sambungan
Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim
Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru.
Datuk Seri Zaharin berkata kebanyakan pemimpinan kanan PKR diperingatkan bahawa agenda PKR adalah lebih besar iaitu menuju ke Putrajaya, tetapi bagi beliau kalau betul nak menuju ke Putrajaya pekara asas perlu diperbetulkan terlebih dahulu.
Kalau semua pekara di bawah diserahkan kapada DAP, anda seorang duduk di situ sedangkan di bawah dan dikeliling dipenuhi orang yang hendak merosakkan kita saja, ia masalah juga, saya tidak sangup itu berlaku. Kalau kita bawa pekara yang penting kapada Anwar dan parti tetapi diremehkan, maknanya parti itu tunggu masa nak runtuh.
Soalnya Anwar tidak ambil perhatian atau tidak tegas terhadap isu-isu yang dibawa, sebaliknya hendak menyakinkan rakyat bahawa pakatan pembangkang lebih baik daripada BN itu sahaja objektif beliau, misinya ialah menuju ke Putrajaya itu sahaja katanya.
Kata Zaharin lagi Anwar Ibrahim punya style' bukan pangil bincang ramai-ramai, keputusan parti, keputusan dia, isu kelimah Allah contohnya menjadi dasar parti bukannya dibawa ke dalam Majlis Kepimpinan Tertinggi, tetapi ia hanya dibincangkan dengan satu dua orang sahaja, kemudian terus jadi dasar parti, apakah ini parti demokratik?.
Beliau yang turut ditanya mengenai kenyataan bekas Timbilan Presiden PKR Dr. Syed Hussain Ali yang menganggap tindakan ramai pemimpin PKR keluar dari parti itu umpama pembersihan PKR daripada najis, berkata:
Kami sebenarnya bersyukur kerana kami keluar daripada parti yang boleh diibaratkan sebagai rumah yang penuh dengan najis, kini semakin ramai keluar rumah najis itu rumah yang penuh dengan tahi, kita bukan membersihkan PKR, sebaliknya kita membersihkan diri kita, sebab apa yang kita lakukan dalam PKR itu, kita anggap sebagai dosa yang telah kita lakukan dan sekarang ini adalah penebuskan, dia cakap pekara itu setahun lalu, tapi tengoklah berapa ramai Ahli Parlimen yang sudah keluar PKR.
Ulasan Seratah: mereka yang masih lagi didalam PKR itu sebenarnya berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kalau keluar tak merasalah nak bertanding, soal menang kalah itu tak penting, dan mereka menuduh yang keluar ini nak mencari kekayaan, kononnya dalm PKR tak dapat itu semua,
Sebenarnya mereka dalam Pembangkang ramai yang dapat kekayaan daripada BN tetapi mereka tak bersyukur malah mengigit tangan yang memberinya, dan mula mempfitnah kononya keroni, rasuah dan sebagainya, apa yang mereka dapat kekayaan itu hasil dari BN yang memerintah negara ini. janganlah kita disempitkan pemikiran kita oleh fitnah cubalah kita berfikir dengan ILMU.
bersambung lagi
No comments:
Post a Comment