Friday, July 9, 2010

SUDAH TIDAK TAHU MENILAI MANA YANG BETUL

Hubungan PAS dan DAP.

Pas macam tak tau yang pemimpin DAP tidak dapat menerima dasar yang hendak dibawa oleh PAS dalam pemerentahan negara sekiranya mereka berkuasa, Pas masih hendak berpegang kapada kita menang dulu baru bincang.

Semua orang tau siapa pemimpin Dap dan apa yang dilakukannya, sekiranya mereka berkuasa hari ini di Pulau Pinang apa yang dilakukan oleh Dap terhadap orang Melayu di Pulau Pinang.

PAS masih hendak menipu rakyat terutama pengikutnya, Pas beria-ia benar mempertahankan Dap kerana mahukan sokongan pengundi bukan Melayu. apabila Karpal Singh kata Islam yang dibawa Pas tak betul, tetapi Nik Aziz kata itu pandangan peribadi Karpal Singh.

Apa yang dinyatakan oleh Karpal itu lah keputusan Dap, tapi nik Aziz masih nak pertahankan lagi, apa yang telah merosakkan pemikiran Nik Aziz itu, ini semua kerana Anwar Ibrahim yang menyogok nik Aziz segala belanja pilihanraya negeri Kelantan yang lalu di tanggong oleh Anwar sebab itu Nik Aziz bermati-matian mempertahankan Anwar walau pun Nik Aziz tau apa yang Anwar lakukan, sahingga sangup menghalalkan yang haram.

Sepatutnya pengikut PAS sedar pekara ini jangan mengikut membabi buta sahaja tau apa yang buruk yang baik demi agama dan bangsa serta negara kita.

Kalau kita bersatu kita tak perlu undi orang lain lagi, kita boleh perentah sendiri sebab kita ada lebih 2/3 kawasan mejoriti melayu. tapi hari ini kita bergantung kapada undi kumpulan menoriti untuk menentukan siapa menang, sebab itu mereka naik tocang kerana mereka penentu, kita bergantung dengan mereka, sejarah sudah ada semasa pilihan raya 1999, masa itu sokongan melayu berubah kapada Pembangkang tetapi sokongan bukan Melayu terus menyokong BN, BN dapat 2/3 atas sokongan mereka, selepas itu mereka minta bermacam-macam, sebab itu hari ini MARA telah menerima 10% bukan melayu, UITM dan MRSM, siapa yang salah.

Diharapkan pengikut PAS misti sedar pekara ini supaya jangan berulang lagi dan kita dapat menumpukan pembangunan untuk orang melayu dan dapat menegakkan Islam denga kuat.

No comments:

Post a Comment