Monday, May 13, 2013

MALAYSIA DAN PRU ( SAMBUNGAN )

PRU PERTAMA  19 OGOS 1959.

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Perikatan perlu mendapat mandat baru yang shah kerana malaya sudah merdeka dan di bawah kuasa sendiri, pilihanraya yang lalu  pada tahun 1955 masih di bawah penjajah  Inggeris,

Mengikut tulisan dalam buku Aisah Gani Tengku Abdul Rahman Meletak Jawatan Perdana Menteri kerana menumpukan sepenohnya kapada kempen bagi mempastikan kemenangan kapada Perikatan, masa itu serangan PAS sangat kuat dalam kempennya  orang Islam tidak boleh memilih bangsa lain yang bukan beragama Islam sebagai pemimpin.

Kalau semasa pilihanraya pra kemerdekaan peruntukan kerusi hanya  52 kawasan tapi  pada pilihan raya yang pertama telah memperruntukan sebanyak 104 kawasan pilihanraya, penambahan sebanyak 52 kawasan.

Keputusan pilihanraya pada 19.Ogos 1959 Perikatan  menang  74 kawasan dan pembangkan mendapat 30 kawasan, UMNO memenangi  52 kawasan  selebihnya dimenangi oleh komponan Perikatan 22 kawasan manakala PAS mendapat 13 kawasan.

Tun Abdul Razak Husin telah menyerah kembali kapada Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri setelah Perikatan mendapat mandat baru  untuk menerajui negara




Inilah muka pemimpin yang bertanggungjawab memerdekaankan negara dari tangan penjajah bagaimana kesyukarannya mereka menghadapi rintangan negara yang baru merdeka dengan serba kekurangan, tetapi rakyat bersama menghadapinya untuk membangunkankan negara.

Rakyat tiga kaum memahami erti kemerdekaan  ketika itu, negara masih lagi menghadapi cabaran kominis yang kuat, komunis di ketuai oleh Chimpen, ramai anggota keselamatan terkorban dan cedera dan mengalami kecacatan kekal.

Walaupun Chimpin pernah ditawar oleh Tengku untuk keluar meningalkan perjuangan komunis dalam perjanjian Baling, tetapi Chimpin bersetuju dengan syarat Parti Komunis Malaya diterima sebagai parti politik, Tengku menolak kerana parti komunis pempumyai rankaian dengan parti komunis dinegara lain.

Penentengan komunis ini semakin kuat sahingga  beberapa tahun kemudiannya.


bersambung

No comments:

Post a Comment