Hari Peneroka. 16 / Ogos / 2013
Setiap tahun felda akan mengadakan sambutan hari peneroka dan akan menyampaikan berbagai-bagai anugrah kapada peneroka dan rancangan felda yang dinilai oleh juri didalam pertandingan yang diadakan oleh pengurusan felda.
Hari ini kalau kita masuk ke rancangan tanah Felda kita tak kata itu rumah peneroka felda, kerana jauh sangat bezanya dengan dua puluh tahun dahulu, masa itu saya selalu pergi ke tanah rancangan felda diseluruh negari Pahang kenana dijemput untuk memberi ceramah kapada peneroka.
Masa itu rumah peneroka kebanyakannya masih rumah asal yang didirikan oleh felda kalau ada yang menambah baik rumah hanya segelintir sahaja, itu pun menambah tak semua ada yang membesarkan ruang dapor, kerana ruang dapor memang kecil sedangkan rata-rata peneroka mempunyai anak yang ramai.
Semasa saya memberi ceramah saya selalu menyatakan yang tuan-tuan bukan peneroka, tuan-tuan adalah peserta tanah rancangan, kerana tuan-tuan datang kesini rumah dah ada, kebun dah disediakan, yang betul-betul peneroka ialah penghuni felda Lurah Bilut kerana mereka adalah meneroka sendiri kawasan kebun dan membina sendiri rumah kediamannya.
Hari ini apabila di tayangkan dilayar TV untuk menunjukkan felda yang telah dicalunkan untuk menerima anugrah, Allah huakbar kita tak kata itu rumah peneroka, banglo yang besar-besar seperti dikawasan Elit yang terdapat di kota-kota besar dinegara kita.
Apakah mereka tidak bershukur dengan apa yang mereka perolihi, sebab itu banyak negara membangun didunia melihat Malaysia sebagai negara CONTOH kapada mereka, tetapi sayang ada segelintir peneroka yang dihasut oleh mahluk perosak untuk menentang kerjaan yang telah memberi segala-gala kemudahan.
Kalau kita bandingkan dengan kampung-kampung tredisi sangat jauh bezanya, kemewahan yang mereka perolihi orang kampong selalu sebut orang felda saja yang dapat.
Tapi saya yakin masih ramai peneroka felda yang setia kapada kerjaan yang memberi mereka kemewahan cuma segelintir sahaja, dan kita berdoa agar mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan, bershukur kapada allah dan berterima kasih kapada kerjaan.
sekian.
No comments:
Post a Comment