Thursday, May 13, 2010

PERISTIWA HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 1

KRONOLOGI PERHUBUNGAN MELAYU-CINA.

Pendudukan Jepun.

Pendudukan Jepun telah membangkitkan perasaan benci antara kaum Melayu dan Cina. Sungguhpun kedua-dua kaum hidup menderita tetapi orang-orang Cinalah yang paling terseksa. Mereka tidak dipercayai oleh Jepun. Lebih-lebih lagi Negeri China telah berperang dengan Jepun semenjak tahun 1937. Orang-orang Melayu pula ramai yang menjadi tali-barut Jepun. Oleh sebab itu, selepas pengunduran Jepun, MPAJA telah bertindak membalas dendam terhadap oang-orang Melayu. Antaranya Peristiwa di Batu Pahat Johor, Sungai Manik Perak, Bukit Tambun, Pulau Pinang dan Bukit Junun, Kedah.

Rancangan Malayan Union

Telah ditentang oleh orang Melayu sebab banyak memberi keuntungan kepada bukan Melayu. Rancangan yang diumumkan pada Januari 1946 ini mencipta sebuah negara Kesatuan dengan kedaulatan Sultan dipindahkan kepada Mahkota Inggeris. Semua rakyat mempunyai hak yang sama termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam manakala kewarganegaraan Tanah Melayu diluaskan kepada semua tidak mengira bangsa atau kepercayaan mereka. Rancangan ini mendapat tentangan hebat daripada kaum Melayu manakala kaum bukan Melayu tidak begitu mengambil berat.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Mengembalikan semula hak keistimewaan kepada orang Melayu dan Raja-raja diberikan kedaulatan semula. Kewarganegaraan pula telah diperketatkan, iaitu syarat tinggal sekurang-kurangnya lima belas tahun. Kebolehan bertutur dalam bahasa Melayu juga diambil kira sebagai syarat tersebut.

Rancangan Persekutuan itu merupakan satu kemenangan besar kepada orang-orang Melayu tetapi diterima dengan rasa cemas oleh kaum lain. Orang-orang Cina khasnya rasa dikhianati kerana mereka percaya bahawa mereka telah banyak berkorban dan sentiasa taat setia kepada mahkota Inggeris dalam perang yang lalu. Ada juga harapan di antara orang-orang Cina yang tidak berpuashati melihat harapan mereka untuk sebuah masyarakat adil dalam panji-panji parti Komunis Malaya.


sambungan

No comments:

Post a Comment