Wednesday, August 18, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATI ( 1 )

SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN SEDIKIT CORITAN CACATAN SEJARAH TANAH AIR.

23 Januari 1946

SURAT DATO' ONN KAPADA UTUSAN MELAYU.

Diatas sokongan dan cadangan Syed Alwi Al -Hadi dan Hj. Anuar Malik dari kesatuan Melayu Joho, Dato' Onn telah menghantar sepucuk surat kapada Utusan Melayu. Dalam suratnya beliau mencadangkan satu kongris diadakan untuk membincangkan soal Malayan Union.

Satu pertubuhan yang dinamakan United Malays Organisation (UMO) patut ditubuhkan sebagai badan pendesak. Surat Dato' Onn itu merupakan rayuan pertama daripada seorang tokoh negeri Melayu yang inginkan masalah Malayan Union dibincangkan secara bersama.

Sedangkan persatuan negeri-negeri Melayu yang lain lebih membangkitkan penentangan mereka secara berasingan. Surat Dato' Onn telah mengatasi tembok sifat kenegerian orang Melayu.

JANUARI - FEBRUARI 1946
RUNDINGAN MENGADAKAN KONGRES.

Di Kuala Lumpur, Tuan Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali denga Za'ba, Yang Dipertua
Persatuan Melayu Selangor telah mula berhubung dangan Datuk Pangilima Bukit Gantang Perak, Dato' Onn merupakan Yang Dipertua Pergerakan Melayu Johor dan lain-lain pemimpin supaya mengadakan kongres yang menjemput wakil orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung, tujuannya untuk menubuhkan Melayu yang Besar bagi menentang Rancangan Malayan Union.

1 - 4 Mac 1946.
KONGRES MELAYU YANG PERTAMA,
DIRASMIKAN OLEH SULTAN SELANGOR.
DYMM Sultan Hishamuddin Alam Shah.

Seramai 107 orang wakil dari 42 buah pertubuhan dan 56 orang pemerhati menghadiri Kongres Melayu yang bersejarah bertempat di bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpor.

DARI UMO KEPADA UMNO.

Tuan Za'ba yang merupakan seorang pakar bahasa dan nasionalis Melayu telah mencadangkan supaya nama pertubuhan yang dicadangkan oleh Dato' Onn "United Malays Organisation" atau U.M.O ditambah dengan perkatan Nasional menjadikan ia didalam Bahasa Melayu sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays Nasional Organisation atau ringkasnya UMNO, cadangan diterima sebulat suara.

bersambung.

No comments:

Post a Comment