Thursday, January 2, 2014

KENAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan

Harapkan Pagar  Pagar Makan Padi.


Dalam perbicaraan kes liwat Anwar dengan Mohd Saiful, saksi utama daripada sejumlah 26 orang saksi pendakwaan itu dalam keterangannya pada fabruari 2010 menyatakan bahawa Anwar bertanya secara langsung kapadanya "Can I f**k you today?'' sebelum kejadian dan dia berhenti kerja dengan majikannya itu kerana tidak mahu diliwat.

Mohd Yusof dalam hujahnya di akhir kes pendawaan turut menamakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui didalam dubur Mohd.Saiful Bukhari, berdasarkan kapada keterangan dua ahli kimia tempatan.

Sebaliknya Anwar yang membacakan kenyataan bertaip setebal 32 muka surat ketika membela diri, hanya menafikan melakukan perbuatan seperti yang dikakwa selain menuding jari kapada  hakim yang didakwa menyebabkan tidak mendapat perbicaraan secara adil.

Selain itu Anwar dilihat banyak bergantung kapada saksi-saksi dari luar negara iaitu pakar DNA, Dr. Brian McDonald; pakar forensik, Dr. David Wells; dan pakar bedah ortopedik Jerman, Dr. Thomas Hoogland untuk mempertahankan dirinya.

MAHKAMAH KEBERATAN MENSABITKAN
ANWAR IBRAHIM.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 melepaskan dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd.Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara pada 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan demekian selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd.Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kapada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut beliau selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwaan pertama, iaitu Mohd.Saiful Bukhari tidak terjejas, ini katanya, menyebabkan mahkamah hanya mempunyi keterangan Mohd.Saiful Bukhari.

Namun beliau berkata bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kapada keterangan Mohd.Saiful Bukhari tampa bukti sokongan lain. Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan, ujar hakim Mohamad Zabidun mengakhiri penghakiman ringkasnya yang memakan masa hanya tiga minit untuk dibaca sebelum tampa berlengah lagi terus masuk kekamar hakim.

Bagini inilah serba ringkas kisah perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dengan Mohd.Saiful Bukhari, hakim hanya menjelaskan tak sampai  tiga minit memberi keterangan, sedangkan perbicaraan yang sangat lama memakan masa berbulan- bulan, KENAPA ADA TANDA  TANYA DI SINI. Hakim terus masuk ke kamar hakim. hakim seolah- olah ada mainan di sini kita tunggu perbicaraan kes liwat Anwar ini dalam rayuan ker tersebut nanti.

Wahai Anwar kalau nak bersihkan diri kamu dari tuduhan, sebagai orang Islam yang telah di ajar dalam Islam BERSUMPAHLAH DEMI KE ADILAN.

Kita berfikirlah kenapa Anwar susah sangat untuk membersihkan dirinya secara Islam ??????.

sekian.

bersambung dengan kisah yang lain kenapa kami tinggalkan Anwar.

No comments:

Post a Comment