Thursday, August 5, 2010

KAU DATANG LAGI BUAT KALI KE 53

JERIH PEDIH NENEK MOYANG TAK TERBAYAR.

Kalau lahir pada tahun 1957 bererti umur sudah 53 tahun, sudah separuh abad, perjanjian sebelum Merdeka masih tak tercapai untuk orang melayu, tetapi orang lain menekmatinya semenjak 1957, malah pada hari ini mereka menuntut bermacam-macam lagi yang sepatutnya mereka tidak harus menuntut.

Oleh kerana kita lemah orang lain berani membuat berbagai-tuntutan, kerana mereka tau mereka mempunyai kuasa penentu, kerana kita berpecah-belah, malah mereka sampai tehap mengugut.

Kalau kita mengimbal apa kata wasiat Raja-raja Melayu.

Aku Tingalkan negeri ini selain gunung bukit dan tasik serta separuh dari bumi ini untuk kamu (Melayu) dan separuh lagi kamu rebutlah bersama-sama mereka.

Kalau kita fahamai apa yang di wasiatkan oleh Raja-raja Melayu itu kita tidak menjadi seperti ini nak cari tanah di bandar milik Melayu sudah tidak ada lagi, sikit demi sikit kita kehilangannya, betul lah kata-kata Tun Abdul Razak, kalau nak berkuasa dinegara ini kena ada lima teras.

1. SIAPA RAMAI, 2. SIAPA PANDAI, 3. SIAPA KAYA, 4. SIAPA KUASAI TANAH,
5. SIAPA KUASAI TENTERA.

Oleh kerana negara kita Demokrasi Berperlimen Raja Berperlembagaan siapa yang ramai boleh menentukan untuk berkuasa. Tetapi hari ini ramai sahaj tidak boleh menentukan kerana kita berpecah-belah, orang lain menentukannya.

Orang Kaya boleh menentukan untuk siapa yang ramai, kerana boleh menukarkan pola penduduk untuk menentukan siapa yang ramai disuatu kawasan, kerana mereka ada kekayaan boleh beli tanah buat penempetan baru, disinilah mereka boleh menukarkan pola pengundi di suatu kawasan perlimen.

Dulu kita hilang Singapura dik kerana penjajah, penjajah melongokkan orang cina di pulau tersebut sahingga kita tak mampu untuk mengawalnya, tapi ada baiknya kalau Singapura masih dalam Malaysia dah lama orang lain memerentah negara ini, dan Ibu Negara bukan lagi di Kuala Lumpur, tapi di Kota Singa itu. Kita akan menyambut hari Kemerdekaan Di sana, bukan lagi di Dataran Merdeka.

Tetapi bunga-bunga itu sudah ada menempakkannya, melayu sudah tidak rasa bersalah untuk mengundi DAP, Melayu sudah termakan dengan dakyah Meleysen Malaysia, hak samarata yang di selogankan oleh DAP, bagi Pakatan Rakyat pula melaungkan ketuanan Rakyat, ramai Melayu tidak memahami selogan itu, baca sejarah DARURAT TANAH AIR. itulah selogan Parti KOMINIS MALAYA, dulu. Cuba kita hayati selogan PKR, Ketuan Rakayat, Makamah Rakyat hak sama rata.

Tapi ini sukar untuk memahamkan gulungan Genarasi Pasca Merdeka, kerana mereka telah di pesongkan dengan faktar-faktar yang berunsur fitnah. saya hanya sekadar memaparkan saja untuk kita orang Melayu memikirkannya, kalau kita sayangkan bumi Melayu ini berusehalah untuk tidak terlepas ketangan orang, apakah kita hendak mengunakan talian hayat yang terakhir itu siapa kuasai Tentera, tapi bukan semudah itu, kerana Amarika dah jadi polis Dunia sedangkan kis Anwar pun dia nak campur tangan, ini kan pula pergeseran kaum seperti 13 Mei lagi cepat dia akan bertindak.

Mari lah kita berfikiran terbuka renung jauh-jauh akan nasib anak bangsa kita akan datang sampai nak azan kuat pun tak boleh dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment