Wednesday, January 8, 2014

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan Dr.Chandra Muzaffar.

Anwar Banyak Masalah  Karektor.

Saya gunakan istilah itu, kita jangan taksub dengan pemimpin, selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr. adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan .... saya ( ketika dalam ceramah itu ) tidak sebut nama pun. Tujuan saya bukan untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan. Memang itu tujuan saya.  Tidak perlulah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu kerana mereka ini, sekarang sudah keluar  PKR dan cukup hebat mengkritik Anwar.

Saya sebagai Timbilan Presiden  memang saya sokong Anwar pada masa itu, bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan sebagainya, tetapi mereka sudah kritik macam-macam kapada saya, saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasuk brother kita, dia pun ada kelemahan.

Tetapi oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka attack. Mereka keluarkan gambar, kalau  saudara masih ingat lagi isu itu berlaku pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web proreformasi. Mereka buat bendera hitam, dan mereka desak saya letak jawatan.

Saya dan Anwar Tahit ( Setiauseha Agung ) jadi sasaran. Anwar Tahit atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu mereka suruh letak jawatan, kritik hebat, selepas  tiga, empat minggu, saya merenong kembali peristiwa itu, mengapa  boleh berlaku begitu? sedangkan saya adalah Timbilan Presiden, kalau mengikut budaya  politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran, diserang dan sebagainya, tak munkin anggota-anggota lain berani berbuat begitu tampa rastu daripada pehak-pehak tertentu, jadi saya tanya kapada Dr. Wan Azizah, adakah Dr. Wan Azizah minta mereka attack saya?.

AIDC : Prof tanya direct?.

Dr. Chandra :  Tanya direct. Saya tanya dia, dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini, saya kata pada diri sendiri, munkin ada seorang lain yang arahkan.

Soalan : Yang berada di penjara ?.

Dr. Chandra :  masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah) dari masa ke masa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati. So, one those accasion, saya tanya dia secara langsung.

Soalan: Tanya terbuka ?.

Dr. Chandra : Terbuka, masa itu kita sembanglah, saya tanya, Anwar... siapa yang buat ini? ada orang kata you yang rancang ini. Anwar kata Hye takkanlah, macam mana boleh terbongkar ni' (ketawa) jadi saya sudah tau dia ni yang merancang, sebenarnya macam-macam dia buat, tapi saya sabar, saya tak berundur pada masa itu, saya tunggu dan saya cuba ubah dari dalam, tetapi gagal, saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar, dua setengah tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.

Bukan kerana soal moral atau peribadi, itu pun satu daripada faktur. Tetapi yang lain hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara. Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan sebagainya, dan sikap dia terhadap ahli-ahli  parti, caranya mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada masa yang sama dia juga sokong pihak yang lain. Saya fikir tak ada manusia macam ini didalam politik negara kita.

Ulasan, inilah perangai Anwar semasa dia jadi TPM dulu, dia minta sesaorang itu buat kerja untuk dia, kalau dia jadi PM nanti orang itulah yang akan jadi MB di negeri tersebut, tetapi bukan saorang yang di janjikan ada yang tiga , empat orang janji yang sama, tetapi ini adalah rahsia, mereka yang ditawarkan itu berkerja bermati- matian kerana nak jadi MB itulah Anwar PENIPU.

bersambung cerita Dr.Chandra.


No comments:

Post a Comment