Friday, June 10, 2011

HIDUP MATI MELAYU

Melayu Dulu.


Kenapa Melayu menentang Inggeris pada tahun 1946, kerana enggeris hendah menubuhkan Kesatuan Malaya atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerantahan yang baru bagi Tanah Melayu.

Kesedaran dan semangat kebangsaan telah tumbuh dengan subur sekali akibat pendudukan Jepun, Sentimen anti Inggeris dan anti Eropah ataupun anti Barat telah berjaya ditiup oleh Jepun ke dalam jiwa penduduk-penduduk negeri ini khasnya penduduk-penduduk bangsa Melayu.

Corak pemerintahan yang terkandung di dalam perlembagaan Malayan Union ini akan memberikan pemusatan kuasa yang lengkap kapada pemerintahan dengan Raja-Raja Melayu kehilangan hampir seluruh kuasa meraka.

Kerjaan-kerjaan negeri akan menerima arahan-arahan yang lansung daripada kerjaan pusat, yaitu Inggeris, undang-undang akan diluluskan oleh badan pembuat undang-undang peringkat pusat, persetujuan Raja-Raja Melayu tidak lagi di perlukan.

Raja-Raja Melayu hanya menjadi sebagai penasihat, tetapi apakah nak dinasihatkan oleh mereka sedangkan mereka sendiri selama ini meminta nasihat dari penasihat-penasihat Inggeris?. Sesunggunya kedudukan ini amat anih sekali, Suatu hal dan suatu keadaan yang sungguh ganjil dan sungguh menyolok mata.

Negeri-negeri yang akan termasuk didalam pemerintahan bercorak Malayan Union ini termasuklah negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu bersekutu iaitu Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang, negeri-negeri Melayu tidak bersekutu iaitu Johor,Kelantan, Kedah, Terangganu Perlis dan dua dari negeri-negeri selat iaiti Pulau Pinang dan Melaka.

KENAPA INGGERIS TIDAK MEMASUKKAN SINGAPURA.

Pehak Inggeris mempunyai alasan-alasan tertentu, sebab itu mereka tidak memasukkan Singapura sebagai sebahagian negeri-negeri yang membentuk Malayan Union. Inggeris melihat penduduk-penduduk singapura terdiri dari kaum cina,

Dari segai strateji dan politik memasukkan singapura ke dalam Malayan Union seolah-olah memperlagakan dua kaum yang besar iaitu Kaum Melayu dan kaum Cina, dan pada peringkat ini keadaan yang seumpama ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah-masalah yang akan dihadapi oleh Inggeris.

Oleh kerana itu di samping pertimbangan yang lain, Singapura tidak di masukkan ke dalam rancangan Malayan Union itu.

bersambung.

No comments:

Post a Comment