Thursday, June 17, 2010

BILA HANTU PAKAI SERBAN ( sambungan 2 )

Bila Papa Pakai Celana
Mama Garu Kepala,
Bila Hantu Pakai Serban Macam Mana.

Bercakap tentang Hitler, sewaktu label "Maha Firaun" Belum digunakan oleh PAS terhadap Dr. Mahathir, PAS menganggap Perdana Menteri saorang diktator. Malah dalam beberapa rencana yang di siarkan ketika itu termasuk oleh Aliran, ada yang cuba menyamakan Dr. Mahathir dengan Hitler kononnya kerana Dr. Mahathir mahu menjadikan bangsa Melayu paling hebat didunia sebagaimana Hitler mahukan bangsa Jermen muncul sebagai bangsa teragung. Kalau macam itulah ke-Hitler- an Dr.Mahathir, maka kita patut berterima kasih dengan beliau.

Sampai bila Melayu mesti jadi bangsa yang bodoh sehingga tak tahu nak membezakan siapakah syaitan dan siapakah kawan serta tak faham yang Nabi s.a.w. diturunkan di kalangan Arab Quraisy dan bukannya di kalangan rakyat Kelantan.

Itulah yang dikatakan bodoh namanya. Kita tak boleh nak marah kalau orang kata kita bodoh, kita tak boleh nak emosional. Memang tidak dapat dinafikan bangsa yang paling bodoh pun orang Melayu juga kerana kebanyakan yang tercicir dalam pelajaran pun ailah anak-anak Melayu juga. Kerjaan sediakan wang untuk masuk ke universiti untuk melengkapkan diri sebagai anggota sebuah masyarakat yang berguna, mereka pergi duduk bersekongkol dengan parti politik.

Yang paling baik pun orang Melayu sebab agama Islam yang di anuti oleh orang Melayu mengajar kapada pelbagai kebaikan dan yang paling buruk perangan pun orang Melayu juga kerana orang Melayu suka memfitnah, mencaci,, memaki, membohong, mengadu domba dan macam-macam lagi. Malah kepakaran orang Melayu dalam hal-hal ini mengatasi orang-orang kafir dari barat hatta orang yahudi sendiri. Nasib baiklah orang Melayu ada agama Islam, kalau tidak fikirkan lah sendiri.

bersambung.


1 comment:

  1. Salam blogger,

    Minta link dan men jadi followernya dan minta jika tuan juga sama link kan dan menjadi follower blog saya. moga dapat bertukar pandangan dan idea.. :)

    http://khairul-hafidz-alkhair.blogspot.com/



    khairul hafidz,
    anak kelahiran Mentakab ,Pahang
    UNPAD, Bandung

    ReplyDelete