sambungan Dr.Chandra Muzaffar
Anwar Banyak Masalah Karektor.
Berikut antara sedutan wawancara AIDC News dengan Dr. Chandra Muzaffar pada 30 Jun 2011 di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Dalam kenyataan media Prof. pada 7 mac 2008, Prof, ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan 'the knight' iaitu pahlawan berkuda yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan.Boleh Prof ulas maksud tersebut?.
Dr. Chandra : Itu sebenarnya fasa-fasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu,kalau tak salah dalam bahasa inggeris, the knight in shining armour. Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk menyifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyalamatkan mereka. Jadi saya katakan sebagai jawapan kapada pehak-pehak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka. Mereka marah, ramai marah bila saya ada useha untuk menghidupkan the kninght in shining armour dalam parti Keadilan.
Yang marah itu termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR, yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik hentam saya dan sebagainya, tapi hari ini mereka semuanya dah keluar.
Saya kata adalah salah kapada perjuangan kalau kita mengaggap Anwar itu sebagai the knight shining armour, iaitu wira yang akan menyalamatkan negara ini.Walhal dia ini manusia yang banyak kelemahan, itulah konteks, saya mengunakan frasa itu.
AIDC : Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?.
Dr. Chandra : Memang cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam Parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini, saya masih ingat saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan, di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr.Wan Azizah.
Saya di jemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada didalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat. Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbilan Presiden parti semata-mata tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik, kerana itu adalah latar belakang saya, saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan, kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub.
bersambung.
No comments:
Post a Comment