Friday, January 3, 2014

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM


Datuk Aidit Ghazali

Malaysia Tidak Terjamin  Bawah Anwar.

Beliau menyatakan, ( Datuk Aidit ) pernah menganggap Anwar Ibrahim sebagai mentolnya, Aidit pernah menjadi Ketua pegawai Eksekutif Institut Perkembangan Minda ( INMIND). Pada pertemuan  dengan Mingguan Malaysia pada 1 Fabruari 2012, beliau dengan tenang menjelaskan kenapa tidak sanggup lagi bersama pemimpin Pembangkang itu.

Anwar bukan lagi seperti yang kenali dulu, Anwar bukan lagi seorang yang boleh diharapkan dari sega kewibawaan perjuangan dan pemikiran Islam kata beliau, Aidit yang pernah bergiat di dalam ABIM satu ketika  dulu turut memberi sebab-sebab utama kenapa kini menolak untuk bersama Anwar, antaranya ialah sifat kemaruk kuasa, kelonggaran pendirian dalam isu-isu berkaitan Islam dan beberapa lagi.

Selain itu beliau yang kini menjawat Pengerusi Eksekutif Akademi Aidit turut mengucapkan permasalahan perpecahan di kalangan umat melayu/Islam, pluralisme dan gaya kepimpinan yang boleh dijadikan contoh.

Kata beliau memandangkan sifat saya yang meletakkan standard tinggi pada apa yang saya buat dan pegang dalam hidup,maka Anwar ketika itu layak menjadi contoh perjuamgan saya atas kewibawaan diri yang beliau tonjolkan ketika memimpin ABIM sahingga beliau menjadi Timbilan Perdana Menteri dan terlibat dalam peristiwa-peristiwa pasca 1998.

Tetapi sejak beberapa tahun ini khususnya setelah PRU12, pendirian saya mula goyah dan penuh pertanyaan apabila saya melihat dalam percaturan Anwar berlakunya: pertama ,sifat terlalu kemaruk memegang kuasa secara pintas, dengan kabar bahawa berpuluh wakil rakyat BN akan berpaling tadah selepas PRU 12 dan baru-baru ini dengan laungan untuk menjadi Perdana Menteri walau apa pun berlaku.

Kedua kesediaan beliau untuk berkerja sama dengan DAP yang jelas tidak mahu pada negara Islam. Ketiga pengasingan diri ramai bekas kenalan Anwar dalam kalangan ulama, cendekiawan Islam yang saya hormati dan sahabat-sahabat karib beliau dalam pergerakan Islam.

Keempat, kelongaran pendirian  beliau berkaitan dengan isu pengunaan nama Allah, penterjemahan Bible ke bahasa Melayu, isu LGBT, isu menjaga keselamatan Israel, kefahaman pluralisme terhadap Islam dan kelima, sikap kurang tegas beliau terhadap golongan yang mencabar IMR ( mertabat Islam,kedudukan umat Melayu sebagai kustodian Islam di Malaysia serta pemeliharahaan Institusi Raja sebagai pelindung dan payung Agama Islam d Malaysia).

Dalam hal inilah, Aidit menjelaskan lagi: sifat kompromi melampau beliau atas kepentingan politik sahingga menimbulkan kekhuatiran saya yang amat sangat bahawa masa depan Islam dan umatnya di Malaysia tidak lagi terjamin jika Anwar dan pakatan politik beliau menerajui negara.

Saya ingi mengulangan apa yang dikatakan oleh Datuk Aidid tentang ramainya rakan-rakan Anwan terdiri kalangan Ulama, Cendekiawan Islam, sahabat-sahabat karib MENGASINGKAN DIRI DARI ANWAR
SOALANNYA KENAPA ??, kalau dulu mereka membantu perjuangan Anwar tetapi hari ini mereka meningalkan Anwar, jadi kenapa kita yang hanya mendengar ucapannya sahaja terpedaya.

Sahabat-sahabat sekelian berfikirlah dengan Ilmu jangan berfikir dengan nafsu.




No comments:

Post a Comment