Wednesday, June 23, 2010

BILA HANTU PAKAI SERBAN (sambungan 4 )

Bila Papa pakai Celana, Mama Garu Kepala,
Bila Hantu Pakai Serban, Macam Mana.


Hari ini Perlembagaan Persekutuan sudah berkuat kuasa sepenuhnya, Orang Melayu masih lagi orang Melayu dan ramai orang yang bukan Melayu sudah jadi orang Melayu. Mereka yang tidak masuk Melayu pun ada yang sesetengahnya meniru atau mengamalkan budaya Melayu. Ada penyanyi keturunan Cina dan India yang merakamkan lagu-lagu Melayu dan menjadi popular. Siapa yang tidak ingat denganAndre Goh dan David Arumugam, Terima Kasihhh.

Tetapi mereka tak masuk Melayu sebaliknya sekadar mencari kehidupan dengan mengunakan orang Melayu sebagai pasaran utama mereka. Pekara ini samalah seperti segala barangan yang diperniagaan oleh keturunan lain tetapi orang Melayu sebagai penguna utama.

Tetapi yang peliknya sewaktu orang bukan Melayu berebut-rebut nak jadi orang Melayu, ada sekumpulan orang Melayu yang cuba membuang budaya Melayu dan cuba budaya Arab ke dalam negeri yang di perintah olehpuak-puak ini.

Ada saorang pemimpin dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang mengatakan sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. masih hidup baginda akan senang tinggal di negeri itu. Pemimpin yang bergelar Tuan Guru itu terlupa bahawa Nabi s.a.w. tak makan budu sebab itulah kata-kata yang keluar dari mulut Baginda semuanya harum dan sedap didengar oleh semua orang termasuk musuh-musuh Islam pada zaman tersebut. Mulut Nik Aziz dan pemimpin Pas tak payah nak ceritalah.


bersambung.

No comments:

Post a Comment