Thursday, October 7, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 20 )

23 Ogos 1955
Memorandum Mendapatkan Kemerdekaan.

Satu memorandum telah dihantar oleh Tengku kapada Lennox Boyd, Setiauseha Tanah Jajahan yang baru sewaktu persidangan Majlis Undangan Persekutuan. Boyd telah datang ke Tanah Melayu untuk menyaksikan perkembangan politik ketika itu. Memorandum itu mengandungi dua permintaan penting iaitu:-

1. Pemberian Kemerdekaan secepat yang Munkin

2. Perlantikan suruhanjaya bebas bagi membentuk draf perlembagaan Tanah
Melayu.

Tarikh Kemerdekaan.

Didalam Manifesto Perikatan tarikh kemerdekaan telah ditetapkan dalam masa 4 tahun dari tarikh Pilihan Raya 1955. Tarikh ini telah dipercepatkan atas tuntutan Pemuda UMNO. Tun Sardon Jubir, Ketua Pemuda UMNO telah ke Pulau Pinang pada tahun 1955 menemui Haji Ahmad Badawi dirumahnya di Kepala Batas. Turut hadir ialah Hj. Abdullah Fahim ( datok kapada Tun Abdullah Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri) yang merupakan saorang ahli Falak.

Haji Abdullah Fahim telah melihat ramalan dari ilmu falak bahawa kemerdekaan Negara tidak boleh diperlewatkan ( bukan Liwat ) bagi mengelakkan berbagai angkara dari berlaku, dan memberi tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sebagai terikh kemerdekaan.

Kalau orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain yang beragama Islam menjaga tanah air kita.

Kata-kata oleh Abdullah Fahim datok kapada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

9 September 1955
Pengampunan Beramai-ramai.

Kerjaan Perikatan pimpinan Tengku telah mengisytiharkan mengampunnan beramai-ramai kapada Komunis walaupun tidak mendapat rastu Kerjaan British.

28 & 29 Disember 1955
Rundingan Baling.

Melihat sokongan besar rakyat kapada Perikatan dan pilihan raya 1955, PKM telah menulis surat kapada Tengku untuk berunding. Pehak kerjaan diwakili oleh Tengku, Tan Chen Lok dan David Marshall ( Ketua Menteri Singapura ). PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Rundingan ini menemui kegagalan kerana PKM menolak syarat-syarat kerjaan supaya membubarkan PKM dan menerima tawaran pengampunan.

( Bermula dari sini serangan Komunis terus meningkat hingga ke tahun 1965, kalau saudara masih ingat tugu Negara pernah di Bom, Ketua Polis Perak ditembak dalam kereta dan ramai para pejurit yang mati kena serang hendap dan jerangkap samar.

Tragidi 13 Mei 1969 juga ada kaitan dengan hasutan komunis, dan hari ini komunis sudah tidak ada lagi, tetapi semangat komunis cintarasanya masih segar sebahagian rakyat negara ini sebab itu mereka bersuara mendesak agar kerjaan menerima balik Chin Peng untuk menjadi rakyat negara ini walaupun syarat-syaratnya tidak dipenuhi.

Kumpulan ini terdiri daripada keturunan mereka yang menentang kemerdekaan negara semasa
orang Melayu menentang Malayen Union dan mereka bersetuju dengan Malayen Union, yang mengsamarata taraf kewargaan negara ini. kumpulan ini tidak menerima orang melayu sebagai akar umbi.

bersambung.

No comments:

Post a Comment