Wednesday, August 25, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU (6)

1 APRIL 1946
MEMUJUK RAJA-RAJA MELAYU SUPAYA TIDAK HADIR
KE MAJLIS PERLANTIKAN GABNOR.

Dato' Onn bersama-sam Dato' Haji Wahab bin Toh Muda dan Dato' Nik Ahmad Kamil pergi menemui Raja-Raja Melayu di Station Hotel, Kuala Lumpur bagi merayu kapada mereka agar tidak menghadiri majlis perlantikan Gabnor Malayan Union.

Beribu-ribu orang Melayu memakai songkok berlilit kain putih tanda BERKABONG berkumpul berasak-rasak di hadapan Station Hotel melaungkan "Daulat Tuanku" dan "Hidup Melayu".

Dato' Onn menegaskan kapada Raja-Raja Melayu bahawa kerjasama mereka adalah perlu untuk mengelakkan rakyat Melayu dari menderhaka. Dengan bantuan Sultan Ibrahim dan desakan orang-orang Melayu yang berada disitu, Dato' Onn berjaya memujuk Raja-Raja Melayu agar memulaukan istiadat pertabalan itu.

RAJA MENANGIS.

Raja-Raja merasa amat terharu dengan keadaan ini, lalu berangkat turun menemui rakyat yang berkumpul di luar. Dengan airmata yang berlinang, salah saorang daripada Baginda telah bertitah "Sabarlah" sabarlah. Kita di pihak yang benar, Tuhan akan menyertai pihak yang benar.

Didalam suasana hiba itu, terdengar suara salah saorang, Kami telah membawa Raja-Raja turun dari atas ke bawah. Kami tidak sampai hati hendak menurunkan baginda terus menerus. Kami hanya hendak menyatakan bahawa kami sekelian adalah berdiri menyokong baginda-baginda.

Raja-Raja Melayu akhirnya akur dengan permintaan rakyat dan memulaukan upacara tersebut. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Raja-Raja dan orang Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan.

PERASMIAN KERJAAN
Malayan Union.

1 April 1946
PERASMIAN KERJAAN MALAYAN UNION.

Kerjaan Malayan Union dirasmikan dan Sir Edward Gent mengangkat sumpah sebagai Gabnor.
Tiada seorang pun Raja- Raja dan orang besar atau orang kenamaan Melayu yang hadir.


bersambung




No comments:

Post a Comment