Thursday, May 13, 2010

SEJARAH HITAM NEGARA 13 MEI 1969.

RUSUHAN KAUM 13, MEI 1969: PERISTIWA SEBELUM DAN TINDAKAN SELEPASNYA


1.1 PENDAHULUAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan keunikannya terserlah dengan kemampuan rakyat yang berbilang kaum hidup dalam suasana yang aman sentosa. Di nagara kita, hubungan kaum dapat dilihat dari segi hubungan-hubungan yang berbentuk konflik, persaingan dan kerjasama. Hubungan konflik antara kaum di Malaysia banyak digambarkan melalui peristiwa 13 Mei 1969. Merujuk kepada hubungan persaingan pula ia dapat digambarkan menerusi persaingan dari segi pendidikan, peluang pekerjaan dan kebudayaan. Sementara itu, hubungan kerjasama biasanya melibatkan kerjasama atau pakatan dalam bidang politik.

Sejarah hubungan kaum di Malaysia bermula di sekitar abad ke enam belas lagi, semasa kerajaan Melayu Melaka. Ramai golongan pedagang Cina, India, Jawa mahupun Arab yang datang berdagang dan menetap di Melaka. Hubungan kaum yang wujud ketika itu berbentuk co-existance, iaitu wujudnya interaksi yang amat terhad atas dasar kepentingan ekonomi sahaja.

Namun begitu, kehadiran kuasa-kusa barat khususnya Inggeris telah membawa kepada lahirnya tahap baru yang dikenali sebagai tahap kontak luaran yang didasari oleh adanya pergantungan untuk kepentingan hidup terutamanya dari aspek pengkhususan dalam ekonomi. Manakala tahap kompromi berkembang menjelang kemerdekaan negara apabila kaum yang berbeza menyedari kepentingan bersama, lalu mewujudkan kompromi demi untuk menjaga kepentingan bersama. Tahap ini biasanya melibatkan kompromi politik dan ekonomi.

Tahap perpaduan berlaku apabila kaum-kaum di Malaysia yang hidup berkompromi mula hidup bersatu dan mempunyai kecenderungan yang sama mula mempelbagaikan kerjasama dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan politik. Namun begitu, di peringkat ini kerjasama yang wujud masih bersifat luaran sahaja. Kerjasama antara kaum-kaum lama-kelamaan mewujudkan perasaan ‘kekitaan’ dan hubungan antara kaum bukan hanya didasarkan kepentingan tetapi juga rasa tanggungjawab.


bersambung.

No comments:

Post a Comment