Monday, June 8, 2009

Sambungan Memahami Sejarah.3


Pada 28.Fab.1945 satu masyuarat diadakan oleh Tuan Zaabar dan dibantu oleh Dato' Hamzah Abdullah selaku Menteri Besar Selangor membincangkan untuk menganjurkan kongres pertama.



Apa yang dirancang telah pon dilaksanakan, pada 1 Mac.1946 seramai 107 orang wakil dari 42 buah pertubuhan yang hadzir dan seramai 56 orang pemerhati menghadziri kongres yang penoh bersejarah bertempat dibangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru Kuala Lumpur.



Kongres tersebut telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, disini bermulanya sokongan
Raja-Raja melayu terhadap perjuangan menentang Malayen Union.


Didalam kongres tersebut Datuk Onn telah dipilih sebulat suara sebagai pengerusi persidangan,beliau telah berucap didalam kongres tersebut, menyeru kapada para perwakilan supaya bersatu.
Ucapan Datuk Onn yang pertama ini telah membakar semangat ahli-ahli kongres dan
bangsa melayu selurohnya. Telah muncul saorang pemimpin agung melayu yang sedang dinanti-nanti bagi membari pembelaan kapada umat melayu sewaktu kedudukan melayu terancam.

Kata-kata Datuk Onn seperti.


Bersatulah sebagaimana belum pernah kita bersatu dahulu dan berusehalah sebagaimana belum pernah kita beruseha. Tunjukkanlah bahawa kita sebenar-benar keturunan datuk-nenek kita yang menghadap merbahaya dengan bersatu hati.
Dengan bersatu hati itu sahaja akan dapat kita mengadap masa yang akan datang dengan harapan akan jaya cita kita iti.



Satu ketetapan telah dibuat hasil dari kongres selama emapt hari tersebut, telah menolak perjanjian Mac Michael dan mendesak kerjaan British supaya menarik balik rancangan Malayen Union dengan segera.

4.Mac.1946


Telah mengistiharkan ketetapan Kongris kapada orang ramai.


Pada hari terakhir kongris satu perhimpunan orang-orang melayu telah diadakan Di Dewan Bandaran Kuala Lumpur bagi mengisytiharkan kuputusan kongres. Dewan yang penoh sesak bergema dengan tepukan gemuruh mereka yang hadir .
Berhenti setakat ini dulu.

No comments:

Post a Comment