Friday, August 30, 2013

MALAYSIA BERDAULAT TANAH TUMPAH DARAHKU

sambungan.

KEMERDEKAAN NEGARA KE 56.

Coritan Sejarah Kemerdekaan.


PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH MALAYAN UNION DI PARLIMEN LONDON

Yang mengandungi Dasar-Dasar dan Rancangan Malayan Union antaranya:-

1.Kuasa Penuh diberi kepada King Inggeris supaya boleh membuat undang-undang yang sama serupa di dalam semua negeri-negeri Melayu.
2.Pentadbiran terletak di tangan Gabenor Inggeris
3.Majlis Penasihat Pusat Agama yang terdiri dari Raja-Raja Melayu di pengerusikan oleh Gabenor yang bukan beragama Islam.

4.Taraf kerakyatan boleh diperolehi tanpa perbezaan bangsa dan agama secara :-
a)Lahir di negeri Malayan Union dan Singapura.
b)Telah tinggal selama 10 – 15 tahun di Malayan Union.
c)Rakyat British juga boleh menjadi rakyat Malayan Union tanpa kehilangan taraf kerakyatan British.
5. Mereka yang bukan rakyat Malayan Union tidak boleh menjawat Jawatan di dalam Pejabat Kerajaan atau menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Pusat atau Majlis Mesyuarat Negeri.


IMPLIKASI PELAKSANAAN MALAYAN UNION

  Dengan Pelaksaan Malayan Union Tanah Melayu akan di Tadbir secara terus dari LONDON sebagai sebuah tanah Jajahan (Koloni). Maka akan tamatlah kepurapuraan bahawa Negeri-Negeri Melayu di tadbir oleh British bagi pihak Raja-Raja Melayu. Prinsip Justsoli, bagi menerima kerakyatan orang bukab Melayu secara amat longgar dan meluas tanpa mengambil kira kesetiaan mereka bakal mengubah struktur politik tempatan. Orang-orang Melayu akan hilang hak-hak dan tanahair mereka di bawah peraturan baru yang ditaja oleh British ini.


SURAT DATO’ ONN KEPADA UTUSAN MELAYU
Di atas sokongan dan cadangan Syed Alwi Al – Hadi  dan Haji Anuar Malik dari Kesatuan Melayu Johor, DatoOnn telah menghantar sepucuk surat kepada Utusan Melayu. Dalam suratnya beliau mencadangkan satu kongres diadakan untuk membincangkan soal Malayan Union. Satu pertubuhan yang dinamakan United Malays Organisation (UMO) patut ditubuhkan sebagai badan pendesak. Surat DatoOnn itu merupakan rayuan pertama daripada seorang tokoh negeri Melayu yang inginkan masalah Malayan Union dibincangkan secara bersama sedangkan persatuan negeri Melayu yang lain lebih membangkitkan penentangan mereka secara berasingan. Surat DatoOnn telah mengatasi tembok sifat kenegerian orang Melayu di waktu itu.

RUNDINGAN MENGADAKAN KONGRES


Di Kuala Lumpur, Tuan Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan Za’ba, Ynag Dipertua Persatuan Melayu Selangor telah mula berhubung dengan Datuk Panglima Bukit Gantang Perak, DatoOnn bin Jaafar yang merupakan Yang Dipertua Pergerakan MElayu Semenanjung Johor dan lain-lain pemimpin supaya mengadakan kongres yang menjemput wakil orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung. Tujuannya untuk menubuhkan Melayu yang besar bagi menentang Rancangan Malayan Union.

bersambung


No comments:

Post a Comment