Wednesday, August 6, 2014

SJKC SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

Perlu atau tidak ?.


Dimasa negara dijajah Inggeris   hanya ada sekolah Inggeris dan sekolah Cina di Tanah Melayu, sekolah Inggeris yang pertama didirikan pada 1819 Penang Free Scholl bagi orang melayu hanya ada sekolah pondok yang dikawal oleh Inggeris.

Selepas 70 tahun baru ada sekolah untuk orang melayu  yang dipangil Pendidikan Vamakular, yang setakat boleh membaca menulus dan mengira sahaja, itulah nasib orang Melayu dibiarkan oleh penjajah, kerana mereka mempunya matalamat.

Metalamat mereka  Bodohkan Melayu, Miskinkan Melayu, agar mudah mereka mentadbir Tanah melayu dan mengaut segala hasil maksor Tanah Melayu untuk dibawa balik ke London, orang Melayu terbiar bagitu sahaja, berbanding denga kaum Cina mereka mendapat apa yang mereka mahu  Pendidikan dan Ekonomi, merika bersekolah Inggeris dan sekolah Cina kerana mereka berada dibandar.

Sahinggalah  Tanah Melayu Merdeka, yang mana diadakan pakatan murni diantara kaum, yang mana fasa 152  dalam perlembagaan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa lain boleh digunakan dalam bertutur seharian.

Persetujuan telah diambil diantara kaum, tiada lagi didirikan sekolah Jenis Kebangsaan yang baru cuma mengekalkan apa yang sedia ada, oleh kerana untuk mengekalkan persefahaman kaum  itulah dikekalkan sekolah jenis kebangsaan, sepatutnya sekolah jenis kebangsaan sudah tidak ada lagi kerana kita menerima bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Melayu terlalu berlembut dalam segala hal, termasuk yang paling mahal ialah tentang warga negara, memberi kerakyatan secara beramai-ramai dalam satu masa, yang tak pernah dibuat oleh mana-mana negara di dunia ini, hanyalah Melayu sahaja yang melakukannya.

Itupun tidak dihargai oleh mereka malah menjadi sombong dan tak mahu menerima Melayu sebagai pribumi dan menuntut berbagai-bagai yang seharusnya mereka tidak pertikaikan lagi, memohon sama taraf pribumi, ini tuntut pula penambahan  SJKC, baru-baru ini mereka dah dapat sebuag SMJK di Kuantan, yang tak sepatutnya diberi, demi nak menjaga hati mereka untuk memberi sokongan kapada BN, tapi malangnya malah mereka bertambah menyokong pembangkang sahingga di Perlimen Indra Mahkota satu kerusi pun tak dimenangi, bagitu juga kebanyakkan Perliman di Bandar semua dikuasai oleh Pembangkang, kerana kaum Cina menolak BN dan mengharapkan DAP akan berkuasa di negeri ini.

Ini kalau tak di layan permintaan mereka adalah alasan mereka menolak BN, malah ahli MCA sendiri tidak mengundi BN.

Yang penting sekarang kita jaga hati melayu pujuk mereka agar kembali bersatu untuk mempastikan melayu berkuasa ditanah airnya sendiri.

SOALANYA PERLU ATAU TIDAK SJKC, JAWAPANNYA TIDAK MALAH DICADANGKAN YANG SEDIA ADA DI TUKAR KAPADA SEKOLAH KEBANGSAAN SAHAJA DAN DITAMBAH MATA PELAJARAN  DEMI MASA DEPAN PERPADUAN KAUN YANG DIPUPUK DARI REBONG LAGI.

Wednesday, June 4, 2014

TUN DR. ISMAIL DATO' HJ ABDUL RAHMAN

sambungan.


Timbilan Perdana Menteri KeDua.

Apabila negara telah pulih selepas peristiwa 13 Mei  1969, Tun Abdul Razak telah dipilih sebagai Perdana Menteri kedua, telah melantik Tun Dr. Ismail sebagai Timbilan Perdana Menteri pada 1971, Tun Dr.Ismail telah menampilkan prestasi kerja yang amat membanggakan satu gandingan yang amat mantap  Tun Razak dengan Tun Dr. Ismail,  beliau banyak membantu meringankan tugas-tugas serta tekanan yang dihadapi oleh Tun Razak ketika itu.

Tun Dr. Ismail pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika Tengku Abdul Rahman dan Tun Razak berada di luar negara.

Allah lebih sayangkan Tun Dr. Ismail beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 ogos 1973 akibat sakita jantung, beliau menyembunyikan kesihatannya kapada umun boleh dikatakan hanya orang yang tertentu sahaja yang tau beliau sakit.

Satu ungapan yang beliau nyatakan yang sangat terkenal hingga kehari ini iaitu JANGAN SAPU KE BAWAH PERMAIDANI, ungkapan ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup bagitu saja, sahingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.

Pemergian beliau negara kehilangan sebutir permata, beliau merupakan pemimpin tulin yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dari kepentingan pribadi, melihat negara baru mencapa usi setahun jagung ketika itu.

TUN DR. ISMAIL DALAM KENANGAN  AL FATIHAH BUATNYA.

Tuesday, June 3, 2014

TUN DR.ISMAIL DATUK HJ ABDUL RAHMAN 1915 -- 1973



Dilahirkan pada  4 November  1915 di Johor Baharu Tokoh ini disegani oleh kawan dan lawan.

Anak kelihiran Johor Baharu mendapat pendidikan awal di  sekolah Bukit Zaharah, dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di Johor Baharu, setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat menengah, melanjutkan pelajaran ke kolej perubatan King Edward, Singapura dari tahun 1936 hingga 1939.

Selepas itu beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di  Queen's College Melbourne University, Australia sahingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan pada tahun 1945 beliau mendapat penghargaan dan menjadi anak melayu pertama yang lulus Ijazah Perubatan dari University tersebut. sekembalinya ketanah air , beliau menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Klinik Tawakkal di Johor Baharu.

Tun Dr. Ismail mula menempah nama di persada politik apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri Johor dari tahun 1948 hingga  1954, pada peringkat persekutuan pula, kerjaya politik Tun Dr. Ismail  apabila mula menyertai UMNO pada 1951 setelah Dato Onn Jaafar meletak jawatan dan Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj diangkat sebagai Presiden UMNO, beliau juga menganggotai Majlis Perunding Persekutuan yang ditubuhkan oleh Sir Garald Templer pada 1955 dan setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Tanah, Perlombongan dan Perhubungan dalam kebinet Persediaan Tengku Abdul Rahman.

Beliau merupakan salah saorang anggota rombongan ke London pada Fabruari 1956 bagi  merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada tahun 1957 hingga 1959 beliau telah dilantik menjadi Duta Malaya ke Amarika Syarikat yang pertama atas keprcayaan negara kapada beliau yang bijaksana dan kepetahan berhujah mengemukakan idea serta sikap optomis beliau terhadap masa depan Negara, pada taun yang sama juga sebagai wakil Malaya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sebaik pulang ke tanah air khidmat dan pengalaman luas beliau dalam politik amat diperlukan dan beliau dilantik  Menteri Perdagangan dan Perindustrian  buat kali kedua, serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun 1960 hingga 1967.

Atas sebab kesihatan, Tun  Dr. Ismail bersara seketika daripada politik  negara dan menjalani rawatan kenser di London, Namun desakan keadaan selepas peristiwa 13 Mei 1969, Tun Dr.Ismail mengetepikan segala masalah kesihatan yang dihidapinya demi agama Bangsa dan Negara beliau menerima lamaran Tun Abdul Razak untuk kembali melibatkan diri  dalam kancah politik demi kepentingan negara.

Beliau dilantik sekali lagi sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan bertanggungjawab membantu Tun Razak meredakan ketengangan dalaman dan sebagaibTimbilan Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

bersambung.

Friday, May 9, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO

sambungan

Liku-liku Perjuangan UMNO 


Dalam persidangan kongres tergempar yang diadakan pada  30 dan 31 Mac 1946 yang mengambil beberapa ketetapan, salah satunya  mengutus kawat kapada kepten  Gammans dan Lt. Col. Rees Williams meminta mereka datang ke tanah melayu  untuk berunding dengan orang-orang melayu.

15 April 1946  Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat di Istana Iskandariah  Kuala Kangsa Perak bagi membingkan isu Malayen Unian, dengan sebulat suara semua Raja-Raja Melayu menolak penubuhan Malayan Union, dan menghantar surat bantahan kapada kerajaan Inggeris di London.

Dalam tempoh itu orang Melayu  tidak henti-henti membuat bantahan dengan mengadakan himpunan bagi menunjukkan kapada Inggeris bahawa orang Melayu sangat tidak bersetuju dengan pemeretahan Malayen Union.

Inggeris tetap juga meneruskan penguatkuasaan pemerintahan Malayen Union  bermula dari 1 April  dan tidak menghiraukan bantahan orang Melayu.

UMNO terus berjuang untuk membebaskan dari cenkaman penjajah maka pada 11 Mei 1946 kongres Melayu ketiga diadakan di istana besar Johor Baru, maka dengan rasminya UMNO di tubuhkan.

sekian







Thursday, May 8, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO


sambungan


Liku-liku Menuju Kemerdekaan.


Selepas Jepun meletak senjata pada tahun  1945 apabila  dua butir bom atom digugukan di Hirosima dan Nagasaki yang membunuh ribuan maknusia akhirnya Jepun membuat keputusan untuk tidak berperang lagi dan akan berperang dengan ekonomi, akhirnya mereka berjaya.

Inggeris kembali semula ketanat air ini dengan membawa misi baru iaitu untuk berkuasa lebih lagi yang mana memperkenalkan Malayan Union ditanah air ini, Mac Michael yang diutuskan oleh kerjaan Inggeris secara paksa kapada Raja-raja melayu untuk menendai surat perutusa persetujuan untuk menyerahkan negeri-negeri di Tanah Melayu kapada Raja Inggeris.

Dengan penyerahan  kuasa Raja kapada Inggeris maka Raja-raja Melayu sudah tidak ada kuasa lagi kapada negeri-negerinya kecuali hanya yang berkait dengan  Agama dan ada istadat sahaja, sedangkan mesyuarat Raja-Raja Melayu di pengerusikan oleh orang Inggeris.

Apabila pekara ini diketahui oleh rakyat, maka keseluruhan rakyat bangkit membantah, cendakawan melayu ketika itu seperti Tuan Zainal Abidin Ahmad ( Za'ba) Datuk Panglima Bukit Gantang serta Dato Onn merancang untuk diadakan satu kongres melayu mesti diadakan untuk menentang kemaraan Inggeris untuk menubuhkan Malayen Union.

Atas persetujuan pemimpin-pemimpin kesatuan melayu negeri-negeri, sebanyak 42 buah persatuan bergabung  bersetuju untuk mengadakan kongres melayu, paka pada  1 Mac 1946 perhimpunan penyatuan melayu pertama diadakan di Kuala Lumpur selama tiga hari.

Dengan belangsungnya kongres tersebut  Datuk Onn telah dipilih sebagai Yang dipertua bagi memimpin pertubuhan tersebut yang dinamakan UMO, United Malays Organisation, cadangan Datuk Onn dan Za'ba menambah dengan National, menjadi UMNO.

Inggeris tetap meneruskan rancangannya untut menubuhkan Malayen Union walau pun mendapat penentangan oleh orang Melayu seluruh negara ketika itu puluhan ribu orang melayu berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayen Union.

Pada 30 dan 31 Mac 1946 satu kongres tergempar diadakan bagi memujuk Raja-Raja Melayu tidak menghadiri pelancaran penabalan Gabno Tanah Melayu, Datuk Onn dan pemimpin Melayu mengadap Raja-raja melayu merayu agar tidak menghadiri pertabalan tersebut, Raja-raja Melayu bersetuju untuk tidak hadir ke penabalan Gabno Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu terharu dengan taat setia rakyat kapada raja-raja ada yang menitiskan air mata apabila rakyat melaongkan Daulat Tuanku Hidup Melayu dan patik semua bersama Tuanku.

Inggeris tetap juga mengadakan penabalan gabnonya iaitu Sir Edward Gant pada 1 Aril 1946 di padang Selangor Kelab, yang mana tidak seorang pun raja-raja melayu hadir begitu juga dengan ahli-ahli majlis penasihat Gabno yang terdiri dari orang melayu turut tidak hadir.

Dalam Kongres tergempag itu telah memutuskan semua orang melayu berkabung iaitu melilitkan kain putih disongkok selama satu minggu bermula dari  1 April hingga 7 april 1946.

Berkabung ini menanda berdukacita kerana melayu dah mati, sebab itu ketika itu laongan teriakan semasa perhimpinan melayu iaitu  HIDUP MELAYU untuk meniup semangat perjuangan.


bersambung.

Tuesday, May 6, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO


HARI  UMNO  11 MEI  1946


Pada setiap tahun  sejak penubuhan  UMNO akan mengadakan program atau majlis sempena memperingati hari tertubuhnya  UMNO pada  11 mei 1946.

Perjuangan UMNO adala perjuangan suci keran untuk menghalau penjajah dari negara ini yang telah berkuasa hampir 500 tahun,  sejak kejatuhan kerjaan Melayu Melaka pada 1511 hingga ke 1957 bila Tanah Melayu Merdeka.

LIKU-LIKU MENUJU KEMERDEKAAN.

semasa inggeris berkuasa di tanah melayu Inggeris mencabuli hak orang Melayu  mereka menindas orang Melayu berbagai sudut, ekonomi pendidikan dan sosial.

Ekonomi, mereka membiarkan kita hidup cara lama, tidak ada pembangunan untuk orang Melayu, masa tu kita dalam era pertanian lansung tidak diberi  perhatian, orang melayu menanam padi bergantung kapada air hujan hujung tahun, nelayan  pun tidak diberi peluang yang baik.

Pendidikan  orang Melayu dibiarkan bodoh  tiada sekolah untuk orang melayu, sekolah pertama didirikan pada 1819 Penang Free School, ini sekolah inggeris, selepas itu bercambah sekolah inggeris berada disetiap bandar utama dinegeri-negeri lain, kebanyakkan orang Melayu tingal di luar bandar, semua sekolah inggeris berada di bandar, hanya segelintir sahaja yang memasuki sekolah inggeri.

Pendidikan orang Melayu hanya setelah 70 tahun selepas Penang Free Scool 1819 yaitu pada 1890 sekolah atap  itu pun hanya setakat derjah  3 sahaja setakat hanya pandai membaca mengira dan menulis saja, berbeza dengan kaum lain yaitu Cina mereka tingal dibandar mereka bersekolah inggeris dan bersekolah Cina.

Kaum India hampir sama senasib dengan orang Melayu mereka dibiarkan diladang getah kepunyai orang Inggeris lansung tak ada pendidikan, Inggeris mencorakkan cara pecah dan perintah, Melayu di kampong, India diLadang dan Cina dibandar, ini memudahkan mereka mengawal dan mengikis sumbar alam negara ini.

 bersambung.

Monday, February 10, 2014

KESAN PRK KAJANG

Mengurangkan Kuasa Raja


Pada 11 Fabruari iaitu esok har penamaan calun bagi DUN Kajang dan pada 23 Fabruari hari memmuang undi, pada malam itu kita akan ketahui keputusannya, kita pun memang dah jangka Anwar memang menang kerana sokongan orang cina cukup padu kenana ingin meruntuhkan kekuasaan Raja Melayu.

Apabila Anwar menang Anwar akan minta Khalid letak jawatan dan Anwar memohon mengadap Sultan Selangor untuk angkat sumpah sebagai Menteri Besar, sekiranya Tuanku Sultan Menolak Anwar sebagai Menteri Besar, Anwar akan akur dan caca terhomat mengangkat Azmin Ali menjadi menteri besar.

Dengan cara ini terkabullah  janji Anwar kapada Azmin untuk dilantik menjadi Menteri Besar, tetapi Agenda Anwar untuk membuang Raja akan bermula dengan kempennya kerana Sultan menolak beliau menjadi Menteri Besar.

Anwar akan menarik gulungan muda yang dah sedia tak berapa minat dengan Raja-Raja  untuk mencari sokongan untuk membuang raja dengan undi tidak percaya rakyat kapada Duli Tuanku Sultan walau pun dalam masa tempoh yg agak lama tetapi episud membuang Raja telah bermula dengan Selangor.

Pekara ini akan merebak ke negeri-negeri lain yang juga ada masalah rakyat yang kurang senang dengan sikap Raja-Raja yang mereka nampak yang tidak menguntungkan Negara.

Seratah pernah diberi tahu oleh bekas Menteri Dalam Negeri Allahyaraham Tan Sri Ghazali Shafee tentang niat Anwar nak jadi Presiden Ripablit of Malaysia, dia akan membuang Raja-Raja Melayu dan akan Istiharkan negara ini sebuah negara Ripablit sekiranya dia dapat memerintah.

Oleh itu kita berfikirlah.