Wednesday, October 6, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 19 )

27 jULAI 1955
Manifesto Perikatan.

Sebagai menghadapi pilihan raya yang bakal berlansung, Persidangan UMNO memutuskan 40 kerusi dari 52 di bahagikan kapada UMNO memandangkan 84% adalah pengundi Melayu. Setelah bertolak ansur, Majlis Kebangsaan Perikatan membuat keputusan 35 kerusi untuk UMNO, 15 kerusi untuk MCA dan 2 kerusi untuk MIC.

Ahli UMNO menerima cadangan tengku demi memelihara perpaduan dan kerjasama antara parti-parti menjelang kemerdekaan.

Manifesto Perikatan yang mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan hanya memuatkan dasar-dasar berkerja dan beruseha membentuk sebuah kerjaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Isu-isu berkaitan kerakyatan, ahak-hak istimewa orang Melayu dan bahasa Kebangsaan terpaksa diketepikan memandangkan terdapat pandangan-pandangan yang berbeza mengenainya.

27 Julai 1955
Pilihan Raya Pra Kemerdekaan 1955.

Parti Perikatan berjaya memenangi 51 kerusi dari 52 yang dipertandingkan. 1 kerusi dimenangi oleh PAS, parti-parti lain yang mengambil bahagian didalam pilihan raya 1955 selain dari Perikatan adalah Pati Negara ( ditubuhkan oleh Dato'Onn) IMP dan Malayan Parti.

31 Julai 1955
Senarai Jemaah Menteri.

Setelah kemenangan dalam pilihan raya tersebut, satu Kerjaan Peralihan telah dibentuk oleh Perikatan dengan ahli-ahli Jemaah Menteri seperti berikut.

Tengku Abdul Rahamn * Ketua Menteri & Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
Tun Abdul Razak * Menteri Pelajaran
Tun Dr. Ismail * Menteri Hasil Bumi
Tun H.S. Lee * Menteri Pengankutan
Abdul Aziz Ishak * Menteri Tanaman, Kehutanan dan Perikanan
Leong Yew Koh * Menteri Kesihatan
Tun V.T. Sambantan * Menteri Buruh
Tun Sardon Hj. Jubir * Menteri Kerjaraya
Dato'Sulaiman Dato' Abd Rahman * Menteri Kerjaan Tempatan
Tun Ong Yoke Lin * Menteri Perhubungan, Pos & Telekom

Daripada 10 orang Menteri Penoh, 6 daripada UMNO, 3 daripada MCA dan 1 daripada MIC. Menakala di kalangan Penolong Menteri, 3 adalah dari UMNO dan 1 MCA.


bersambung

No comments:

Post a Comment