Wednesday, December 9, 2009

ANWAR MENGUNAKAN BTN SAMBUNGAN

Anwar tau pucuk pimpinan Umno sangat sayang dan taksud terhadap beliau sahinggakan tidak saorang manusia pun boleh menentang kekebalan yang di punyai oleh Anwar Ibrahim selagi mereka berkuasa.

Anwar bebas untuk melakukan apa-apa pun termasuk perbuatan tidak bermoral dan itu pun masih di pertahankan oleh pemimpin Umno sendiri. Begitu kuat ikatan yang telah dibina antara kedua-duanya, sahingga apabila bergaduh retaknya sudah hampir meruntuhkan negara.

Anwar memang perancang yang cekap kerana mendapat latihan daripada kumpulan CIA and Yahudi untuk memastikan beliau pemimpin Islam yang di segani.

Bagi Anwar segala-galanya perlu di rancang dengan teliti kerana dia pada masa itu adalah idola kapada mahasiswa-mahasiswi seluruh dunia Islam. Anwar semasa mula-mula di tangkap di bawah ISA bahawa ketua pada masa itu ada anak gadis yang sedang belajar di luar negara. Maka strategi di buat untuk beliau memberi ceramah di UK dan berkenalan dengan anak ketua tersebut.

Daripada situ Anwar memulakan perancangan untuk kahwin lari dengan isteri beliau sekarang di Siam dengan mengunakan rakan-rakan beliau untuk menukar-nukar kereta sebelum dapat berkahwin di sana. Bila dah kahwin, bapa mertua yang pada mula-mulanya marah dan menyampah kapada beliau akhirnya bagitu sayang kerana telah memberi banyak habuan dan imbuhan kapada kelurga beliau.

Semasa dalam kerjaan, Anwar mual mengambil alih pergerakan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara, pucuk di cita ulam mendatang kerana mereka inilah yang sahingga kini membantu pergerakan Anwar di luar negara, sebab itu dia memanggil balik semua pegawai MSD di luar Negara dan di gantikan dengan orang-orang suruhannya.

Dalam negara, Anwar mengunakan Instituasi kerjaan ( BTN ) untuk melatih kader-kadernya yang terdiri daripada ahli-ahli ABIM dan pemimpin pelajar di semua universiti. Kumpulan pensyarah pula di tarik untuk bersama dengan beliau dengan memberi bon-bon dan "pink form"
syarikat-syarikat terpilih.

Tidak hairanlah kawan-kawan beliau yang pada hari ini naik basikal esok terus bawa kereta Marzedez terbaru. Ini adalah lumrah dalam perjuangan kader-kader beliau.

Thursday, December 3, 2009

ANWAR MENGUNAKAN BTN SAMBUNGAN

Setelah Anwar menguasai keseluruhan BTN dan semua pegawai MSD di luar negara, Anwar mula merancang niat jahatnya untuk menjatuhkan Dr.Mahathir dan sewaktu dengannya.

BTN yang menumpukan kapada pelajar sekolah dan penuntut universiti diarahkan mengubah haluan kapada politik, iaitu buat kursus kapada UMNO, mempastikan ketua cawangan UMNO adalah orang ketua Bahagian, ketua bahagian sudah tentu orang yang dipilih penyokong kuatnya yang diberi bon-bon dan pink form syarikat-syarukat terpilih.

Pusat-pusat pengagian tinggi di masuki oleh ABIM, penuntut universiti di Anwarkan oleh ABIM keluar kampus jadi pegawai kerjaan penyokong Anwar, jadi ahli perniagaan penyokong Anwar,
jadi ahli politik penyokong kuat Anwar.

Ketua-ketua jabatan di hantar berkersus di IKD ( Institut Kajian Dasar) yang di terajui oleh Kamaruddin Jaafar, di Anwarkan semua ketua Jabatan menjadi penyokong Anwar, Pengetua dan Guru Besar sekolah berkursus di Institut Aminuddin Baki Genting, yang di terajui oleh Idris Jauzi, di Anwarkan semua Pengetua dan Guru-Guru Besar.

Semua kursus BTN menaikan Anwar mempaparkan kehebatan Anwar dalam segala hal, sedangkan tidak ada apa yang di lakukan oleh Anwar, cuma dalam kementerian pelajaran di tukarkan kapada kementerian pendidikan itu sahaja.

Selama 15 tahun, Anwar beruseha, berkempen dan merancang dalam selimut tampa di sedari untuk menjatuhkan pemimpin UMNO untuk memberi laluan kapada beliau menjadi Perdana Menteri.

Orang UMNO tau siapa Anwar sebelum ini, orang yang membakar Bendera Negara dan bendera Umno serta memijak-mijak cebisan bendera yang telah dibakar. Ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan ahli-ahli Umno dan juga mahasiswa di kampus-kampus kerana tindakan biadap dan kurang sopan terhadap Negara dan Umno pada ketika itu.

Ini kah orang yang di harapkan untuk membela nasib orang melayu, agama Islam ahli Umno dan Negara Malaysia ?.

Namun kerana pemimpin Umno ketika itu dengan merasakan bahawa beliau boleh menukar Anwar menjadi pemimpin Umno yang di sayangi dan di hormati oleh semua lapisan masyarakat.

Selama 16 tahun mencuba sedaya upaya, pemimpin Umno ternyata gagal dalam useha tersebut malah telah memberi bebanan baru untuk pemimpin Umno tertanggung sahinga kini. Semasa dalam Umno dan Kerjaan, Anwarlah orang yang memulakan politik wang dengan memberi imbohan kapada ketua-ketua Bahagian,Wanita dan Pemuda bagi membina empire beliau di dalam Umno yang di bantu oleh Pegawai BTN ketika itu.

Siapa yang memberi segala-galanya kapada Anwar, sahingga siapa sahaja yang ingin menegur Anwar akan di tempelak dan di tukarkan sertamerta, ini berlaku bukan sahaja dikalangan ahli UMNO tetapi di kalangan kakitangan Kerjaan, Polis dan pensyarah atau mana-mana individu yang ingin menceritakan keadaan sebenar mengenai penglibatan Anwar.

Kesemua sekali telah di tapis dan di tolak bulat-bulat oleh pemimpin Umno yang beranggapan ialah orang yang bakal mengantikan kepimpinan Umno satu hari nanti.

Setakat ini dulu akan di sambong.

Wednesday, December 2, 2009

ANWAR MENGUNAKAN BTN

Di awal BTN dulu ektivitinya banyak menumpukan kapada pendidikan, pergi ke sekolah-sekolah dan pusat pengagian tinggi IPTA mengajak terutama pelajar melayu beruseha bersunguh-sunguh dalam menimba ilmu untuk bersain dengan kaum lain.

Kerana kaum lain terlalu jauh kehadapan dari UPSR hingga ke Universiti, rasa tanggongjawab GPMS dan BTN mendekati pelajar-pelajar melayu sahingga ke perkampongan pendalaman untuk mengajak pelajar melayu supaya mampu bersain.

Dengan useha ini dari hari ke hari peningkatan kesedaran pelajar-pelajar melayu terutama diluar bandar sangat memerangsangkan sahingga ada guru-guru merasa banga dan takut untuk mempertahankan kecemerlangan pelajar di sekolah mereka untuk ditahun depannya.

Guru-guru dan ahli GPMS di jadikan sahabat untuk membantu BTN bagi mempertankan kecemerlangan pelajar hingga ke universiti, mereka tidak diberi bayaran hanya sekadar bayaran
minyak kereta sahaja, pada masa itu hampir setiap minggu program dijalankan di sekolah-sekolah kebanyakannya diluar bandar, ada sekolah yang tidak ada asrama peserta dan pasi tidur
diatas meja sahaja, demi untuk Negara, agama dan bangsa.

Program sebagini berjalan beberapa tahun, sahinggalah Anwar menjadi menteri Pelajaran,
pada ini lah Anwar mula mendekati BTN, dan bermulalah sandiwara Anwar dan kuncu-kuncunya memasuki BTN, membawa masuk rakan-rakannya dari ABIM termasuk Hassan Ali
dan beberapa orang bekas Komando dalam kursus-kursus BTN.

Pegawai-lama BTN dikeluarkan, kebanyakannya mereka ini dari kalangan guru-guru dipinjamkan ke BTN, ada diantaranya ditukar ke pendalaman. Mereka ini kebanyakannya ahli GPMS yang telah lama berperang dengan Anwar semasa di U lagi, ABIM ketika itu menyokong
PAS dan GPMS menyokong BN, Anwar tak mahu mereka ini kerana susah untuk mengunakan
mereka untuk kepentingan niat jahat Anwar.

Bukan Pegawai BTN sahaja yang di keluarkan dari BTN malah kebanyakan Pegawai MSD diluar
negara semuanya di tarik balik, mana yang guru balik ke sekolah bagi PTD dihantar ke Jabatan
yang tidak banyak berkaitan dengan masyarakat umum, dan diganti dengan kuncu-kuncunya agar senang untuk Anwar memperkudakan bagi tujuan jahatnya.

Setakat ini dulu akan disambung lagi dari seratah.

Monday, November 30, 2009

PEMBANGKANG TAKUTKAN BTN

Apabila Penasihat PKR di lantik menjadi penasihat Ekonomi negeri Selangor, orang yang bodon ekonomi beri nasihat kapada orang agak pandai sedikit ekonomi.

Apa yang di nasihatnya bukan ekonomi tetapi beri nasihat supaya negeri Selangor mengharamkan Pegawai Kerjaan negeri dan penuntut IPTS negeri menghadiri kursus BTN, kerana dia takut dan tau semasa dia jadi TPM dahulu dia gunakan BTN 100 % untuk menaikan dirinya, dan untuk menjatuhkan Dr.Mahathir.

Semasa zaman Anwar Ibrahim lah Fungsi BTN bertukar kerana digunakan untuk kepentingan
nya sendiri, dia bawa masuk pegawai-pegawai BTN dari kalangan Abim, termasuk Dr. Hassa Ali

Dr. Hassan Ali yang dianggap Islamik yang tidak Islamik, bercakap tentang Islam membuat solat kiamulai yang berbayar beriburibu.

Sebab itu dia ( Anwar ) merasa bimbang dengan perkembangan terbaru apabila PM Dato' Najib Tun Razak membawa balik fungsi BTN sebanagmana yang di asaskan oleh Ayahendanya Tun Razak, nampaknyanya fungsi BTN selari dengan 1 Malaysia.

Anwar merasa bimbang kerana difahamkan YB Mat Mazlan yang di beri tanggongjawab menjaga BTN oleh Perdana Menteri, satu ketika dulu orang yang di bawa masuk oleh Anwar kedalam BTN, dan YB Mat Mazlan tau sepak terajang Anwar Ibrahim, sebab itu Anwar kepanasan dengan BTN.

Setakat ini dulu.


Friday, November 20, 2009

PAHANG TUNTUT ROYALITI MINYAK

Sejarah penemuan minyak di negara ini pada awal tahun tujuh puluhan, seratah pernah terbaca dalam utusan melayu, ketika itu Perdana Menteri Tun Abedi Razak mengumun Minyak ditemuai di Pahang.

Tetapi ketika itu negeri Trengganu merupakan negeri yang termundur di Semenanjung Tanah Melayu, Tun Razak memberikan dahulu kapada Trengganu untuk mengeluarkan minyak dengan harapan untuk meningkatkan pembangunan dan mengurangkan kadar kemiskinan di Trengganu.

Negeri Pahang diberi pembinaan Pelabuhan agar diseimbangkan pembangunan, tetapi pelabuhan Kuantan menghadapati masalah dalam pembinaan sahingga keliwatan berlaku beberapa tahun.

Pada peringkat awal perancangan pembinaan pelabuhan tersebut, pelabur dari dalam dan luar negara sudah mula datang ke negeri Pahang khasnya di Gebeng kawasan Industrian, tetapi oleh kerana keliwatan pembinaan pelabuhan tersebut, satu demi satu meningalkan negeri pahang.

Apabila Perlabuhan siap baru pelabur datang semula tetapi agak berkurangan, sebagaimana sebelumnya.

Bererti Minyak memang ada di perairan negari Pahang, walaupun perairan belum lagi digali pengeluarannya tetapi seabagaimana yang di suarakan oleh salah saorang ADUN meminta royaliti minyak ada kebenarannya, kalau Kelantan diberi wang Ihsan, kenapa tidak negeri Pahang juga mendapat habuan yang sama, sedangkan Pahang dibawah pemerentahan BN sealiran dengan Kerjaan Pusat.

Munkinlah masa ini kesesuaian untuk mengeluarkan minyak diperairan Negeri Paahang tidak begitu sesuai, tetapi tidak bererti Negeri Pahang tidak mempunyai sumber minyak.

Kalau Semasa Tun Razak mengumumkan Minyak ditemuai di Pahang, dan eloklah dizaman anaknya merealisasi apa yang di perkatakan oleh Ayahendanya.

PAHANG DARUL MAKMUR.

Tuesday, November 17, 2009

PERJALANAN KE TANAH SUCI

Diawal-awal musim haji baru-bari ini berbagai cerita kita dapati bagi mereka yang ingin menunaikan haji ke tanah suci Mekah.

Salah saorang jemaah haji tahun ini bershukur kerana termakbul juga hasratnya untuk menunaikan Haji keran usehanya BERTAHUN-TAHUN MENYIMPAN DUIT HASIL DARI MENGURUT.

Begitu gigih hamba Allah ini berjimat cermat menyimpan duit hasil setiap kali mendapat upah perkhidmatan mengurutnya seberapa ikhlas yang di sumbangkan oleh orang yang mendapatkan khidmatnya.

Semoga hamba Allah ini mendapat haji yang Mabrul.

Tetapi bagitu memalukan ada orang mengharapkan tajaan untuk menunaikan Haji, sedangkan dia mampu segala-galanya malah dia mampu menaja orang lain untuk pergi bersamanya.

Tahun hadapan beliau bersedia menerima sesiapa sahaja untuk menaja pemergiannya ke Mekah untuk menunaikan Haji,

Apakah ini sikap dan pemikiran saorang yang dianggap hebat dan saorang yang memimpin negeri menawarkan diri untuk ditaja pemergian ke tanah suci.

PEMINTA SEDEKAH VVIP

Fikir-fikirkan lah sendiri.

Thursday, November 12, 2009

SENDIRI BUAT BOLIH ORANG LAIN BUAT TAK BOLIH

Ludah ke langit jatuh ke muka sendiri, bidalan yang diberi oleh orang tua-tua dulu amat tepat sekali kerana, semasa pemerentahan BN Pas mengunakan masjid untuk politik beberluasa bukan sahaja di Selangor malah di merata tempat di Negara ini, apabila ada teguran dibuat oleh Jabatan Agama negeri-negeri, PAS menuduh kerjaan BN tak mahu Agama.

Seratah banyak tampat pergi di negara ini banyak masjid dikuasai oleh penyokong PAS, mereka mengundang penceramah yang tidak mendapat tauliah dari Jabatan Agama negeri tersebut, bagitu juga dengan Khutbah Jumaat.


Pehak masjid tetap laksanakan walau pun di larang oleh jabatan Agama, tetapi kerjaan BN tidak sampai memberhentikan Imam tersebut, PAS bermaharajalela mengunakan masjid untuk kepentingan politiknya.

Tetapi hari ini apabila Pas ada Kuasa di Selangor mereka terus memecat Imam dan menahan penceramah yang tidak bertaulih, kalau lah semasa BN berkuasa dahulu di Selangor seratah merasakan lokap Polis di penohi dengan penceramah Agama yang tidah bertauliah dan setiap minggu Imam di pecat kebanyakan masjid di negeri tersebut.

BN tidak sezalim itu, BN banyak betolak ansur walaupun telinga sakit mendengarnya segala tomahan sewaktu Khutbah, Mantan PM Tun Dr. Mahthir pernah di sindir semasa Khutbah disebuah masjid di Trengganu semasa Pas perentah Trengganu, Tetapi Imam UMNO tidak melakukan seperti itu hormat tetamu allah, tetapi Imam Pas kadang-kadang biadab merasakan
terlalu hebat.

Ilmu dituntut dipadang pengalaman diambil semasa pilihanraya kecil itulah jadinya macam tong kosong, bunyi sahaja yang kuat tetapi isinya kosong, bukan semua tetapi banyak yang begitu.

Seratah merasa bimbang kapada keadaan sebaginirupa, kerana ada petua.

Kalau hendah menghilangkan rasa masin ikan masin, rendam didalam air garam supaya mengurangkan rasa masinnya, bagitu juga hendak hancurkan Agama Islam dengan orang Islam sendiri, dan hendak hancurkan Melayu dengan Orang Melayu sendiri, sebab itu kita dapati hari ini persenketaan hanya Melayu dengan Melayu sahaja,Islam dengan Islam.

Cubaan yahudi untuk menjahanamkan Islam itu munkin berjaya kerana hari ini orang Islam di negara ini sudah tidak mahu bersatu lagi, sedangkan ajaran Islam itu mengajar penganutnya bersatu jangan berpecah belah, tetapi tidak terjadi di ngara ini, dimana silapnya????.!!!!!.