Thursday, May 13, 2010

PERISTIWA HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 2

DARURAT

Telah korbankan lebih kurang 10,000 jiwa. Oleh kerana kebanyakan anggota pasukan keselamatan yang menentang pemberontakan itu Melayu, maka pertentangan langsung antara PKM dan kerajaan sepanjang berlangsungnya Darurat itu telah menebalkan lagi sentimen anti-Cina. Rasa tidak puas hati Melayu pernah disuarakan oleh Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British misalnya dalam soal khidmat negara di mana orang Cina dan India tidak ramai yang mahu menyertai program tersebut yang dilancarkan pada 1950. Antara Februari dan Ogos 1951 lebih 10 000 belia-belia China lari ke negeri China dan kapal-kapal ke India bertambah penuh.

Pandangan tentang keganasan komunis di Tanah Melayu dari tahun 1948-1951 yang di antara lain menyebut:

…perasaan kecewa telah timbul di kalanan orang-orang Melayu tentang keenggnan orang-orang Cina memberi pertolongan. Mereka hanya hidup bersenang-lenang dan menumpukan tenaga semata-mata mencari kekayaan.


Pembentukan Perikatan

Pembentukan Perikatan antara UMNO dan MCA pada tahun 1952 merupakan satu yang dianggap istimewa dalam sejarah perhubungan antara kedua-dua kaum ini terutama dalam proses ke arah kemerdekaan. Pada peringkat ini kedua-dua parti mengekalkn identiti dan objektif politik masing-masing. Walau bagaimanapun penggabungan tersebut bersama-sama MIC kemudiannya pada 1955 telah dianggap oleh kerajaan kolonial sebagai langkah positif ke arah pembentukan bangsa Tanah Melayu yang bersatu padu. Dalam pilihanraya Persekutuan pada bulan Julai 1955, Perikatan telah membuktikan sokongan yang begitu besar dengan mendapat 81% undi dan 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Perlembagaan Tanah Melayu

MCA-MIC-UMNO sering memberi dan menerima iaitu berkaitan kepentingan kaum masing-masing. Ia menyentuh soal kerakyatan, kedudukan istimewa bangsa Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal, kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam sebagai agama rasmi.Pada peringkat ini, iklim politik adalah untuk menjaga kepentingan kaum masing-masing. Walau bagaimanapun persetujuan ini tidak menggambarkan persetujuan keseluruhan kaum yang diakilinya.

Tolak ansur perlembagaan sebenarnya merenggangkan lagi jarak hubungan di antara berbilang kaum. Melayu menuduh UMNO menjualkan ‘kepentingan Melayu’ kepada Cina sementara Cina menuduh MCA menggadaikan ‘kepentingan Cina kepada Melayu

Perbahasan di Parlimen antara tahun 1960-1969.

Perbahasan hangat telahpun beraku di Parlimen terutama isu yang menyentuh tentang pertikaian hak istimewa bangsa Melayu, isu bahasa dan kemasukan Singapura ke dalam Gagasan Malaysia. Umumnya, ahli Parlimen Melayu samada PAS, Parti Negara dan UMNO yang mewakli kaum Melayu berbahas hebat menidakkan fakta dan hujahan ahli parlimen bukan Melayu seperti PPP dan PAP. Pada peringkat ini ahli parlimen MCA dan MIC masih menyokong Perikatan.

Antara isu yang disentuh ialah berkenaan dasar pelajaran, tanah simpanan Melayu, permit untuk menjalankan perniagaan, biasiswa dan sebagainya. Isu hangat lain ialah konsep Malaysian-Malaysia yang dibawa oleh PAP yang mempertikaikan bangsa Melayu. Singapura terpaksa dikeluarkan dariada Gagasan. Perjuangan PAP diteruskan oleh DAP.



bersambung

1 comment: