Monday, June 21, 2010

BILA HANTU PAKAN SERBAN ( sambungan 3 )

Bila Papa Pakai Celana, Mama Garu Kepala
Bila Hantu Pakai Serban, Macam Mana ?.


Tapi suka tak suka, memang banyak untungnya jadi orang Melayu. Sebab itulah ramai yang masuk Melayu. Sebelum wujudnya Perlembagaan Persekutuan Perkataan "orang Melayu" atau bangsa Melayu jarang sekali didengar. Yang Melayu cuma, Raja-raja Melayu, adat istadat orang Melayu, Askar Melayu, Kereta Api Tanah Melayu ( itu pun orang Melayu dan pakar-pakar bahasa Melayu tidak bersatu dalam menentukan yang 'keretapi", Waktu kita kecil ia disebut sebagai kereta api, kemudian ditukar semula menjadi kereta api. Hari ini "train" sudah tidak mengeluarkan asap dan api lagi. Bahkan di India pun enjin diesel dan tenaga elektrik sudah digunakan untuk mengerakkan the so-called " kereta api". Tetapi pakar bahasa Melayu masih bertelagah.

Begitulah sifat semulajadi yang ada pada orang Melayu, tak hairanlah kalau ada ucapan pengulungannya di Perhimpunan Agung UMNO pada 2001 Dr. Mahathir membawa kisah bagaimana sekumpulan orang Melayu pada satu ketika dulu mempertikaikan apakah haram bagi surau atau majid mengunakan lampu lertik kerana salah satu daripada idea Barat dan idea, barat bermakna idea kkristian.

Perdebatab ini berasas potongan hadis Nabi s.a.w. yang mencegah umat Islam daripada meniru orang barat. Apa yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. ialah pekara lain yang bersangkutan dengan penyembahan dan amalan beragama.

Tapi kerana orang Melayu mengambil sikap tangkap muat dan tak mahu berfikir panjang, maka itulah sebabnya mereka berdebat pekara yang remeh temeh semacam itu.

Kelemahan inilah yang terus digunakan oleh PAS bagi mengacau-bilaukan lagi pemikiran orang Melayu

bersambung

No comments:

Post a Comment