Thursday, May 27, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 6

Justeru itu, selepas perisitiwa 13 Mei, kerajaan dilihat bersungguh-sungguh dalam menangani masalah dalam kelemahan perpaduan yang sedia ada. Usaha-usaha itu boleh dirumuskan kepada tiga langkah besar iaitu politik, ekonomi dan sosial kebudayaan. Ketiga-tiga langkah ini dijalankan secara serentak dan saling melengkapi.

Di antara langkah politik yang diambil ialah tindakan melalui sistem perundangan di mana undang-undang dan akta digubal oleh parlimen untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan perpaduan. Antara langkah yang telah diambil oleh kerajaan ialah meluluskan Akta ( pindaan ) Perlembagaan 1971. Pindaan ini merangkumi tiga aspek utama iaitu melarang sebarang perbincangan secara terbuka yang melibatkan soal-soal perkauman yang mudah menyinggung perasaan. Ia meliputi perkara-perkara seperti 152, 153 dan 181 dalam perlembagaan. Di samping itu, ia turut memansuhkan keistimewaan ahli-ahli politik dalam membincangkan perkara-perkata sensitif di peringkat negeri dan persekutuan. Selain itu, pindaan ini turut memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung dalam memperuntukkan nisbah tertentu untuk orang Melayu di pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan sains.

Selain itu terdapat juga beberapa pindaan atau akta lain yang bertujuan untuk mengawal tingkah laku atau kenyataan yang dianggap boleh memudaratkan keamanan negara. Misalnya pindaan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Pilihan Raya majlis Tempatan 1966 yang melarang individu yang telah disabitkan dengan kesalahan Akta Menghasut daripda menyertai sebarang pilihan raya samada di peringkat parlimen, undangan negeri mahupun majlis tempatan selama lima tahun.

Manakala Akta Keselamatan dalam negeri pula bertujuan menjaga kepentingan serta keselamatan dalam negeri. Akta ini memberi kuasa kepada pihak pemerintah untuk menangkap sesiapa sahaja yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negeri. Individu sedemikian boleh dipenjara atau ditahan selama dua tahun tanpa dibicara. Begitu juga dengan akta-akta yang lain seperti AUKU dan OSA sedikit sebnayak menghadkan kegiatan kumpulan tertentu daripada bersuara dan bertindak dalam cara yang boleh menimbulkan masalah dalaman.


bersambung.

3 comments:

  1. Generasi muda Melayu yg terlalu taksyub dengan PAS dan PKR tidak mehu sejarah ini diketengahkan.... pembohong katanya...

    ReplyDelete
  2. Buta sejarah dan taksub pada PAS dan PKR, itulah sebabnya jadi bodoh.

    Jesus Christ is not the same as Allah.

    ReplyDelete
  3. sesetengah orang tak mahu dengar cerita-cerita sejarah macam nih, sebab kata depa, yang betul adalah yang berlawanan dengan cerita yang biasa depa dengar... tu pasallah, bila Cina buat buku tentang 13 Mei, berebut-rebut Melayu muda ni pi beli dan percaya apa yang Cina tu cakap, sampaikan bila part yang mengatakan komunis itu adalah pejuang yang memperjuangkan kemerdekaan negara, depa sambut dengan takbir....

    punyalah haprak budak-budak melayu kita yang malas membaca tapi sibuk nak memperlihatkan diri macam orang pandai-pandai!

    ReplyDelete