Thursday, August 19, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 2 )

UCAPAN PEMBUKAAN DATO' ONN.

Dato' Onn telah dipilih sebagai persidangan kongres dengan sebulat suara. Ucapan beliau di kongres itu menyeru kapada para perwakilan supaya bersatu. Ucapan Dato' Onn yang pertama ini telah membakar semangat ahli-ahli kongres dan bangsa Melayu seluruhnya.

Telah muncul saorang pemimpin agung Melayu yang dinanti-nanti bagi membela umat Melayu sewaktu kedudukan Melayu diancam.

Petikkan ucapan Dato' Onn.

BERSATULAH SEBAGAIMANA BELUM PERNAH KITA BERSATU DAHULU DAN BERUSEHALAH SEBAGAIMANA BELUM PERNAH KITA BERUSEHA, TUNJUKKANLAH BAHAWA KITA SEBENAR-BENARNYA KETURUNAN DATUK-NENEK KITA YANG MENGHADAP MEMBAHAYA. DENGAN BERSATU HATI ITU SAHAJA AKAN DAPAT KITA MENGADAP MASA DEPAN YANG AKAN DATANG DENGAN HARAPAN AKAN JAYA CITA-CITA KITA ITU.

KETETAPAN KONGRES.

Satu ketetapan telah dibuat hasil dari kongres selama empat hari tersebut iaitu menolak perjanjian Mac Michael dan mendesak Kerjaan British supaya menarik balik rancangan Malayan Union dengan segara.

4 Mac 1946.
Mengisytharkan Ketetapan Konghris Kapada Orang Ramai.

Pada hari terakhir kongres, satu perhimpunan orang-orang Melayu telah diadakan di Dewan Bandaran Kuala Lumpur bagi mengisytiharkan keputusan kongres. Deawan yang penuh sesak itu bergema dengan tepukan gemuruh mereka yang hadir.

bersambung

No comments:

Post a Comment