Friday, August 20, 2010

SEJARAH BERMULANYA MELAYU BERSATU ( 3 )

KAWAT KEPUTUSAN KONGRES MELAYU PERTAMA.

1. Bahawa surat-surat perjanjian yang telah ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan- Sultan Perak, Selangor, Negeri Sebilan, Johor, Kelantan, Terangganu, Kedah, Pahang dan Perlis yang bermakna memberi kuasa yang penuh kapada King Great British.

Akan menjalankan kuasa yang penoh itu Kerjaan Baginda King mencadangkan hendak menjalankan kuasa yang penuh itu didalam linkungan Negeri Melayu yang tersebut dan menghapuskan kuasa-kuasa Sultan-Sultan itu di dalam negeri mereka itu masing-masing.

Daripada suatu keadaan Raja-Raja yang merdeka sebagai yang telah terdiri tidak diperbuat mengikut undang-undang tubuh adat lembaga Maha Mulia Sultan-Sultan dan rakyat-rakyat mereka.

2. Bahawa yang sebagaimana surat-surat perjanjian telah diperbuat dengan tidak diketahui dan berlawanan dengan kemahuan-kemahuan rakyar-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan dan sebagaimana cadangan kerjaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh didalam negeri-negeri Melayu itu tidak diredhai oleh rakyat-rakyat Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan

Bahawa Persidangan Agung ini menyatakan bahawa perbuatan itu berlawanan dengan kaedah-kaedah Demokrasi dan iaitu tidak boleh diterima sama sekali.

3. Bahawa cadangan Kerjaan Baginda King hendak menjalankan kuasa penuh di dalam negeri-negeri Melayu yang tersebut dan menidakkan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan bermakna dirampas sama sekali negeri-negeri Melayu didalam semenanjung Tanah Melayu dan iaitu berlawanan dengan semangat dan kehendak Atlantic Charter.

4. Bahawa cadangan Baginda King seperti yang dicadangkan didalam kertas putih yang dikeluarkan didalam bulan Januari 1946 yang antara beberapa pekara mencadangkan:-

a. Menjadikan suatu tubuh dinamakan Malayan Union bagi mengantikan negeri-negeri Melayu yang beraja, mereka terkeluar daripada tubuh itu Pulau Singapura tetapi termasuk dalam tubuh itu Pulau Pinang dan Melaka pula.

b. Menjadikan suatu hak kerakyatan dengan hak-hak yang sama dengan tidak tilek pandang kapada Bangsa atau agama akan menghapuskan sama sekali daripada hidupnya:-
i. Negeri Islam Melayu yang merdeka iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Johor, Kelantan, Terangganu, Kedah, dan Perlis yang pendiriannya seperti itu telah
diakui oleh Kerjaan Baginda King Khasnya dan oleh sedunia amnya.

ii. Bangsa Melayu ada mempunyai Negeri dan Raja.

iii. Segala Treaty-treaty yang ada diantara Kerjaan Baginda King dan Dulu Yang Maha
Mulia Sultan -Sultan dan dengan perbuatan yang memecahkan kehormatan treaty-
treaty baginya bangsa-bangsa yang bersekutu telah berjuang didalam suatu peperangan
yang terlebih dahsyat di dalam tawarikh dan iaitu mengambil daripada orang Melayu
hak-hak mereka itu dinyatakan menjadi suatu timpaan yang amat dahsyat kapada
mereka-mereka pula yang selama-lamanya taat setia kapada Baginda King.

5. Bahawa Persidangan ini menjemput Kerjaan Baginda King kapada sesuatu pemereksaan yang penoh diatas keadaan yang ada pada masa ini didalam Semenanjung Tanah Melayu dan keadaan
keadaan itu jika diketahui oleh Kerjaan Baginda King tentu akan menanguhkan cadangan yang tersebut itu.

6. Bahawa disebabkan oleh pekara-pekara yang tersebut itu Persidangan Agong ini meminta kapada Kerjaan Baginda King menarik kembali cadangan itu dengan serta merta dan kembalikan pendirian Negeri-negeri Melayu dengan tidak ada sebarang perubahan daripada keadaan yang telah lalu.

bersambung.

No comments:

Post a Comment