Thursday, June 24, 2010

PAS BUKAN PARTI ISLAM

Perjuangan Yang Tidak
Berlandaskan Aqidah Ahli Sunnah.


Selaku uamt Islam yang mengakui menganut aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ), kita patut memahami dan mendalami dasar-dasar ilmu membetulkan diri sendiri, disampin dapat dijadikan panduan untuk menilai pengaruh penyebaran aqidah yang sesat dan yang menyeleweng. Dengan itu kita tidak mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan aqidah yang salah itu.

Mazhab ASWJ ialah diantara salah satu mazahab yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. akan muncul pada akhir zaman dicelah-celah 73 mazhab dan ia sebagai mazhab yang sah dan diterima oleh Allah. untuk pengtahuan bahawa pegangan dan rujukan atau landasan Ahlussunnah Wal Jamaah ialah Al Quran, Al Hadis dan Qias, samada di bidang aqidah, ibadah, mu'ammalah, termasuk juga di bidang politik.

Dalam hal berpolitik, walau pun PAS dan para pemimpin mereka mendawa menganut mazhab ASWJ, tetapi dari segi lisanul hal ( amalan ), PAS sebenarnya dilihat lebih cenderung berfahaman Muktazilah dan Syiah dan kadang-kadang lantaran terlalu bersemangat, mereka sering terjebab dan terbawa-bawa cara fahaman Khawarij. Buktinya bacalah kenyataan dibawah ini dan kaji pada realiti, sikap dan tindak tanduk para pengikut dan pemimpin Pas sendiri.

Walau pun pada hakikatnya, apa yang terkandung didalam fikiran dan hati orang Pas kita tidak boleh ketahui, hanya Allah, tetapi apa yang menjadi penilaian kita ialah pada tindak tanduk zahir mereka. Nabi s.a.w. sendiri menilai keadaan zahir, hakikat didalam hati seseorang itu diserahkan kapada Allah.

Setakat ini apa yang dapat dilihat pada zahir di segi tindak tanduk, percakapan, dalam tulisan dan lain-lain, kita dapati sikap PAS yang suka mengkafirkan dan menghukum zalim dan munafiq terhadap sesama Islam secara yakin serta mengutuk mengejek, menghina mereka, Sikap demikian mengambarkan bahawa mereka menyerupai orang-orang Muktazilah, Syiah dan Khawarij.

bersambung.

3 comments:

  1. Golongan khawarij bertindak keluar dari parti mereka apabila tidak sependapat dengan Ali ra.Berkata Muhammad bin Husin AlJuri "Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan org islam sebagaimana yg terjadi terhadap kepimpinan Saidina Ali ra. Cara mereka menentang ialah dengan melaungkan slogan "Laa Hukma illallahi (Tidak ada hukum melainkan hukum Allah)"

    Tetapi slogan mereka itu dijawab oleh Saidina Ali "Laungan slogan mereka itu hanya menggunakan (memperalatkan) perkataan hak, tetapi sebenarnya apa yg mereka inginkan (tersirat dalam hati) ialah KEBATILAN (kehancuran pemerintahan islam) Sila rujuk As sunnah oleh Ibnu `Asim.

    Manakala pendirian Ahlussunnah Wal Jamaah dalam hal ini berpandukan sabda Rasulullah saw yg bermaksud: "Sesiapa yg datang kepada kamu mengajak menderhakai pemimpin dan hendak memecah-belahkan kesatuan umat islam sedangkan ketika itu kamu sedang mentaati pemimpin kamu itu, maka hendaklah kamu perangi dia.." (Hadis riwayat Muslim)

    PAS betul-betul telah mengambil fikrah Khawarij dicampur aduk dengan keangkuhan fahaman Muktazilah di adun sebati dengan cara agresif Syi`ah......malangnya mereka merasa....merekalah yang paling betul, bahkan mengangkat mursyidul `am mereka setanding dengan rosul (tak boleh bantah kebatilan yg mereka bawa)dan paling teruk lagi.....mereka ahli PAS adalah calon-calon syurga Allah.....

    Jenayah paling besar yang telah dilakukan oleh PAS di abad 21 ini adalah menyamakan ISLAM dengan PARTI mereka. Islam adalah PAS, dan PAS itu adalah islam. Siapa yg menolak PAS bermakna menolak Islam dan tak layak digelar Muslim. Siapa nak syurga sila isi borang jadi ahli, maka mereka akan dijamin syurga, bukankah ini bid`ah yang sangat menyesatkan di akhir zaman ini.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Trima kasih Salafimoden..ulasan menarik.

    anak teringatkan sebuah kisah di sampaikan oleh ayah anak...

    terdapat suatu zaman dimana para ilmuan dan ulama yang menggilai harta(wang)hingga sampai lah kepada mereka idea untuk menjual Neraka dan Syurga(umpama geran)dengan harga yang tinggi.
    Gemparlah pekan tersebut maka ramai yang mula risau sekiranya tidak membeli geran Syurga,khuatir akan tercampak ke Neraka.
    Maka datanglah satu pemuda ke hadapan para ulama tersebut lantas berkata 'Aku mahu membeli semua geran Neraka!Kesemuanya!'
    Proses jual beli selesai maka pemuda tersebut keluar dan membuat pengumuman kepada semua penduduk kota tersebut..
    "Semua neraka telah ku beli dan aku tak mahu sesiapa pun memasukinya.."
    Maka penduduk lega sebab tak perlu membeli mana2 geran...

    Hmm..anak bagai tertunggu tunggu kejadian sebegini terjadi bagi menyedarkan masyarakat kita bahwa politik ini kotor.politik ini busuk.

    Sedarlah wahai masyarakat..ISLAM itu tinggi dan suci lagi indah.

    Jangan lah dibusukkan nama ISLAM
    Jangan lah dirobohkan ISLAM

    ReplyDelete
  3. Salafimoden/ anak,
    Sayan bangsa kita yang berada didalam Pas tidak dapat memikirkan mana yang betul, kerana mereka telah di kabuli matanya dan telah dipantak telinganya oelh pemimpin mereka sahingga tidak dapat melihat dan mendengar apa yang baik dan buruk. tetapi kita jangan putusasa sentiasa lah menyeru dan mengingatkan mereka agar terbuka hati mereka untuk melihat kebenaran.

    ReplyDelete