Friday, June 11, 2010

BILA HANTU PAKAI SERBAN

Bila Papa Pakai Celana, Mama Garu Kepala
Bila Hantu Pakai Serban Macam Mana.

Antara pekara yang boleh menunjukkan bangsa ialah pakaian diatas kepala sesaorang, Cowboy pakai topi, sebab dia cowboy, orang Yahudi pakai kopiah, sebab dia orang Yahudi, Orang Arab pakai serban sebab dia orang Arab, malah orang Arab zaman Jahiliyyah pun pakai serban juga termasuklah Abu Jahal dan Abu Lahab. Orang Truki pakai tarbuz iaitu songkok yang diatasnya ada sejemput bulu. Orang Rusia pun pakai songkok, tinggal lagi songkok mereka lain sedikit dan diperbuat daripada bulu binatang. Orang Melayu pakai songkok yang lazimnya diperbuat daripada baldu kecuali raja-raja Melayu dan juga Melayu zaman dulu yang dikenali karana memakai tanjak dan tengkolok.

Nak tau orang itu Melayu atau tidak, tengoklah dia pakai songkok atau serban. Kalau songkok, memang gerenti dia orang Melayu. Kalau dia pakai serban belum tau lagi dia Melayu kerana ada juga lain-lain keturunan yang pakai serban tatapi bukan dari keturunan Melayu. Di Malaysia ini yang jadi hal ialah apabila orang Melayu cuba membudayakan atau meniru budaya asing untuk dijadikan budaya sendiri.

Memanglah Malaysia kita ini adalah sebuah negara yang agak unit. Di Malaysia, penduduk yang paling ramai ialah orang Melayu dan yang paling banyak buat hal pun orang Melayu.

Di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, orang yang dikatakan paling kaya ialah orang Melayu dan yang palinh miskin pun orang Melayu juga. Yang paling pandai pun orang Melayu sebab semua naib canselor universiti adalah orang Melayu. Kalau tak pandai macam mana nak jadi canselor. Tak taulah kalau PAS dan PKR yang berkuasa di negara ini. Munkin orang seperti Mat Sabu boleh jadi Menteri Pelajaran.

Munkin penampilan Mat Sabu boleh diterima rakyat kerana dia adalah satu-satunya pemimpin Pas yang berjiwa sekular. lagipun dia tak pakai jubah untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat. Dia lebih selesa dengan kot dan necktie. Pengikut-pengikut Pas munkin sedar Mat tak pandai sangat bidang agama macan Nik Aziz atau Hadi Awang. tapi pengikut-pengikut boleh ternganga dengan temberang Mat Sabu.

Inilah kelebihan yang ada pada Mat Sabu. Mat pandai buat cerita dongin, walaupun tak sampai 10 peratus apa yang diceritakan dalam ceramah-ceramahnya itu benar, orang tetap percaya.

bersambung.

2 comments:

  1. Orang yang percaya tu hanya mendengar cerita sebelah pihak.

    Buatlah kajian terlebih dulu sebelum menyokong secara membuta-tuli.

    Holocaust conspiracy.

    ReplyDelete
  2. Sebab mereka ada mata buta ada telinga dah pekak ada otak dah tak tau berfikir dik kerana sentiasa di sumbat dengan pekara2 sedemekian

    ReplyDelete