara Cina menuduh MCA menggadaikan ‘kepentingan Cina kepada Melayu

Perbahasan di Parlimen antara tahun 1960-1969.

Perbahasan hangat telahpun beraku di Parlimen terutama isu yang menyentuh tentang pertikaian hak istimewa bangsa Melayu, isu bahasa dan kemasukan Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Umumnya, ahli Parlimen Melayu samada PAS, Parti Negara dan UMNO yang mewakli kaum Melayu berbahas hebat menidakkan fakta dan hujahan ahli parlimen bukan Melayu seperti PPP dan PAP. Pada peringkat ini ahli parlimen MCA dan MIC masih menyokong Perikatan.

Antara isu yang disentuh ialah berkenaan dasar pelajaran, tanah simpanan Melayu, permit untuk menjalankan perniagaan, biasiswa dan sebagainya. Isu hangat lain ialah konsep Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu. Singapura terpaksa dikeluarkan dariada Gagasan. Perjuangan PAP diteruskan oleh DAP.



bersambung

PERISTIWA HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 1

KRONOLOGI PERHUBUNGAN MELAYU-CINA.

Pendudukan Jepun.

Pendudukan Jepun telah membangkitkan perasaan benci antara kaum Melayu dan Cina. Sungguhpun kedua-dua kaum hidup menderita tetapi orang-orang Cinalah yang paling terseksa. Mereka tidak dipercayai oleh Jepun. Lebih-lebih lagi Negeri China telah berperang dengan Jepun semenjak tahun 1937. Orang-orang Melayu pula ramai yang menjadi tali-barut Jepun. Oleh sebab itu, selepas pengunduran Jepun, MPAJA telah bertindak membalas dendam terhadap oang-orang Melayu. Antaranya Peristiwa di Batu Pahat Johor, Sungai Manik Perak, Bukit Tambun, Pulau Pinang dan Bukit Junun, Kedah.

Rancangan Malayan Union

Telah ditentang oleh orang Melayu sebab banyak memberi keuntungan kepada bukan Melayu. Rancangan yang diumumkan pada Januari 1946 ini mencipta sebuah negara Kesatuan dengan kedaulatan Sultan dipindahkan kepada Mahkota Inggeris. Semua rakyat mempunyai hak yang sama termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam manakala kewarganegaraan Tanah Melayu diluaskan kepada semua tidak mengira bangsa atau kepercayaan mereka. Rancangan ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu manakala kaum bukan Melayu tidak begitu mengambil berat.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Mengembalikan semula hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Raja-raja diberikan kedaulatan semula. Kewarganegaraan pula telah diperketatkan, iaitu syarat tinggal sekurang-kurangnya lima belas tahun. Kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu juga diambil kira sebagai syarat tersebut.

Rancangan Persekutuan itu merupakan satu kemenangan besar kepada orang-orang Melayu tetapi diterima dengan rasa cemas oleh kaum lain. Orang-orang Cina khasnya rasa dikhianati kerana mereka percaya bahawa mereka telah banyak berkorban dan sentiasa taat setia kepada mahkota Inggeris dalam perang yang lalu. Ada juga harapan di antara orang-orang Cina yang tidak berpuashati melihat harapan mereka untuk sebuah masyarakat adil dalam panji-panji parti Komunis Malaya.


sambungan

SEJARAH HITAM NEGARA 13 MEI 1969.

RUSUHAN KAUM 13, MEI 1969: PERISTIWA SEBELUM DAN TINDAKAN SELEPASNYA


1.1 PENDAHULUAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik.

Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi, semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketika itu berbentuk co-existance, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja.

Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa kepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari oleh adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan ekonomi.

Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dan hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab.


bersambung.

Monday, May 10, 2010

PAS PARTI PENIPU sambungan 16

PAS TIDAK TUBUH NEGARA ISLAM
SECARA DRASTIK - Hadi Awang.
( Utusan Malaysia 10 Julai 2003)


Beliau berkata, tumpuan awal adalah untuk menjalankan pemerentahan secara islam di negeri-dinegeri yang dikuasa oleh Pas dan sekiranya parti pembangkang lain menguasai negeri tertentu terseserah kapada mereka menentukan dasarnya.

Kita tetap meraikan kerjasama dengan parti lain dan oleh itu kita tidak akan menubuhkan NEGARA ISLAM secara drastik, tambahan pula kita bukan memerentah secara sendirian. Tumpuan hanya diberikan kapada negeri-negeri yang diperintah oleh Pas kelak kerana kita hendak tunjukkan dulu Islam itu macam mana kapada mereka, katanya kapada pemberita.

Beliau mengulas pendirian Pas yang tetap bercita-citanya untuk melaksanakan pemerintahan Islam mengikut pendekatannya sebelum ini. Sebelum ini Parti Rakyat Malaysia (PRM) tidak mahu Pas meneruskan hasrat melaksanakan pemerintahan Islam sebagai dasar paeri itu kerana ia menghakis pengaruh pembangkang dan menjejaskan kerjasama diantara mereka.

Presidennya Syed Husin Ali berkata pehaknya akan berunding drngan Pas supaya parti itu menimbangkan untuk mengugurkan rancangannya agar kerjasama diantara pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) akan lebih mudah.

Abdul Hadi berkata kerjasama yang dijalinkan bersama parti pembangkang lain sebelum ini tidak akan menjejaskan dasar perjuangan parti masing-masing dan ia merupakan persetujuan yang telah dicapai.

( Ulasan ).

Hari ini Pas menuduh Umno tidak menjalankan pemerintahan secara Islam, sedangkan apa yang dilakukan oleh Umno hari ini tidak lari dari apa yang sepatutnya dilakukan berdasarkan kapada kemampuan kita, tidak ada dalam hati orang Islan dalam Umno tidak mahu memerintah negara secara Islam, tapi kita berdikit-dikit agar sampa ke matalamatnya.

Dalam pengakuan Hadi sendiri pun dia tidak akan melaksanakan secara drastik nak jaga perjanjian kerjasama dengan pembangkang lain, PRM sendiri tak setuju, hari ini PRM sudah bersama PKR, lagilah tak bersetuju dengan Dasar PAS untuk menjalankan pemerintahan secara Islam, apatah lagi dengan DAP, yang secara terang-terang menolak Negara Islam.

Sebenarnya apa yang PAS mahu dalam perjuangannya, sentiasa berdolak dalih, adalah lebih baik bersama UMNO, setidak-tidak hasratnya untuk mencapai matalamatnya akan tercapai insaallah. kita ada 154 kawasan mejoriti. sudah mencukupi untuk berkuasa sendiri.

Monday, May 3, 2010

PAS PARTI PENIPU sambungan 15

Perkongsian Kuasa.

DAP BANTAH HASRAT PAS MAHU
DOMINASI PEMBANGKANG.


Kata Kerk (ketika itu) Dap tetap akur bahawa parti yang mempunyai keahlian teramai dan wakil rakyat terbanyak di Perlimen akan cecara automatik dikira sebagai parti terbesar. Bagaimanapun dalam pakatan pembangkang tidak kira sama ada ia pati besar atau kecil, kerana polisi yang diamalkam ialah sama semuanya sama dari segi kedudukan semua ada suara dan boleh melontarkan suara secaea adil.

Perwakilan Pas semasas muktamar parti itu tidak menyutujui jika jawatan Perdana Menteri tidak disandang oleh Peresidenya, sekiranya pilihan raya memihak kapada pakatan pembangkang Kerk berkata DAP masih berpegang kapada janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu bahawa calun yang layak ialah Dati Sri Anwar Ibrahim. Tetapi kata Kerk biasanya pemimpin parti yang mempunyai ahli parti akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Apapun tegasnya persoalan siapa kalangan wakil parti pembangkang yang layak menjadi perdana menteri tidak timbul ketika ini, yang mustahak tidak perlu ada parti dominan menentukan arah dan polisi pakatan pembangkang ini bukan satu hubungan yang sihat katanya.( Utusan Malaysia 5 Jun 2001)

PAS tidak boleh menjadi tonggak kapada barisan parti-parti pembangkang yang bukan Islam dinegara ini seperto DAP dan sebagainya, kerana keujudan PASari segi jasa dan kedudukannya tidak melayakan ia bertindak demekian, jasteru segala dasar-dasar PASntuk membangunkan Islam dan orang -orang Melayu sukar untuk dilaksanakan. sekiranya pemimpin PAS dilantik sebagai Perdana Mentari maka timbilannya pasti dilantik dari kalangan ahli parti yang bukan Islam.

PAS TIDAK TUBUH NEGARA ISLAM
SECARA DRITIK - HADI. ( Utusan Malaysia 10 Julai 2003)

Pas tidak akan menubuhankan negara Isalam secara dristik sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang walupun jika parti tersebut menjadi tunjang kapada pemerentahan negara.

Abdul Hadi Awang berkata ia bagi menunjukkan Pas lebih mendahulukan perdamaian secara terbuka melaluai persefahaman yang telah di persetujuai dengan rakan-rakan pembangkang yang lain.

( ini lah helah PAS cakap tak serupa bikin bertepatan dengan PAS parti penipu)

bersambung.