Thursday, June 11, 2009

Bahasa Inggeris Wajib Lulus SPM

Menteri Pelajaran telah memberi ruang kapada rakyat untuk memberi pandangan berhubung dengan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai wajib lulus SPM.

Dalam isu ini ada baik ada buruknya, tetapi banyak kebaikan sekira dia dirancang dengan begitu teliti, seperti juga dengan PPSMI dia sangat baik tujuannya.

Semasa itu PM Dr. Mahathir mengistiharkan bahawa sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris, setelah mendapat pandangan dari kebanyakan pensyarah2 Universiti yang melapurkan kelemahan pelajar melayu di universiti dalam bahasa inggeris, dalam muzakarah Dr. Mahathir bersama pensyarah2 tersebut itulah lahirnya satu cara untuk mempercepatkan anak melayu bagi memahirkan bahasa inggeris.

Kerana kebanyakan buku-buku di U dalam bahasa inggeris untuk mentejemahkan nya memakan masa yang lama dan juga terdapat kekurangan pentejemah2 buku-buku tersebut kedalam bahasa melayu.

Cara terbaik yang dipikirkan ketika itu oleh pemikir2 berhubung dengan masalah penuntut kita kat U, demi pencapaian terbaik, kerana kalau dibandingkan diantara penuntut melayu dengan bukan melayu jauh bezanya kerena mereka menguasai bahasa inggeris, anak melayu menjawab betul tetapi kurang tepat, merkahnya rendah berbanding dengan bukan melayu.

Maka kerjaan melaksanakan dasar tersebut, dengan banyak tetangan dari semua sudut termasuk guru2 sendiri.

Pada pandangan seratah dasar ini sangat baik tetapi perlaksanaannya terlalu cepat, sepatutnya kerjaan melatih guru-guru yang terlibat lebih lama sikit sekurang-kurangnya 4-5 tahun sahingga guru tersebut bagitu mahir, baru dimulakan mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Yang jadi masalahnya guru yang terlibat tidak begitu mahir dengan bahasa inggeris terus mengajar, kalau kat luar bandar agak tidak menjadi masalah kerana muridnya tidak mahir berbahasa inggeris, tetapi di bandar murid lebih mahir dari guru berbahasa inggeria kerana mereka dirumah mengunakan bahasa inggeri. berbanding dengan anak melayu dirumah mengunakan bahasa ibunda derngan lorat ibunda masing2.

Dalam hal wajib lulus ini juga harus membuat latih tubi bahasa inggeria terutama kapada pelajar melayu yang diluar bandar bermula dari peringkat PMR sahinggalah sampai ke SPM, kalau boleh diperingkat PMR itu pepereksaannya hanya untuk menilai kecekapan pelajar sahaja untuk diletak dalam kategori yang mana bagi pelajar menduduki tingakat emapt.

Kalau di lakukan secara sunguh2 ia akan berjaya, kerana negara akan datang memerlukan rakyat yang mahir bahasa inggeris dan juga bahasa-bahasa lain seperti bahasa Arab bagi menghadapi Globalisasi.

Buat kata Bakas Ketua pengarah Pelajaran Malaysia Abdul Rahman Arsad TELITI SEMUA SUDUT SEBELUM WAJIBKAN CALON SPM LULUS BAHASA INGGERIS, yang jadi masalah nanti pelajar bumiputra, bagi kaum lain tak menjadi banyak masalah kerana mereka sebahagian besar mahir berbahasa inggeris dari kecil lagi.

1 comment:

  1. salam ukhuwah
    jemput ziarah blog ana di pedangsrikandi.blogspot.com

    ReplyDelete