Tuesday, June 7, 2011

PAS DAN NEGARA BERKEBAJIKAN

Apa Sebenarnya Yang Pas Perjuangkan.


Kalau dulu-dulu kita dapati dipentas-pentas ceramah Pas tukang karutnya dengan lantang mengajak pengundi agar menyokong Pas kerana Pas memperjuangkan Islam dan akan menegakkan negara Islam.


Semasa penubuhan Pas dulu di zaman Dr. Bahanuddin selogannya menegakkan Islam dan membela Melayu, kerana Melayu dan Islam tidak boleh di pisahkan, sama juga dengan asas perjuangan Umno selain untuk memerdekakan negara, perjuangan Agama Bangsa dan negara.


Tetapi hari ini suara memperjuangkan Islam sudah tidak kedengaran lagi keran hendak menjaga hati dan perasaan Dap kafir harbi yang dah terang-terang menentang penubuhan negara Islam, oleh keran nak menjaga kepentinga pengundi cina Pas sangup ketepikan prinsip perjuangan.


Hari ini Pas kena tipu oleh Dap saja dia gunakan Pas untuk mendapat sokongan penyokong Pas bagi menetukan Dap boleh menang dimana Dap bertanding kawasan mejoriti tipis cina kalau kita lihat bagai mana Pas di permainkan oleh Dap dan Pkr dalam pembahagian kerusi.


PAS - - - 66
DAP - - - 46
PKR - - - 96


Kalau lah mereka berjaya dimana kedudukan Pas, nak jadi PM bertanding hanya 66 kerusi saja nak ubah perlembagaan pun sama sedangkan PKR bertanding 96 berapa ramai yang Islam yang bertanding mewakili PKR, dah tentu suara bukan Islam lebih ramai dari suara Islam.


Apa sebenar yang di perjuangkan oleh Pas.


Adalah lebih baik bersendirian atau bersama Umno untuk sama-sama menegakkan Islam dan membela nasib bangsa Melayu yang banyak ketingilan dalam banyak hal, tetap Pas menolak untuk perpaduan Melayu sebagai mana baru-baru ini yang dah heboh di perkatakan.


Sedangkan adea perpaduan Melayu bukan datangnya dari Umno tetapi datangnya dari Pas sendiri apabila YB Hj. Hadi Awang bersama YB Nasaruddin ketika itu menemui Pak Lah PM ketika itu, untuk membincangkan tentang perpaduan Melayu.


Pak Lah ketika itu bersetuju tapi dengan syarat Pas mesti mendapatkan persetujuan Nik Aziz Musidul AM Pas, kerana dalam Pas Presiden parti tak ada kuas, yang berkua ialah musidul Am Pas, Pak Lah meminta Haji Hadi dan Nasaruddin supaya menemuai Nik Aziz.


Tetapi malang nasib Melayua apabila adea ini di ajukan kapada Nik Aziz oleh Presiden parti, dengan lantang musidul Am menolak cadangan perpaduan Melayu dengan menyetakan, dengan Umno tok leh buat baik sebab Umno masa dia susah cari kito bila dio senang dia buang kito.


Nik Aziz bercakap tentang pengalaman lampau semasa Pas bersama BN dalam tahun 1974, semasa itu Pas menyertai BN selepas peristiwa hitam negara 13 Mei 1969, pergaduhan Melayu dengan cina, setelah Perikatan kalah dibanyak negeri.


Perikatan mendapat 74 kerusi dan pembangkang dapat 70 kerusi, dan berlaku rusuhan kaum dan negara dibawah darurat dan menubuhkan Mageran, semasa itulah BN di tubuhkan dan beberapa parti politik menyertai BN seperti Gerakan dan Pas serta parti-parti di Sabah dan Serawak.


Pada masa itu Pas lah yang pertama memohon menyertai BN, tetapi Tun Razak menanguhkan dulu kerana sedang memujuk parti kaum cina lain selain Mca untuk menyertai BN, bimbang menampakkan Melayu dah mula bersatu dengan kuat, setelah beberapa parti-parti lain menyertai BN barulah Pas di bawa masuk.


Pas keluar BN pada tahun 1976, tetapi Nik Aziz menyatakan Umno buang Pas, tetapi pekara sebenar ketika itu dalaman Pas bergolak yang teruk, sahingga ada undi tidak percaya kapada Menteri Besar Kelantan. pergolakan ini Umno di tuduh menjadi dalangnya, sahingga Pas menarik diri dari BN.


Umno tidak pernah membuang sesiapa, tetapi hari ini Umno dutuduh membuang Pas, Pas memang bersikap begitu masalah sendiri tak mahu mengaku sebaliknya menuduh orang lain, itulah perangai Pas.


Kita berharap Penyokong Pas memikirkan semua ini demi kepentingan Agama dan tanah air kita yang kita cintai ini.


bersambung

No comments:

Post a Comment