Tuesday, August 24, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 5 )

PERBAHASAN AHLI-AHLI PERLIMEN BRITISH.

Surat-surat bantahan Raja-raja Melayu telah dibaca oleh Kapten L.D Gammans, ahli perlimen British di dalam perbahasan berkenaan dengan Malayan Union di Dewan Orang Ramai (House of Commons) British. Beliau telah memberi amaran kapada Dewan bahawa pekara ini boleh menjadi pertumpahan darah dan huru-hara jika tidak diatasi. Sir John Barlow pula mengingatkan bahawa Sultan-Sultan ini telah diugut.

KERJAAN BRITISH MENGISYTIHARKAN TARIKH
KUAT KUASA PERJANJIAN MALAYAN UNION.

Tampa menghiraukan tentengan orang Melayu, Kerjaan British terus mengisytiharkan tarikh kuat kuasa perjanjian Malayan Union pada 1 April 1946. Pada tarikh tersebut Sir Edward Gant mengangkat sumpah sebagai Gebnor bagi Kerjaan Malayen Union.

30 - 31 Mac 1946.

KONGRES TERGEMPAR.

Dato' Onn memanggil satu kongres tergempar di pejabat akhbar Majlis bagi membincangkan tindakbalas terhadap kerjaan British. Hasil dari perbincangan kongris tersebut persidangan mencapai keputusan berikut:-

1. Meminta semua orang Melayu di seluruh Tanah Melayu berkabung dengan melilit kain putih di songkok pada 1 hingga 7 April 1946 tanda berdukacita atas kedatangan Malayan Union.

2. Memohon DDYMM Sultan-Sultan Melayu supaya tidak hadir dan tidak campur tangan di dalam istiadat menyambut Gabnor Malayen Union.

3. Ahli-ahli kongres yang telah ditawarkan menjadi ahli Majlis Penasihat Gabenor akan menarik diri daripada lantikan itu.

4. Meminta orang-orang Melayu supaya tidak menerima perlantikan mana-mana Majlis, Lembaga atau Jawatankuasa. Sekiranya tidak mematuhi arahan ini mereka akan dipulau.

5. Persidangan juga telah mengambil keputusan mengutus kawat kapada Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams meminta mereka datang ke Tanah Melayu untuk berunding dengan Orang-orang Melayu.

bersambung.

No comments:

Post a Comment