Friday, September 9, 2011

PERBEZAAN DULU DAN SEKARANG

Cara Hendak mengulingkan Kerjaan.

sambungan.

Parti komunis Malaya yang sudah lama berpengalaman didalam peperangan cara gurila telah membuat persiapan yang lengkap, senjata2 yang mereka perolehi dari Inggeris semasa penaklukan Jepus, yang mereka simpan dikeluarkan kembali.

Peladang-peladang cina yang banyak yg terdapat ditepi hutan dijadikan ejen-ejen dan pembekal makanan serta alat-alat yang lain kapada mereka, sekiranya peladang-peladang ini tak mahu memberi kerja sama, ia akan di seksa dan di bunuh.

PKM telah mendirikan Kem-kem mereka didalam hutan-hutan yang tebal dan jauh dari penempetan tentera-tentera pemerentah, tujuannya ialah mengelakkan kem-kem mereka itu diketahui dan di serang oleh tentera pemerantah.

Bagi melasanakan cita-cita mereka untuk memerentah negeri ini PKM telah mengadakan rancangan yang besar iaitu;.

(i) Melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan merosakkan segala ladang-ladang dan
dan lombong-lombong yan berhampiran dengan hutan dimana berdekatan dengan
tempat persembunyi mereka.

(ii) Menyunsun dan memimpin satu pemberontakan rakyat dengan matalamat menawan
seluruh Tanah Melayu dan hendak mendiri sebuah kerjaan Republik Rakyat Malaya
yang bercorak komunis.

Dengan tindakan-tindakan liar dan kejam yang dilakuakan oleh puak-puak komunis itu, keadaan yang agak mengancam keselamatan negara, maka pehak pemerentah telah menistiharkan keadaan darurat, bermula dari negari Perak kemudian seluruh Tanah Melayu.

bersambung.

No comments:

Post a Comment