Monday, June 15, 2009

Apa Kata Anwar.

Baru-baru ini seratah sengaja geledah kebinit buku yang terdapat dirumah seratah, beberapa buku yang tersimpan didalam kebinit tersebut, terjumpa sebuah buku yang bertajuk apa kata anwar.

Seratah kongsi bersama pembaca blog seratah.

Mukadimah.

Kata-kata saorang pemimpin yang berhemah haruslah lahir dari pandangan yang jauh, pemikiran yang matang serta pendapat yang konsisten. Setelah duluahkan, kata-kata saorang pemimpin itu akan terus terakam dan diingati.


Walaupun jika kedudukan dan status pemimpin itu berubah, tanda kebenaran dan kehebatan kepimpinannya ialah sejauh mana ucapan, fikiran dan pendapatnya berkesinambungan. tidak bertukar-tukar, tidak dolak-dalik dan tidak tiba-tiba menolak apa yang telah dipegang sebelumnya.

Setelah begitu lama berada dalam golongan yang menerajui negara, bahkan salah saorang tunggak kepimpinan UMNO, sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkecimpung dalam
pesada kuasa itu mempunyai banyak kata-kata dan pendapatnya yang diketahui umum. Selama
masa dalam kuasa, kesemua kata-katanya itu harus konsisten dan sepatutnya boleh dipercayai,
agar sifat kredibiliti dirinya tidak disoal.


Sabda Rasuallah S.A.W. yang bermaksud.

Hendaklah kamu bersifat benar, sesungguhnya benar itu membawa kapada kebaikan, dan kebaikan itu mambawa kapada syurga dan sesungguhnya orang yang melatih dirinya bersifat benar akan menjadi orang yang dikenali sebagai perabadi yang jujur dan benar. Manakala berdusta itu membawa kapada maksiat dan maksiat itu membawa ke neraka. Sersaorang pendusta akan ditulis di sisi Allah sebagai saorang yang sangat pendusta.


Buku kecil ini mengumpulkan pelbaga pandangan dan pendapat Datuk Sri Anwar Ibrahim mengenai UMNO, kepimpinan Dr. Mahathir dan lain-lain pekara berkait, dari masa kemasukan
nya ke dalam UMNO hinggalah pemecatannya.

Apa Kata Anwar.

TENTANG dATO' SERI DR MAHATHIR

Saya memilih UMNO untuk meneruskan perjuangan saya kerana perubahan-perubahan besar yang telah dibawa oleh pentadbiran Dr Mahathir dalam menegakkan syiar Islam dan memperjuangkan kepentingan masyarakat. Saya kagum dengan useha-useha Perdana Menteri
untuk memerangi rasuah, menghapuskan kemiskinan dan memelihara kepentingan orang-orang melayu.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya rasa UMNO sekarang sudah mempunyai potensi dan ruang dalam memperjuangan dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang menjadi impian saya. saya sendiri dan para belia yang sehaluan dengan saya telah menganggap Datuk Sri Dr. Mahathir sebagai Hero kami berdasarkan apa yang
deperjuangkannya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya sangat tertarik dengan sikap Perdana Menteri Dato' Dr.Mahathir kerana sejak beliau memgambilalih pucuk pimpinan negara, kerjaan sekarang adalah terbuka kapada rakyat.
Olah kerana pucuk pimpinan mengambil sikap yang responsif, maka kita juga harus mengambil sikap yang bertanggungan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya telah nampak Perdana Menteri Dato' Sri Dr. Mahathir menunjukkan keikhlasannya dalam
melaksana segala yang termampu dalam bidang kuasanya untuk kebaikan negara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Hanya tuhan sahaja yang tahu mengenai NIAT dan tujuan saya menyertai UMNO.

( Anwar Ibrahim berkata dalam sidang akhbar semasa Dato' Sri Dr. Mahathir mengumumkan kemasukannya ke dalam UMNO di Pejabat Perdana Menteri di Kuala Lumpur
pada 29 Mac 1982.)

1 comment:

  1. Itulah sifat-sifat sebenar Anwar, bijak mengeluarkan kata-kata, tetapi dia mudah lupa apa yang dia cakap, dia tidak tahu yang mendengar tidak mudah lupa.

    Kebijaksanaan Anwar berpedato memang tak dapat disangkal, kalau tidak masakan NIk Aziz terlentok bila dia bercakap, kalau tdak masakan ada yang rela jubur di jolok, pasal Anwar pakar merayu, memujuk..... Kalau tak percaya tanya Wan Azizah.......

    ReplyDelete