Melayu Dulu.
Apa yang terkandung didalam Malayan Union dan cara-cara perlaksanaannya bukanlah cara yang baik untuk memperolehi sokongan yang diperlukan itu, satu-satu usul yang paling buruk sekali yang terkandung didalam Malayan Union itu ialah usul yang berhubung dengan kewarganegaraan.
Kewarganegaraan Malayan Union ketara terlalu longar iaitu memberikan hak kewarganeraraan itu dengan begitu mudah sekali kapada orang-orang asing. Setiap orang asing ( yang bukan bumiputra) yang dilahirkan ditanah Melayu atau yang diam menetap di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu adalah dengan sendirinya menjadi warganegara Tanah Melayu tampa sebarang syarat yang lain, dan dengan itu mempunyai hak-hak yang sama dengan penduduk-penduduk Melayu atau penduduk bumiputra yang lain di negara ini.
Syarat kewarganegaraan yang longar dan penghapusan hak-hak istimewa orang-orang Melayu adalah ditafsirkan oleh pemimpin pemimpin Melayu sebagai amat membahayakan kedudukan politik, ekonomi dan masa depan orang-orang Melayu.
Bererti Inggeris tidak lagi menganggap negeri-negeri di Tanah Melayu sebagai negeri-negeri Melayu. Orang Melayu didalam bahaya sekiranya rancangan Malayan Union ini di jalankan juga, orang Melayu akan ditenggelamkan oleh tiga juta rakyat cina dan India yang kesetiaan terhadap tanah Melayu pada waktu itu masih di ragukan.
Inggeris masih mengekalkan jawatan-jawatan Sultan di dalam negeri-negeri Melayu, tetapi ujud sebagai ketua pemerintah pada nama sahaja. cuma ada hak kapada Ugama Islam sahaja.
walau bagaimanapun Inggeris telah mengarahkan agar dibentuk satu majlis Masyuarat Ugama dimana para sultan menjadi ahli dan Gabenur Inggeris bertindak sebagai pengerusinya.
SAORANG PENGERUSI YANG BERUGAMA KERISTIAN MEMIMPIN SATU MAJLIS MASYUARAT UGAMA iSLAM, SATU HAL YANG SANGAT MENGAIBKAN!.
Ulasan.
Berdasarkan kapada faktar diatas berhubung dengan cara Inggeris hendak melaksanakan Malayan Union, yang mana orang Melayu menolak dan orang bukan Melayu sangat bersetuju kerana cara malayan Union itu memudahkan orang bukan Melayu menjadi warganegara dan menghapuskan hak orang Melayu.
inilah dasar yang nak dilaksana oleh Inggeris terhadap Tanah Melayu, orang Melayu mula sedar dengan rancangan Inggeris itu, maka bermulalah orang Melayu merancang sesuatu untuk menghalang Inggeris untuk Melaksanakan Malayan Union.
DISINI LAH MULANYA MELAYU BERSATU.
bersambung.
No comments:
Post a Comment