Tuesday, June 29, 2010

PAS BUKAN PARTI ISLAM ( sambungan 1)

Perjuangan Yang Tidak Berlandaskan
Aqidah Ahli Sunnnah.


Sikap-sikap Muktazilah, Syi'ah dan Khawarij.

Di terangkan sifat dan sikap serta pembawaan mazhab-mazhab Muktazilah, Syi'ah dan Khawarij, sebagai pembndingan untuk membuktikan bahawa unsur-unsur tersebut diamalkan oleh PAS dan ia bukan cara Ahlussunnah Wal Jamaah, yang mana ASWJ diamalkan oleh majoriti umat Islam Malaysia serta ia telah menjadi pegangan asas Jabatan-Jabatan Agama Islam di negeri-negeri didalam Malaysia.

Diantara unsur-unsur dan ciri-ciri yang bukan ASWJ yang terdapat di dalam PAS ialah.

Cepat Menghukum kafir, dan syirik kapada orang yang melakukan dosa besar sedang ia masih mengakui Islam dan melakukan sembahyang,

Sikap suka dan cepat menghukum kafir, sesat serta syirik keatas sesama Islam yang mengamalkan dosa ia cara Muktazilah dan Khawarij.

Mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita tidak boleh cepat menghukum kafir atau syirik kapada orang yang melakukan dosa, walaupun dosa besar, selagi ia masih mengakui beragama Islam dan melakukan sembahyang.

Suka Mengutuk orang lain dihadapan umum. Ini adalah cara Syiah. Sedangkan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, kalau seseorang Islam itu melakukan dosa, kita kena nasihat secara empat mata, bukan menegur dan mendedahkan aibnya secara terbuka dihadapan umum. Itu pun kalau telah menegurnya, kita kena beri masa beberapa ketika sahingga ia sedar dan membuat perubahan dengan sendirinya. Bukan memaksanya membuat perubahan.

bersambung.

No comments:

Post a Comment