Friday, May 14, 2010

PERISTIWA HITAM NEGARA 13 MEI 1969 sambungan 3

Konflik Perkauman Akibat Isu Perkauman yang dibangkitkan di Parlimen

Wakil rakyat ialah mereka yang berpengaruh, apabila ahli Parlimen tidak berpuashati di dalam perbahasan di parlimen maka ia turut dibawa di luar Parlimen melalui pentas-pentas politik dan kempen-kempen pilihanraya. Ini sudah tentu akan membakar semangat rakyat. Kesannya beberapa rusuhan kecil telah berlaku. Antaranya ialah rusuhan kaum sempena perarakan sambutan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya. Kegelisahan timbul kerana UMNO tidak mahu menyertai perarakan tersebut. Khabar angin tentang rusuhan akan berlaku. Perarakan pada 2 Mei, 1957 dalam suasana tegang, polis yang menyiasat satu pergaduhan di belakang perarakan tersebut yang dikatakan berpunca daripada serangan orang Melayu. Ini mengakibatkan perarakan berpecah dan orang-orang Cina mula melengkapkan diri dengan senjata.. rusuhan berakhir pada 8 Jun, 1957 dengan 4 kematian dan 48 cedera.

Lain-lain konflik yang merenggangkan hubungan antara orang-orang Melayu dan China ialah seperti rusuhan kaum di Pangkor 1959, rusuhan kaum di Bukit Mertajam 1964 dan rusuhan kaum di Singapura 1964. Di dalam beberapa rusuhan kecil ini pihak polis masih dapat mengawal keadaan. Namun ibarat kata pepatah ‘Terbakar rumah nampaklan asapnya, tetapi terbakar jiwa siapa yang tahu’. Dengan ditambah melalui kempen-kempen yang berapi sebelum pilihanraya dan perarakan DAP dan Gerakan selepas kemenangan pilihanraya 1969 di Kuala Lumpur telah mencetuskan rusuhan yang besar.


IMBASAN 13 MEI 1969

Peristiwa 13, Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina. Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku atau ‘melukakan kembali parut yang telah pun kering’ dalam peristiwa berkenaan tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua. Hubungan antara orang Melayu dan Cina sejak berabad lamanya ibarat ‘tidur sekatil tetapi mimpinya berlainan’

Dalam sejarah Malaysia, peristiwa 13 Mei mencatatkan satu detik hitam yang pasti tidak dapat dilupakan setiap rakyat negara ini. Pertumpahan darah dan kekacauan yang tercetus pada 13 Mei 1969 hampir-hampir menghancurkan negara. Ia merupakan satu ujian besar kepada perpaduan kaum di Malaysia. Rusuhan kaum yang tercetus telah menyedarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum tentang betapa pentingnya integrasi, toleransi dan sikap hormat-menghormati bagi menjamin keamanan serta survival negara. Pada masa yang sama, ia telah menyedarkan kerajaan tentang perlunya uasaha-usaha ke arah perpaduan dan integrasi nasional bagi menjamin pembentukan sebuah negara Malaysia yang majmuk, aman dan stabil.

Peristiwa 13 Mei tercetus selepas berlangsungnya pilihan raya umum 1969 yang telah diadakan pada 10 Mei 1969 yang dilihat sebagai ‘turning point’ dalam sejarah negara. Namun begitu, bibit-bibit ketegangan kaum telah tercetus lebih awal lagi dan keputusan pilihan raya 1969 hanya merupakan klimaks kepada ketegangan hubungan Melayu - Cina itu. Pembunuhan seorang ahli UMNO di Pulau Pinang, kira-kira dua minggu sebelum pilihan raya oleh anggota Parti Buruh telah mencetuskan ketegangan dan kira-kira sepuluh hari kemudiannya, seorang ahli Parti Buruh pula ditembak polis di Kuala Lumpur apabila enggan bekerjasama apabila ditahan. Dua insiden yang berasingan ini dilihat sebagai pencetus kepada ketegangan kaum di negara pada ketika itu. Menjelang 9 Mei, Parti Buruh yang telah memboikot pilihan raya 1969 telah menganjurkan satu perarakan pengebumian di Kuala Lumpur. Ia disertai kira-kira 10,000 peserta yang telah berarak di pusat Kuala Lumpur tanpa menghiraukan arahan serta larangan pihak berkuasa. Tindakan penyokong Parti Buruh yang melaung-laungkan slogan Maoist sambil menyanyi lagu “ The East is Red ” dengan memaparkan potrait Mao Tze Tung dan mengibarkan bendera China jelas menimbulkan kerisauan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur. Sentimen perkauman menjadi semakin menebal apabila golongan belia Cina yang menyertai perarakan itu meluahkan kata-kata provoksi seperti “ Malai Si” dan “ Hutang darah dibayar darah ” sepanjang perarakan itu.
Pilihan raya 1969 telah berlangsung dalam suasana politik perkauman yang ketara. Di mana isu-isu hak keistimewaan, taraf kewarganegaraan, bahasa dan pendidikan menjadi agenda penting parti-parti yang bertanding. Parti Perikatan telah menggunakan kemunculan DAP sebagai modalnya bagi mendapat sokongan padu orang Melayu. DAP dikatakan .



bersambung.

4 comments:

  1. We should never forget the role of DAP chauvinist pig had played in the 13th May riot.

    PAS, ally of communist

    ReplyDelete
  2. History had shown us that we have to curb DAP from playing with fire unless they want to be burn.

    racist extremists in DAP is at it again

    ReplyDelete
  3. Melayu perlu hayati sejarah 13 Mei. Marilah kita bersatu.

    whose next

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..ok merujuk kepada perkara ni..maaf la..bkn nak kata DAP ni betul...tapi jika korang kita Melayu bersatu...kenapa bukti dimana Peristiwa MEMALI ditapis/disenyapkan begitu sahaja...kata nak membantu ISLAM?Perjuangan ISLAM ke begitu?Membela orang Melayu yg beragama ISLAM...bukan hanya kepada politik tetapi merujuk hubungan kita dengan ALLAH S.W.T. jika i tgok di wikipedia..diorang kata 18 terkorban..tapi asal i tgok kat jumlah terbunuh 14?Kenapa perkara ini berlaku???i mean come on la...rakyat harus sedar jika hnya terlibat dlm kancah politik tetapi tidak menggunakan apa yang telah digariskan oleh agama...SIAPA kita?Jom kita balik ke zaman di mana MADINAH diperintah OLEH RASULULLAH S.A.w.
    eh nak tanya maaf la ye agak kasar...NABI KITA TU PERINTAH SAPE?
    Muhajirin dan Ansar...Siapa Ansar?bukankah NABI kita telah mempersaudarakan Aus dan Khazraj yang sentiasa bergaduh..kaum yahudi pon ada..pls la...kalo nak maki pon jgn politik duniawi tetapi carilah politik hakiki =) iaitu untuk masa hadapan kita (ketka berjumpa Allah S.W.T.)

    ReplyDelete