Wednesday, June 30, 2010

PAS BUKAN PARTI ISLAM (sambungan 2 )

Perjuangan Yang Tidak berlandasakan
Aqidah Ahli Sunnah.

Sikap Muktazilah.

Mereka mudah mengutuk dan menghukum kafir, sesat dan syirik kapada orang Islam yang melakukan dosa beser.

Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mensifatkan, orang Islam yang melakukan dosa besar belum jadi kafir dan kita tidak boleh menghukumnya seabagai kafir selagi ia mengucap syahadah, mengakui dirinya Islam dan melakukan sambahyang. Pendirian ASWJ terhadap orang Islam yang melakukan dosa besar pula ialah kalau imannya masih ada, ia tidak kekal didalam neraka, akhirnya ia dimasukkan ke surga. Oleh sebab itu pendirian ASWJ tidak akan menghukum kafir atau sesat terhadap orang yang terkenal sebagai orang Islam dan ia mengakui pula sebagai orang Islam.

Tetapi bagi PAS, siapa sahaja menyokong BN dihukum sebagai kafir dan sembelihannya tidak boleh dimakan serta tidak boleh menyembayangkan jenazahnya. Sikap ini menunjukkan bahawa mereka berpendirian seperti pendirian golongan bermazhab Wahabi dan Muktazilah.

Siapa yang cepat menghukum kafir keatas orang yang membuat maksiat, tandanya ia berpegang dengan mazhab Muktazilah. Kerana pendirian ASWJ tidak akan segera menghukum seseorang itu kafir, jika maksiat yang dilakukan itu diyakininya sebagai satu yang dilarang, tetapi ia melakukannya kerana tidak dapat mengawal hawa nafsu.

Pekara itu dijelaskan oleh Al Qurtubi, seorang ulama ASWJ dengan memetik kenyataan dari Ibnu Mas'ud dan Al Hasan.

Kata Al Qurtubi, menurut Ibnu Mas'ud dan Al Hasan, bahawa "Ayat 44 surah Maidah, iaitu; Siapaa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH ( Al Quran), maka mereka itu adalah orang yang kafir.'

Ayat ini maksudnya umum, iaitu dimaksudkan kapada semua orang yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH, samada dikalangan orang Muslim, Yahudi atau puak kuffa. Adapun orang Isalm yang mempercayai dan menyakini akan kewajipannya selaku seorang Islam, tapi ia tidak melaksanakan yang diperantah itu, sebaliknya ia melakukan pekara yang dilarang (haram), sedang ia sedar bahawa pekara itu haram, maka tergolonglah ia sebagai orang muslim yang fasiq ('asi) dan bukan kafir. Maka urusannya dikembalikan ( terserah ) kapada ALLAH, samada di akhirat nanti ia diazab atau diampuni dosanya".

bersambung

1 comment: