Thursday, June 3, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA PERISTIWA 13 MEI 1969 penutup

KESIMPULAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu rusuhan antara kaum yang tercetus 41 tahun yang lalu. Walaupun kita cuba memadamkan kenangan pahit itu daripda memori namun begitu, pada hakikatnya tregedi itu telah menimbulkan persolan tentang sejauh manakah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum itu tahan diuji.

Menyedari perpaduan itu asas kepada pembentukan sebuah negara yang kukuh, pelbagai langkah samaada dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial telah dilaksanakan bagi memantapkan perpaduan di kalangan rakyat namun tercetusnya konflik di Kampung Medan beberapa tahun yang lalu seolah-olah menggambarkan bahawa perpaduan yang cuba kita terapkan sejak merdeka masih belum memadai.

Prasangka, perkauman dan etnosentrisme menjadi faktor penghalang ke arah merealisasikan integrasi nasional di negara kita. Di mana faktor-faktor ini mendorong kepada tindakan-tindakan berat sebelah terhadap kumpulan-kumpulan lain. Di dalam konteks Malaysia, ia mungkin satu realiti atau semata-mata disalahtanggap sehingga sesuatu kelompok itu merasakan diri mereka termangsa, disisih serta tidak dipedulikan.

Namun begitu, asas perpaduan kaum di Malaysia masih boleh dianggap baik berbanding dengan negara-negara yang lain. Di mana negara kita berjaya menguruskan cabaran masalah perkauman dengan lebih berkesan. Di mana kita mengambil langkah-langkah seperti perkongsian kuasa di kalangan kelompok etnik yang berbeza. Di samping itu, proses demokrasi dengan peraturan dan kawalan yang berkesan berjaya membendung usaha-usaha ke arah mencetuskan kekacauan dalan negara. Ia seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula yang saksama berjaya membawa kemakmuran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Satu lagi kelebihan Malaysia ialah kesediaan kita menerima kepelbagaian budaya dan agama sebagai satu sumber kekuatan dan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyesuaikan sikap sendiri dengan sikap kaum-kaum yang lain.


DENGAN PAPARAN SECEBIS PERISTIWA UNTUK TATAPAN PEMBACA SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT PENGTAHUAN KAPADA PEGARA YANG TELAH BERLAKU DAN MENJADI SEJARAH HITAM NEGARA.

TERIMA KASIH

6 comments:

  1. atau peristiwa 13 mei kena buat sekali lagi untuk membuka mata pribumi ?

    api dah dinyalakan , semakin membesar dalm terang , cuba dilindungi oleh lakonan para pelakon kononnya tdk menyalakan api , panas terasa ..kulitku pedih hatiku rawan . ingin rasanya memadamkan api , haruskah kita meniup api itu , alang2 mandi ..

    ReplyDelete
  2. Trjedi 13 Mei 1969 perlu diterapkan kpd anggota tentera semasa di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA)supaya lebih bersemangat patriotik

    ReplyDelete
  3. Mata pelajaran sejarah di sekolah menengah harus menekankan kepada peristiwa 13 Mei 1969 ini agar generasi muda tahu apa peranan parti DAP dalam menyumbangkan kepada tragedi ini.

    It's a miracle that non of the Israeli commandos was killed by the so called terrorists.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih diatas pandangan saudara

    ReplyDelete
  5. saya pohon untuk memetik kata-kata saudara untuk dimuatkan dalam assignment saya,terpaku pabila membaca bahan sejarah yang saya selama ini tidak tahu dan mungkin tidak peduli kerana terlalu hanyut dengan keamanan negara

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas info, Tuan.

    Sila Like page Tanda Putera di:
    www.facebook.com/TandaPutera

    Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa 13 Mei. Anak-anak muda harus tahu siapakah DAP.

    Terima kasih.

    ReplyDelete